suria

Adik kantoikan abang guna ‘senjata’ rahsia untuk menang permainan pool online - “Sebelum PKP saya tak macam ni pun”

Aaron sendiri terkejut dengan teknik yang digunakan abangnya untuk bermain Plato.

"INGATKAN guna pembaris nak buat kerja, rupanya tengah main game kat telefon!"

Demikian menurut Danielle ketika dihubungi mStar berkenaan tweet yang menunjukkan abangnya, Syazwan, 26, sedang bermain 'pool' secara dalam talian menerusi aplikasi Plato yang tular baru-baru ini.

Danielle yang lebih mesra disapa sebagai Aaron memberitahu bahawa dia sendiri terkejut melihat abangnya itu terlalu gigih untuk memenangi permainan online tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Padah’ nak tunjuk stunt paling gempak, pengakhirannya amat menyedihkan - “Dia suka acah-acah samseng tapi tak ada yang takut”

ARTIKEL BERKAITAN: Panas tengok ‘sinetron sos’ laki bini shopping barang dapur ketika PKP – “Kau datang beli pun masih suruh suami pilih, baik duduk je rumah”

"Petang tu saya nampak dia guna pembaris, ingatkan ada kerja nak buat ke apa. Bila saya datang dekat rupanya tengah main Plato.

"Nak menang punya pasal, sampai macam tu sekali dia main," ujar Aaron yang tidak lama selepas itu memuat naik trick (helah) tersebut menerusi akaun Twitter miliknya.

Aaron bagaimanapun tidak menyangka tweet itu mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya ingin mencuba teknik baharu tersebut.

"Ramai yang berterima kasih kat saya selepas cuba teknik tersebut. Teknik tu berkesan tapi lambat.

"Ada yang beri cadangan lain seperti guna benang, sesiku L dan sengetkan telefon.

"Ada juga yang marah saya bocorkan rahsia tersebut sebab mereka juga guna teknik yang sama," beritahu Aaron yang berusia 20 tahun.

Aaron tidak menyangka perkongsiannya di Twitter mendapat perhatian netizen.

Aaron yang menjalankan perniagaan sendiri memberitahu dia kini banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakannya bermain Plato sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Sebelum PKP saya tak macam ni pun, selalu tidur awal. Sekarang ni lain sikit, nak keluar rumah pun tak boleh jadi kami 'lepak' dalam talian.

Sebelum PKP saya tak macam ni pun, selalu tidur awal. Sekarang ni lain sikit, nak keluar rumah pun tak boleh jadi kami 'lepak' atas talian.

AARON

"Sambil main Plato, kami buat panggilan telefon di Facetime atau Discord, memang meriah bersembang dalam tu.

"Bila dah mula main, memang tak ingat dunia. Biasa kami main sampai subuh baru berhenti," ujar Aaron yang menetap di Kuala Terengganu.

Sebelum ini, permainan dalam talian, Plato menjadi bualan netizen gara-gara terdapat individu yang tidak bertanggungjawab menjadikan aplikasi tersebut sebagai tempat untuk 'menggatal'. Namun, Aaron mempunyai pendapatnya sendiri.

"Aplikasi tu tak salah kalau guna dengan cara yang betul. Pengguna aplikasi tu sendiri yang ada segelintir yang tak senonoh.

Komen-komen netizen.

"Ada je yang nak menggatal dalam tu, tapi kalau tak suka boleh terus block dan jangan layan langsung.

"Sama juga macam aplikasi TikTok. Netizen cakap aplikasi tu untuk orang menari gelek, tapi bagi saya ada je content TikTok yang bermanfaat dan kelakar," tambah Aaron yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik.

Gambar yang dimuat naik Aaron pada Sabtu lalu sehingga kini telah mendapat 14,100 ulang kicau dan 23,500 tanda suka daripada netizen.

"Kau buat la macam mana pun, kalau bola tu tak nak masuk, tak masuk la dia," tulis seorang pengguna Twitter.

"Aku pun pernah buat macam ni, tapi sekarang guna instinct je haha," tambah netizen lain.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Plato, game, pembaris, taktik, menang, pool

Artikel Lain