suria

Bapa kerja offshore di Mexico tak sempat balik gara-gara PKP, bayi baru lahir diazankan jiran - "Saya cuma nak kongsi apa ayah buat”

Perkongsian Arissa mengenai jirannya mencuri perhatian warga Twitter.

KEHADIRAN jiran tetangga yang baik dan prihatin boleh diibaratkan seperti satu rahmat untuk kita.

Begitulah juga kisah yang diceritakan gadis ini apabila dia sekeluarga sama-sama membantu seorang wanita sarat mengandung yang tinggal bersendirian dengan dua anak.

Kata Nur Arissa Aznan, 23, wanita dikenali sebagai Kak Nurul itu sudah lama berjiran dengan keluarganya.

ARTIKEL BERKAITAN:Pujuk dulu, kemudian bantu! Cara abang polis selamatkan anjing jatuh longkang buat ramai tersentuh

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu mewah, kehidupan 3 anak bekas staf pelantar minyak kini daif kerana satu sebab, “Adik pernah tanya kenapa kita dah tak kaya?”

Sepanjang ketiadaan suaminya yang bertugas di perairan Mexico, Arissa dan bapanya, Aznan Abdullah, 53, kerap membantu urusan wanita itu sehinggalah dia bersalin pada Isnin lalu.

"Suami Kak Nurul kerja offshore. Dia minta tolong sebab tak sempat balik sebelum Perintah kawalan Pergerakan (PKP) hari tu.

"Saya memang simpati dengan dia. Saya pun tak kisah ayah tolong. Biasanya ayah akan belikan barang dapur sehinggalah dia bersalin hari tu pun ayah yang tolong azankan baby.

Sebahagian perkongsian Arissa di Twitter.

"Alhamdulillah dia dan bayi sihat. Sekarang dia ada upah seseorang untuk bantu dia berpantang," kata Arissa sewaktu dihubungi mStar.

Menurut gadis itu, Kak Nurul selamat melahirkan anak perempuan yang juga cahaya mata ketiganya sekitar pukul 6 petang, 6 Arpil lalu.

Pada hari kejadian, Kak Nurul yang mula mengalami sakit perut dihantar ke sebuah hospital di Jitra, Kedah oleh bapa Arissa seawal 5 pagi.

Menurut Arissa lagi, dia tidak menyangka kisah pertolongan yang dihulurkan buat jiran di depan rumah itu akan menjadi tular di Twitter.

Malah katanya, ia sekadar dikongsi secara suka-suka sahaja, sebagaimana posting-posting lain yang dibuat sebelum ini.

Ayah kata kat jiran, bahaya keluar. Tak apa, kirim je barang kat dia, dia tolong belikan. Nanti dia gantung kat pintu je.

NUR ARISSA AZNAN

ANAK

"Saya cuma nak kongsi apa ayah saya buat, tak harapkan apa-apa pun. Tapi tak sangka ramai ambil positif.

"Selain Kak Nurul, ayah ada juga tolong beli barang dapur untuk jiran-jiran lain. Ayah tak minta duit upah pun.

"Saya tengok pagi-pagi tu dia singgah banyak rumah hantar barang-barang, siap pergi tolong shave rambut jiran.

Arissa bersama bapanya.

"Ayah kata kat jiran, bahaya keluar. Tak apa, kirim je barang kat dia, dia tolong belikan. Nanti dia gantung kat pintu je," ujar Arissa.

Bercerita lanjut mengenai bapanya yang juga seorang pesara tentera, Arissa mengakui dia merupakan seorang yang suka bergurau.

Malah, dia turut menggelarkan bapanya sebagai The Rock sempena nama bekas penggusti yang kini menjadi pelakon, Dwayne Johnson.

Antara komen netizen di Twitter.

"Ayah suka bergurau, dia memang kelakar. Saya panggil dia The Rock sejak kecil lagi sebab kami suka tengok wrestling. Arwah opah pun suka tengok.

"Ayah bina badan dia dari dulu lagi, sebab tu badan dia besar," kata Arissa lagi.

Kata Arissa, ibunya menetap di Langkawi kerana bertugas di sana dan dia pula bertugas di Putrajaya.

Dia bagaimanapun kini ada di kediaman keluarga di Jitra, Kedah kerana gagal pulang ekoran pelaksanaan PKP.

Selain Arissa, seorang lagi adiknya tinggal bersama bapa, manakala dua lagi adik beradik yang lain tinggal berasingan.

Sehingga kini, posting Arrissa mengenai kisah itu menerima lebih 32,000 ulang kicau (Retweet).

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Nur Arissa Aznan, jiran, hamil, offshore

Artikel Lain