BAGI mereka yang sudah melangkah ke alam dewasa, kenangan zaman persekolahan sewaktu masih muda remaja tentunya sentiasa segar dalam ingatan. Terbaharu, perkongsian foto jamuan akhir tahun di sebuah sekolah ternyata menjentik hati ramai pelayar Twitter. "Paling koyak kalau makanan kau bawa tak laku," tulis @alfynazly pada ruangan kapsyen posting itu. ARTIKEL BERKAITAN: “Buat jamuan pun tak sampailah jumlah camtu” - Nyaris tidur lokap, cikgu jawab dakwaan ‘perisik tak bertauliah’ skodeng rekod pembelian piza harga belasan ribu ARTIKEL BERKAIATAN: Jamuan Guru Di Hotel Guna Duit PIBG? Ia ternyata menarik perhatian ramai sehingga dihujani pelbagai komen dan menerima lebih 36,300 ulang kicau (Retweet). Malah, ramai pelayar Twitter turut berkongsi kisah berbeza-beza melibatkan acara tahunan itu yang menjadi kemestian di kebanyakan sekolah di negara ini. Menurut seorang jejaka, dia menangis apabila mengenangkan memori jamuan sewaktu berusia sembilan tahun. Posting yang tular dan menerima pelbagai perkongsian pengalaman netizen di Twitter. Ujarnya, dua bekas besar sandwich telur yang dihasilkan ibunya langsung tidak disentuh rakan sekelas yang lain. "Seorang pun tak ada yang sentuh dan buka. Sebab yang lain bawa makanan mewah-mewah, aku menangis balik tu dan sejak dari tu aku datang bawa perut je kalau ada makan-makan. "Aku menangis bila teringat balik... sebab teringat mak aku berjaga sampai malam nak buat sandwich telur untuk aku bawa ke sekolah haha, tak apalah perkara lama," tulisnya. Terpaksa habiskan sendiri sampai termuntah-muntah, kalau tak nanti ibu kecil hati. NETIZEN/PELAYAR TWITTER Seorang lagi individu turut berkongsi kisah sedih apabila makanan yang dibawa olehnya turut diperli guru. Malah, perkongsian itu turut menyebabkan beberapa individu mempersoalkan perilaku guru berkenaan yang sanggup berkata sedemikian kepada muridnya. "Aku bawak roti canai atok aku belikan, tapi cikgu kata kalau roti canai baik tak payah bawa," ujarnya. Seorang individu tampil berkongsi kisah penyesalannya mengenai tepung pelita pembelian bapa yang terbiar sepi di dalam beg sewaktu jamuan. Tambah gadis itu, kata-kata berkenaan menyebabkan dia menangis di bawah meja dalam bilik darjah. Seorang lagi pelayar Twitter turut berkongsi penyesalannya yang pernah malu dengan makanan yang dibeli oleh bapanya untuk jamuan sekolah. "Aku paling ingat time ada jamuan makan sekolah rendah, ayah aku belikan tepung pelita. Sampai je kelas tengok makanan yang lain semua grand, at last aku peram je kuih tu dalam beg sampai terpenyek, malu punya pasal. I'm not suppose to do that, I'm sorry abah. Kisah roti canai atuk oleh seorang gadis turut mencuri tumpuan dalam posting itu. "Masa tu budak-budak. Loudly crying face sekarang bila ingat balik menyesal buat. Sebab tu kan parents kita, kenapa nak malu kalau dia nak cium depan kawan-kawan ke, sapu bedak ke, sikat rambut ke kan? "Rindu zaman kecil," ujarnya lagi. Selain kisah-kisah sedih, beberapa netizen turut berkongsi kenangan jamuan mereka yang mencuit hati. Malah, ada yang mengakui terpaksa makan makanan sendiri sehingga termuntah, risau ibunya berkecil hati. Ada yang bercerita kisah sandwich telur hasil air tangan ibunya langsung tidak dijamah rakan sekelas. "Tingkatan tiga aku bawa laku habis, sebab aku bawa air mineral. Tiga botol besar. Cikgu pun nak mineral sebab ada budak bawa kek coklat. "Terpaksa habiskan sendiri sampai termuntah-muntah, kalau tak nanti ibu kecil hati. "Paling koyak jamuan raya, bawa biskut raya sampai sekolah dah hancur. "Lagi koyak tupperware tak jumpa, aduh mampus nak jawab apa dengan mak," tulis beberapa netizen.