suria

Sekadar bertanya, balasan mesej WhatsApp murid buat guru terkedu - “Saya ‘zero’, kena laksanakan tanggungjawab tu”

Seorang guru terkilan menerima respon tak dijangka daripada muridnya menerusi aplikasi WhatsApp. (Gambar Hiasan)

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac lalu turut menyebabkan sesi persekolahan di negara ini terpaksa dihentikan buat sementara waktu.

Bagaimanapun, proses pengajaran dan pembelajaran masih lagi dijalankan sepanjang tempoh itu secara dalam talian (online).

Terbaharu, tular kisah seorang guru bahasa Inggeris yang terkilan apabila menerima respon yang tidak diduga daripada muridnya menerusi aplikasi WhatsApp.

ARTIKEL BERKAITAN: Dendam cikgu baling buku, ini yang pelajarnya buat! “Dia tak halalkan pun ilmu yang dia bagi kat kami”

ARTIKEL BERKAITAN: Anak saudara digantung sekolah, pakcik datang serang cikgu... Ini penjelasan PKHEM!

Dalam kejadian itu, guru dari Tawau, Sabah yang mahu dikenali sebagai Eunice, 24, bertanyakan soal kerja rumah kepada murid berkenaan.

"Nanti saya buat sebab saya buat kerja lain," balas murid itu ringkas.

Menurut Eunice, dia agak sedih apabila menerima jawapan berkenaan memandangkan dia cukup prihatin dengan aspek akademik setiap murid yang diajarnya.

"Sebenarnya saya bagi tugasan tak banyak pun. Tugasan yang saya bagi dalam bentuk yang senang.



Mesej yang diterima Eunice daripada anak muridnya.

"Murid ini dari minggu pertama PKP dia tidak pernah hantar tugasan.

"Jadi penolong kanan sekolah bagi list nama, saya sebagai cikgu kelas tu perlu periksa, jadi saya mesej dia," ujarnya kepada mStar yang tidak menduga akan menerima jawapan sedemikian.

Bercerita lanjut, Eunice berkata dia merupakan guru lepasan bidang muzik, namun kini menjadi guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah rendah di Sabah.

Jelasnya, dia juga perlu berusaha keras kerana perlu mengajar subjek yang bukan menjadi kepakarannya.

Bayangkan struggle untuk ajar benda yang saya tak belajar. Saya 'zero', kena laksanakan tanggungjawab tu.

EUNICE

GURU BAHASA INGGERIS

"Sedih, sangat terkilan sebab saya bukan major dalam bahasa Inggeris.

"Bayangkan struggle untuk ajar benda yang saya tak belajar. Saya 'zero', kena laksanakan tanggungjawab tu," ujarnya lagi.

Menurut Eunice lagi, bukan niatnya untuk memperbesarkan hal itu namun dia sekadar berkongsi untuk memberi tauladan kepada orang ramai sahaja.

Dalam pada itu, Eunice turut mengulas satu paparan skrin viral mengenai komen seorang individu yang meminta guru bujang terus bertugas di sekolah dalam tempoh PKP.



Eunice turut mengulas komen viral di Facebook yang mahu guru kembali bertugas di sekolah biarpun PKP masih berjalan.

"Tolong buka balik sekolah. Biarkan murid pergi sekolah. Guru boleh berkampung di sekolah, khususnya yang masih tiada anak," tulis individu berkenaan.

Kata Eunice, biarpun dirinya masih bujang, dia juga mempunyai komitmen lain dalam kehidupan seharian.

Malah katanya, permintaan individu itu seolah-olah mahu memanjangkan penularan Covid-19 yang kini sedang melanda.

"Bagi saya, kenyataan itu lawaklah. Cikgu yang bujang pun ada komitmen sendiri.



Sesi persekolahan tergendala kerana PKP sejak 18 Mac lalu.

"Boleh je nak buat apa yang dia minta kalau nak koronavirus berpanjangan," ujarnya lagi.

Pesan Eunice, hargailah pengorbanan semua guru dalam menyampaikan ilmu.

Sehingga kini, posting Eunice menerima lebih 2,400 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

Malah, banyak komen ditinggalkan turut mengakui terkilan dengan respon yang diberikan murid terbabit.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
guru, murid, PKP, tugasan, terkilan

Artikel Lain