suria

Budak 5 tahun ‘miming’ abang baca Iqra dianggap ‘next Sharifah Sakinah’... bapa baru sedar bila ramai tegur - “Betul juga”

Keletah Xaara (gambar kecil) membuat gerak mulut semasa abangnya membaca Iqra di hadapan bapa mereka.

MACAM-macam ragam anak-anak yang duduk di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menerusi sebuah video yang tular di media sosial, seorang bapa dilihat sedang mengajar anak lelakinya mengaji dengan bacaan Iqra.

Namun, seorang lagi anaknya yang memakai telekung duduk bersebelahan membuatkan netizen tidak kering gusi apabila gerak mulutnya rancak mengikut bacaan abangnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tangisan dalam kegembiraan! Drama queen umur 8 tahun berjurai air mata dapat ‘pengganti’ Taeyang - “Abah, kakak berterima kasih...”

ARTIKEL BERKAITAN: Dipanggil ‘Agong, Permaisuri junior’, 2 budak ini lawat Muzium Diraja selepas tanya siapa tuanku... Paling best Tunku Azizah komenlah! – “Tapi tak sempat lawat pintu gerbang Istana Negara”

“Dia punya miming tu tepat!” komen seorang netizen.



Xaara belajar membaca Iqra bersama bapanya.

Bercakap kepada mStar, bapa berkenaan berkata, video tersebut dirakamkan sebagai proses rujukan kepada anak-anaknya yang belajar mengaji.

Hanya mahu dikenali sebagai Aizul Marcello, dia memberitahu keletah lucu anak perempuannya, Aqiesha Ixera atau Xaara, 5, hanya disedari semasa dia memainkan semula video berkenaan keesokan hari.

“Saya sering ajar anak-anak saya mengaji dengan baca Iqra selepas solat berjemaah Maghrib. Masa tu giliran abang Xaara yang berusia enam tahun mengaji.

“Tengok sekali tak perasan, bila kali kedua tengok buat saya ketawa. Saya tunjuk video tu kat Xaara, dia pun gelakkan saja. Kemudian saya sunting video tu kasi fokus bahagian Xaara buat gerak mulut tu, ” katanya yang berusia 33 tahun kepada mStar.



Xaara (kiri) bersama bapa (tengah) dan abangnya.

Aizul bagaimanapun berkata, Xaara yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik itu bukan nakal tetapi perwatakannya lebih kepada kelakar dan menghiburkan.

“Xaara adalah penghibur dalam keluarga kami, juga untuk datuk nenek dan rakan-rakan dia. Karakter dia memang kelakar dan lucu, terbayangkan macam pelakon, Sharifah Sakinah.

Dengan karakter ‘gila-gila’ tu, Xaara tak kisah nampak comel ke, cantik ke atau buruk tapi dia tetap kelakar dan menghiburkan.

AIZUL

“Bila ramai pengikut laman sosial saya kata kelucuan Xaara macam pelakon tu, sampai kata Xaara ni ‘next Shahrifah Sakinah’ dari segi lucu dan petahnya, saya terfikir betul juga.

“Sama macam Sharifah Sakinah, gaya Xaara secara spontan dan tidak dibuat-buat. Dengan karakter ‘gila-gila’ tu, Xaara tak kisah nampak comel ke, cantik ke atau buruk tapi dia tetap kelakar dan menghiburkan,” katanya yang menetap di Setia Alam di Shah Alam, Selangor.



Karakter Xaara yang lucu dan menghiburkan.

Walaupun masih kecil, Aizul yang merupakan pereka dalaman berkata, pemikiran anak keduanya itu lebih matang daripada usianya.

“Xaara ni panjang akal. Apa yang dia nak buat mesti bersebab dan ada tujuannya. Kadang-kadang dia pandai bodek, kadang-kadang pandai ambil hati saya dan isteri untuk minta sesuatu dengan mengusahakannya.

“Contohnya, dia rajin sapu dan mop lantai atau masa saya baring pegang kepala, Xaara tiba-tiba offer nak picit kepala saya, lepas tu cakap lembut-lembut nak minta izin main game,” katanya sambil menambah anaknya itu gemar bermain ‘masak-masak’.



Aizul menyifatkan karakter Xaara lebih matang daripada usianya.

Menurut Aizul, personaliti yang disenangi dan kepetahan dalam berkata-kata menunjukkan bakatnya dalam bidang pengacaraan atau lakonan.

“Dia selalu juga menonton Youtube dan cuba-cuba buat aksi pengacara atau personaliti yang buat review. Nampak minat tu nak jadi pengacara atau berlakon.

“Dia masih kecil lagi, belum tahu apa dia nak jadi bila besar nanti. Tapi nampak bakat dia tu terserlah, kalau dia memang minat nak jadi pengacara atau pelakon, kami okay je,” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain