suria

Niat dah baik, malang diri sendiri terjerat gara-gara kenakan ibu masa sahur - “Ada lagi sikit dalam pinggan ayah...”

Omar Fayeez menyediakan nasi goreng jam 2.30 pagi untuk dimakan ketika sahur tetapi akhirnya tidak dapat menjamahnya.

KETERUJAAN seorang anak untuk bergurau dengan ibunya berakhir dengan kejadian tak diingini apabila dia 'terjerat' dengan gurauan sendiri.

"Nak prank mak saya tetapi kena kat saya balik."

Demikian kata Omar Fayeez Omar Farok, yang bertindak melakukan prank terhadap ibunya apabila dia memasak nasi goreng lebih awal sebagai hidangan sahur untuk mereka sekeluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis lega nasi kerabu ‘rentas negeri’ dapat pujian melambung daripada ibu teman lelaki - “Sedap sampai tak cukup untuk mereka sekeluarga”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya dapat rasa kek batik termahal di dunia” - iPhone pemuda ‘liat’ masuk dapur tercelup coklat... kakak tetap untung!

Ketika dihubungi mStar, Omar Fayeez memberitahu bahawa dia berasa lapar pada jam 2:30 pagi dan terus pergi ke dapur untuk memasak mi segera.

"Saya tengah tulis buku, tiba-tiba lapar jadi saya pergi masak maggi.

"Tengah masak saya teringat mak saya cakap nak buat nasi goreng untuk sahur. Dah alang-alang ada kat dapur, saya pun masakkan terus nasi goreng untuk kami makan nanti.

"Selepas masak, saya terfikir nak prank mak, jadi saya masukkan semula nasi goreng tu ke dalam periuk nasi," ujar Omar Fayeez.



Tweet Omar mendapat perhatian netizen.

Pelajar Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu, itu bagaimanapun terkejut apabila nasi goreng yang dimasak habis dimakan oleh keluarganya sebaik dia terjaga dari tidur untuk bangun sahur.

"Saya bangun lambat sikit untuk sahur, jadi mereka ingatkan saya dah makan nasi tu terlebih dahulu selepas masak... mereka pun habiskan.

"Masa masuk dapur saya tengok nasi tu ada lagi sikit dalam pinggan ayah, tak sampai hati pula nak minta.

Solat terawih pun dilakukan di rumah dengan keluarga sahaja. Ada hikmah PKP ni, saya dapat luangkan lebih masa bersama keluarga.

OMAR FAYEEZ OMAR FAROK

PELAJAR

"Jadi kesudahannya saya makan dua keping roti Gardenia saja sahur pagi tu. Terpaksa la tahan sehari suntuk berpuasa," ujar pemuda berusia 21 tahun itu.

Bercerita lanjut, Omar Fayeez yang mula belajar masak sejak Tingkatan 5 berkata, dia sering masuk ke dapur untuk menyediakan makanan buat keluarganya.

"Mak saya kerja bahagian quality control di sebuah kilang, walaupun PKP dia masih perlu bekerja tiga hari dalam seminggu.

"Untuk tiga hari dia bekerja tu, saya dan kakak akan menyediakan hidangan untuk berbuka puasa.



Omar dan kakaknya menyediakan ayam black pepper sebagai menu berbuka puasa pada Isnin lalu.

"Boleh la masak sikit-sikit macam ayam panggang, western food dan kari ayam. Sebelum ni duduk rumah sewa di Terengganu pun saya selalu masak," jelas anak kedua daripada tiga beradik itu.

Ketika ditanya mengenai sambutan Ramadan kali ini, Omar berkata terdapat sedikit perbezaan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

"Sebelum ni saya berpuasa di Terengganu, tahun ni dapat berpuasa dengan keluarga di rumah.

"Solat terawih pun dilakukan di rumah dengan keluarga sahaja. Ada hikmah PKP ni, saya dapat luangkan lebih masa bersama keluarga," ujar Omar yang menetap di Bukit Jambul, Pulau Pinang.



Selain memasak, Omar juga minat dalam bidang modeling.

Perkongsian Omar di Twitter pada Ahad lalu sehingga kini telah mendapat 13,100 ulang kicau dan 30,000 tanda suka daripada netizen.

"Haha kisah sedih ringkas... kalau dah makan sikit takpe lagi," tulis seorang pengguna Twitter.

"Mati-mati aku ingatkan dia letak coco crunch dalam tu," ujar seorang pemuda.

"OMG prank kena kat diri sendiri, harap dapat survive sampai pukul 7 nanti," tambah netizen lain.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain