SEJAK wabak Covid-19 menggemparkan dunia, ramai berkongsi pengalaman sendiri berdepan situasi tersebut. Macam-macam kisah dapat kita lihat di media sosial. Ada suka, duka, sedih dan tidak kurang juga yang mencetuskan kemarahan ramai. Namun perkongsian seorang wanita yang bertugas di sebuah hospital mengenai pengalamannya merawat sekumpulan anak tahfiz yang dikuarantin benar-benar menyentuh hati netizen. ARTIKEL BERKAITAN: Selalu tenang ditemani Quran, imam dedah air mata anaknya tumpah jua ketika video call sebelum Asar - “Dia cakap di wad tu ada tiga pesakit lain tapi...” ARTIKEL BERKAITAN: Nurse menitik air mata! Dedah keadaan mengejutkan di wad pesakit tabligh, tersentak dengar soalan mereka - “Tahu tak dalam tu semua ilmu agama tinggi” Menurut Dr Zila Ali, beliau berasa sebak apabila menerima sepucuk surat beserta wang RM5 daripada salah seorang anak tahfiz yang dirawatnya. "Tersentuh hati... warkah dari anak tahfiz yang dikuarantin di sini. Siap bagi RM5 untuk doktor," tulisnya dalam satu posting di Facebook. Posting tersebut turut mengundang sebak netizen. "Mata masuk habuk. Allahuakbar sebaknya hati bila terbaca hal-hal yang menyejukkan hati. Semoga anak-anak tafiz, ustaz, ustazah, para doktor semua selalu dalam payung rahmat Allah," kata Chacha. Jadual harian anak-anak tahfiz tersebut sepanjang dikuantin. "Subhanallah... terdidiknya akhlak yang mulia. Semoga Allah sentiasa merahmati kalian wahai anak-anak dan frontliner sekalian. Terima kasih jaga kami," tulis Jamaliah. "Alhamdulillah... pejuang agama dari kecil akhlaknya memang baik dijaga dan dipelihara. Sopan santun, berbudi bahasa semua tu hasil didikan ustaz, ustazah mereka. Mereka adalah antara yang terbaik yang ada di muka bumi ini," kata Azimah. Malah jelas doktor itu lagi, beliau tidak menganggap anak-anak itu sebagai satu beban tapi satu hikmah yang Allah berikan kepadanya. Tersentuh hati... warkah dari anak tahfiz yang dikuarantin di sini. Siap bagi RM5 untuk doktor. DR ZILA ALI "Terima kasih nak. Menjaga kamu adalah satu hikmah, bukan beban. Perangai baik, tutur bicara yang sopan. "Mulut sentiasa menyebut terima kasih. Walau berhimpit 24 orang sedewan, tidur atas tilam. Tak ada aircond pun... sentiasa senyum bila jumpa," katanya. Meskipun diuji dengan penyakit tersebut, Dr Zila berkata anak-anak tahfiz itu tidak pernah meninggalkan kewajipan mereka. "Tiap hari alunan al-Quran terdengar di dewan. Malam Jumaat siap bertahlil bersolat hajat, siap dititipkan doa untuk doktor. Keadaan selipar anak-anak tahfiz itu turut tersusun rapi. "Semoga doktor sentiasa murah rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik. Siap nak doakan doktor ditambah anak lagi. "Cukuplah nak. Insya-Allah dua aje sekarang. Tq nak. Doktor doakan kamu semua sentiasa dilindungi-Nya," kata Dr Zila. Dalam posting sama, Dr Zila turut berkongsi jadual harian anak-anak tahfiz itu sepanjang dikuarantin, tidak ketinggalan waktu solat lima waktu. Dr Zila juga memuatnaik gambar selipar yang tersusun rapi di luar wad yang turut mendapat pujian netizen. "Tengok selipar yang tersusun pun hati dah rasa tersentuh. Hebat anak-anak ini. Moga kalian cepat sembuh dan sentiasa sihat. Teruskan menegakkan kalimah Allah," kata Asmida. "Kasut macam social distancing. Comel. Alhamdulillah. Allah lihat kan kita dengan akhlak-akhlak mereka," kata Nazira.