TANGGAL 17 April 2019 pasti tidak akan dilupakan oleh insan bernama Nurul Iman Hafizah Abdullah. Pada tarikh itulah berlakunya satu peristiwa yang benar-benar merentap kegembiraannya sehingga kini iaitu salah seorang sahabat karibnya ditimpa kemalangan jalan raya. Akibat daripada kemalangan tersebut, sahabat karibnya, Nur Aishah Balqis Bazlan terlantar koma akibat mengalami kecederaan parah di kepala. ARTIKEL BERKAITAN: “Rasa sakit sangat...” - Wanita ini terima ‘hadiah’ duka pada hari jadi, sempat atur photoshoot anak sebelum ajal ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau tak ada siapa bawa, mak pergi sendiri naik bas pun tak apa” - Tragedi lorong kecemasan! Orkid Cameron Highland tinggal kenangan kerana pemandu treler mengantuk Ketika berkongsi cerita dengan mStar, gadis yang senang disapa dengan panggilan Iman ini berkata, sungguhpun sudah lebih setahun Aishah terlantar, namun dia tidak pernah berhenti berharap untuk melihat remaja itu sedar dan kembali seperti dahulu. “Saya tak kisah tunggu lama mana pun, asalkan Aishah sedar dan dapat bangun.... rindu sangat nak macam dulu, sama-sama belajar, makan makanan kegemarannya iaitu McDonald’s. “Rindu dia datang ke rumah saya lepak sambil masak bersama-sama, bercerita macam-macam, mengulangkaji pelajaran. Terbayang-bayang kelibat dan keletahnya. Tapi semuanya sudah berubah tak macam dulu lagi, ” ujar remaja berusia 16 tahun ini. Posting Iman mengenai sahabat baiknya menyentuh hati netizen. Mengimbas kembali tragedi yang berlaku tahun lalu itu, menurut Iman, ketika kejadian dia berada di sekolah kerana menghadiri kelas tambahan. “Kelas tambahan untuk kelas saya bermula awal, manakala kelas Aishah selepas kelas saya tamat. Selepas kelas tamat, saya duduk sembang-sembang dulu dengan rakan lain di sekolah. “Tiba-tiba ada rakan lain beritahu Aishah jatuh motor. Pada fikiran saya masa itu, mungkin keadaannya tidak serius. “Tapi kemudian rakan lain beritahu keadaan Aishah teruk dan kepalanya berdarah-darah. Masa tu baru rasa cuak dan menangis sebab fikirkan keadaannya, ” kata Iman. Walaupun baru dua tahun kenal, tapi boleh ngam. Ingat juga dulu kami janji nak ambil keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bersama-sama. Tapi dia tak dapat jawab periksa. Sayu bila lihat kerusinya kosong di dewan. NURUL IMAN HAFIZAH ABDULLAH RAKAN Bercerita lebih lanjut, Iman berkata motosikal yang ditunggangi sahabat baiknya itu terbabas lalu melanggar pembahagi jalan kerana hilang kawalan. Seorang lagi rakannya yang membonceng hanya mengalami kecederaan ringan. “Aishah dimasukkan ke zon kuning selepas kemalangan. Dia dikhabarkan dalam keadaan separa sedar masa itu dan sempat memanggil-manggil papanya. “Itulah kali terakhir dia sedar, sebelum koma sehingga sekarang. Saya melawat Aishah keesokan harinya di hospital. Masa tu ramai sangat kawan-kawan yang melawat sebab Aishah ni seorang yang baik dan sangat disenangi, ” ujar remaja yang merupakan anak tunggal ini. Gambar kenangan Iman (kanan) bersama Aishah (tengah). Menurut Iman, dia sama sekali tidak menyangka perkongsiannya di laman Twitter menjadi tular memandangkan tujuan asalnya adalah untuk meluahkan rasa sedih di samping mengimbas kembali kenangan bersama sahabat baiknya itu. “Sebab sedih dan rindu, saya luahkan menerusi posting dalam Twitter. Teringat masa mula-mula kenal dengan Aishah. Dia yang mula tegur sebab saya budak baharu.... Pindah ke Kota Bharu, Kelantan masa tingkatan dua. Iman (kiri) bersama Aishah (dua,kiri) dan rakan sekelas yang lain. “Walaupun baru dua tahun kenal, tapi boleh ngam. Ingat juga dulu kami janji nak ambil keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bersama-sama. Tapi dia tak dapat jawab periksa. Sayu bila lihat kerusinya kosong di dewan. Menangis bila masa ambil keputusan PT3, tapi Aishah tak ada. “Sebelum ini pernah post pasal Aishah kemalangan tapi yang kali ni mungkin viral sebab genap setahun dia koma. Mudah-mudahan ramai yang retweet dan baca turut sama mendoakan Aishah, mungkin Allah akan makbulkan apabila ramai yang berdoa, ” katanya mengakhiri bicara.