suria

Tiga beradik harungi Ramadan sebagai frontliner, ada yang sembunyi tugas dari keluarga - “Tiada istilah takut dalam diri saya”

Nurul Nadirah bersama adiknya, Nurul Nabiah bertugas sebagai pegawai sukarelawan APM yang melakukan saringan terhadap rakyat Malaysia yang ditempatkan di sebuah pusat kuarantin di ibu negara.

KETIKA umat Islam lain berbuka puasa dengan menu kegemaran bersama keluarga masing-masing di rumah berbeza pula dengan wanita ini.

Nurul Nadirah Shamsul Liani, 29, yang juga pegawai sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM) ditugaskan sebagai frontliner di sebuah pusat kuarantin di ibu negara sejak 3 April lalu.

Menariknya, Nurul Nadirah ditempatkan di pusat kuarantin sama dengan adiknya, Nurul Nabilah, manakala seorang lagi adiknya turut mengikut jejak mereka berdua tetapi di lokasi berbeza.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak sebak, tak sangka air mata bapanya tumpah kali kedua ketika bertugas dalam tempoh PKP - “Bila dengar suara dia, memang koyak jugalah...”

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Panas’ tengok nurse diherdik, doktor tak teragak-agak sound waris pesakit... apa yang dilihat selepas itu cukup menyayat hati - “Sebab itu korang patut hormat mereka”

“Saya memang suka sesuatu yang mencabar. Sebelum cuti PKP saya kerja cuci bangunan. Jadi tiada istilah takut dalam diri saya.

Nurul Nadirah antara 10 pegawai sukarelawan APM yang ditugaskan melakukan saringan terhadap seramai 400 pelajar Malaysia yang baru tiba dari Kaherah, Mesir baru-baru ini.

“Walaupun pada awalnya keluarga menentang tapi bila kerja berisiko ni saya suka buat senyap-senyap. Bila mereka dapat agak, mereka call saya kena beritahulah.

“Mereka terpaksa akur dengan niat saya dan nasihatkan saya supaya sentiasa jaga diri. Saya mahu merasai sendiri pengalaman bertugas semasa negara dilanda wabak ini, ” katanya kepada mStar.

Tak ada istilah tidur sampai 10 minit. Dapat tidur tiga hingga lima minit tu rasa Ya Allah nikmatnya. Lega sebab dapat hilangkan sekejap penat tu.

Nurul Nadirah Shamsul Liani.

Frontliner.

Mengenai pengalaman bertugas pada bulan Ramadan semasa menerima seramai 400 pelajar dari Kaherah yang perlu disaring, Nurul Nadirah berkata ia merupakan sesuatu yang tidak akan dilupakan sepanjang hayatnya.

“Memang tak boleh lupa sepanjang hidup. Pertama kali Ramadan dalam suasana macam ni. Sepatutnya pesawat tiba malam sebelum tu tapi tunda ke keesokan paginya.

Nurul Nadirah dan dua adiknya turut berkhidmat sebagai frontliner bagi menangani wabak Covid-19.

“Masa awal tu semua seronok tak ada masalah lagi. Bila dah tengah hari beralih ke petang 'bateri' pun dah low. Baju kat dalam sut pakaian perlindungan diri (PPE), tudung memang lencun habis. Badan pun lemah sebab panas dan dahaga.

“Ada yang sampai doktor terpaksa check gula sebab muka dah terlampau pucat. Ada yang dah muntah. Saya pula dah menggigil sangat, telinga dah berdengung,” katanya.

Bagaimanapun Nurul Nadirah berkata dia berjaya mengharungi tempoh mencabar itu selepas berehat seketika.

“Masa tu minta tolong kawan cover sekejap. Saya rehat duduk sekejap sebab tak boleh tahan sangat. Tapi beberapa minit kemudian bangun sambung balik kerja.

“Tak ada istilah tidur sampai 10 minit. Dapat tidur tiga hingga lima minit tu rasa Ya Allah nikmatnya. Lega sebab dapat hilangkan sekejap penat tu,” katanya.

Petugas frontliner yang kepenatan semasa melakukan saringan terhadap rakyat Malaysia yang dikuarantin pada bulan Ramadan.

Mengakui merindui keluarganya, Nurul Nadirah berkata dia sudah tidak pulang ke rumah hampir sebulan.

“Saya dekat sini dah dekat sebulan. Tapi rasanya kalau ada arrival baru saya kena tambah lagi dua minggu di sini.

“Memang saya dah tak balik rumah dah lama. Nak balik pun tak boleh sebab rumah parents di Kampung Baru dalam lokasi dikenakan PKPD,” katanya yang juga antara 10 anggota APM yang ditugaskan di pusat kuarantin tersebut.

Anak kedua daripada lima beradik itu berkongsi pengalamannya sebagai frontliner pada Ramadan di Facebook sehingga mendapat perhatian netizen.

Rata-rata netizen kagum dan berterima kasih di atas pengorbanan Nurul Nadirah dan petugas lain. Mereka turut mendoakan agar urusannya bersama frontliner lain dipermudahkan.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain