suria

Balik kampung masih samar, ramai tersentuh lihat gadis main kalimba cover lagu raya

Selain bermain alat muzik, Nurin juga turut menghabiskan masa dengan memasak jika berkelapangan sewaktu PKP.

TATKALA kebosanan terperap di rumah gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai rakyat negara ini mula memaparkan sisi kreatif mereka.

Ada yang jarang memasak, kini handal menyediakan hidangan di dapur, tak kurang juga yang menggunakan kelapangan masa untuk terus berkarya.

Bagi Nurin Syakirah Nasarudin pula, dia lebih gemar menghabiskan masa yang tersisa dengan bermain alat muzik.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru nyanyi satu baris, terus kena petir, satu rumah blackout! Bro ni gelakkan diri sendiri, “Saya akui suara tak sedap, tapi...”

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai yang ‘gila’, ada ulang dengar sampai 100 kali! ‘Bro suara radio’ tak mahu hanya jadi penghibur di beranda

Terbaharu, gadis berusia 21 tahun itu membeli kalimba sebelum membuat cover lagu Suasana Di Hari Raya dendangan Anuar Zain dan Elina sehingga menjadi tular di laman Twitter.

Kata Nurin, bukan alat muzik itu sahaja malah dia juga berkebolehan bermain piano, gitar, ukulele dan organ.

Selain Nurin, ibu bapa dan kakaknya juga berkebolehan bermain muzik.

"Saya mula belajar muzik sejak berumur empat tahun. Satu keluarga boleh main muzik. Kalimba pula saya baru beli dalam tempoh PKP... sebab bosan tak tahu nak buat apa.

"Baru je sampai, terus saya cuba main dan buat cover lagu raya. Saya suka-suka kongsi di Twitter, tak sangka jadi viral.

"Kalimba ni agak mudah berbanding piano. Ada 17 key notes je. Ia sesuai untuk lagu-lagu yang ringkas," ujar anggota band Imaginext Music itu kepada mStar.

Saya scroll Twitter, ramai cakap vibe raya tahun ni berbeza. Ada yang risau takut tak boleh balik beraya.

NURIN SYAKIRAH NASARUNDIN

PEMUZIK

Menurut Nurin, video cover itu menjadi perhatian kerana ramai yang masih samar-samar mengenai sambutan hari raya pada tahun ini ekoran pelaksanaan PKP serta penularan Covid-19.

Malah kata gadis yang berasal dari Melaka itu, dia juga sebak membaca sebahagian komen yang ditinggalkan di laman sosial itu.

Nurin mula bermain muzik sejak berusia empat tahun.

"Saya pilih lagu tu untuk suka-suka je, sebab kami pun sedang bersihkan rumah, nak naikkan mood.

"Saya scroll Twitter, ramai cakap vibe raya tahun ni berbeza. Ada yang risau takut tak boleh balik beraya," ujarnya yang membeli kalimba itu dengan harga RM46 sahaja.

Nurin bersama Imaginext Music, band yang turut dianggotainya.

Selain bermain alat muzik, Nurin turut menghabiskan masa dengan memasak jika berkelapangan sewaktu PKP.

Dia yang berkhidmat dengan sebuah agensi pelancongan kini bekerja dari rumah sepanjang tempoh PKP.

Di Twitter, video cover lagu Suasana Di Hari Raya itu menerima hampir 20,000 ulang kicau (Retweet) dengan 271,000 jumlah tontonan.

Nurin kini bertugas dengan sebuah agensi pelancongan.

"Lagu ni jadi sedih kalau tak dapat balik raya dengan keluarga.

"Dengar banyak kali boleh nangis ni sebab raya kan cancel.

"Raya tak cancel la... raya tetap ada cuma tak ada kemeriahan sebab tak boleh nak berkunjung dan balik beraya.

"Sebak sebab raya kena kuarantin," tulis beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain