DENGAN kewujudan media sosial, cara individu hari ini mencari pasangan hidup juga sudah berubah. Malah, siapa sangka teguran secara bersahaja di laman Twitter membawa pasangan ini ke jenjang pelamin. Begitulah kisah Akmal Hizzat Azizan, 29, dan isterinya, Fatin Noraishah Shafika Che Mat Aripin, 27, yang berkenalan menerusi platform itu sekitar lima tahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Seorang suka tweet merepek, seorang lagi suka 'layan' baca je... akhirnya bersatu di pelamin! ARTIKEL BERKAITAN: Tak malu ‘up’ poster cari jodoh di laman sosial, apa yang lelaki ini dapat dalam masa sehari cukup mengejutkan! Mesra disapa Akmal, jurutera projek itu mengakui wujudnya persepsi negatif melibatkan 'jodoh online' namun ia juga bergantung kepada niat masing-masing. "Memang teknologi banyak mengubah cara hidup. Macam saya pun mula-mula tiada niat apa-apa, sekadar tegur sahaja di Twitter. "Ada persepsi tertentu jika berkenalan di media sosial. Ada yang dah lama kenal baru tahu suami orang, ada anak dan sebagainya. Posting mengenai perkenalan mereka menjadi tular setelah ia dikongsi di Twitter. "Jadi kita jangan terburu-buru, kena kenal dulu. Perlahan-lahan kembangkan hubungan," ujarnya sewaktu dihubungi mStar. Selain Akmal, isterinya yang juga model sepenuh masa turut bersetuju dengan pandangan itu. Kata Fatin, mereka mengambil masa yang agak lama sehinggalah disatukan pada 28 September 2019. Mula-mula expect nak raya sama-sama pertama kali, tapi situasi mungkin berbeza. Kena terimalah PKP, ada hikmah juga duduk di rumah AKMAL HIZZAT AZIZAN JURUTERA PROJEK "Dulu masa tahun 2015, saya suka post tweet meroyan, marah-marah dan emosi. Kemudian suami balas tweet. "Lama-kelamaaan baru tahu kami duduk berdekatan, dalam 10 minit perjalanan dari rumah masing-masing. "Dari tweet beralih ke direct message (DM). Suami kata kalau ada apa-apa masalah boleh share dengan dia. Mereka berkenalan menerusi Twitter pada 2015. "Ambil masa juga barulah berhubungan di WhatsApp pula. Start jumpa tahun berikutnya, 7 Februari 2016," ujarnya. Bermula di situ, mereka acap kali keluar bersama untuk makan-makan, jogging, membeli-belah dan pelbagai lagi aktiviti lain. Sementara itu, belum pun genap setahun mendirikan rumah tangga, pasangan itu cukup teruja untuk menyambut bulan Ramadan dan meraikan Syawal buat pertama kali sebagai suami isteri. Namun kata Akmal, situasi itu bagaimanapun mungkin tidak seperti yang dijangka kerana adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penularan Covid-19 pada ketika ini. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2019. "Mula-mula expect nak raya sama-sama pertama kali, tapi situasi mungkin berbeza. "Kena terimalah PKP, ada hikmah juga duduk di rumah. Kami pun saling memasak, boleh mewujudkan lagi kasih sayang. "Kami juga suka buat dekorasi, tengok movie, Netflix dan buat video TikTok," ujar Akmal lagi. Sehingga kini, posting kisah perkenalan pasangan itu menerima lebih 3,700 ulang kicau (Retweet).