suria

“Hati ni terlalu rindu...” - Mengharapkan miracle sekeping gambar, pemuda ini impikan Syawal bersama bapa tersayang selepas 20 tahun terpisah

Slash sudah terpisah dengan bapanya lebih 20 tahun.

LEBIH 20 tahun terpisah, tiada apa yang diharapkan jejaka ini selain dapat bersua dengan bapanya.

Menurut Slash Zuindra Abdullah, 25, usaha mencari bapanya menggunakan kuasa viral Twitter bermula apabila adiknya menemui sekeping foto lama, Ahad lalu.

"Ada kenalan kata mungkin kalau post dalam Twitter boleh viral dan boleh jumpa. Sebab sekarang kuasa viral kan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saat inilah saya tunggu-tunggu” - Terpisah 14 tahun, anak tersentak dapat panggilan ibu selepas opah meninggal

ARTIKEL BERKAITAN: Penyatuan ketika PKP... 15 tahun terpisah, anak telefon ibu kandung jam 2 pagi - “Masa kecil dulu saya keliru”

"Tak pernah terfikir, Tapi atas cadangan kenalan, saya cuba. Gambar yang saya post tu baru dapat dua hari lepas.

"Adik saya ternampak gambar tu dalam album. Mama kata tu lah ayah saya. Album gambar tu pula nenek yang simpan, Itu je satu-satunya gambar ayah yang ada tersimpan," ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Slash, jejaka yang menetap di Bangi, Selangor itu mendedahkan ibu bapanya bercerai sewaktu dia berusia tiga tahun.



Perbandingan wajah Slash dengan bapanya.

Selepas itu, dia yang cukup rapat dengan bapanya tidak lagi bertemu sehingga hari ini.

"Ayah dan mama berpisah, masa tu umur saya tiga tahun. Saya berpeluang ada dengan dia tiga tahun je. Sepanjang tempoh tu kami rapat.

"Ayah pergi jauh lepas bercerai dengan mama. Berpisah pasal apa pun saya tak tahu. Tak nak tanya mama sebab mungkin ada masalah antara mereka.

Apa pun berlaku antara ayah dan mama di masa lampau, saya tahu ayah dah beri terbaik untuk kami.

SLASH ZUINDRA ABDULLAH

ANAK

"Cuma mama kata, ayah saya baik orangnya. Jalankan tanggungjawab sebagai suami dan bapa yang sangat baik," ujarnya yang kini tinggal bersama ibu, bapa tiri serta dua adik tiri.

Kata Slash, dia sangat berharap dapat bersemuka dengan bapanya yang dikenali sebagai Haizal Mohd Isa khususnya apabila Ramadan dan Syawal akan menjelma tidak lama lagi.

Malah, ibunya juga tidak menghalang usaha Slash itu, memandangkan dia cukup rapat dengan bapanya sejak kecil.



Posting Slash yang tular di Twitter.

"Mama pun faham, saya dah lama nak cari ayah tapi tak tahu macam mana cara. Saya harap sangat dapat jumpa ayah.

"Dapat peluk dia walaupun sekejap, jadilah. Terima Kasih saya nak ucapkan kat ayah kerana jadi ayah yang baik untuk saya satu ketika dulu.

"Kalau tak dapat dalam bulan puasa, waktu raya pun syukur dah. Dapat jumpa dia, peluk dia dah cukup bersyukur dah pada saya. Sebab demi Allah, hati ni terlalu rindu dengan dia.



Slash berharap dapat bertemu bapanya pada tahun ini.

"Apa pun yang berlaku antara ayah dan mama di masa lampau, saya tahu ayah dah beri yang terbaik untuk kami. Dan saya percaya, setiap yang berlaku ada hikmah Allah," ujarnya.

Dedah Slash lagi, namanya yang cukup unik diberikan oleh bapanya yang sempena penyanyi kumpulan rock Guns N' Roses, Slash.

Di Twitter misalnya, posting hebahan Slash mengenai misi pencarian bapanya turut menerima sokongan ramai.

Sehingga kini, posting itu menerima hampir 7,000 ulang kicau (Retweet).

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Slash Zuindra, bapa, terpisah, Ramadan, Syawal

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan