LAMAN sosial seolah-olah gempar apabila timbul pelbagai isu yang panas diperdebatkan netizen. Perbincangan serta luahan setiap rakyat negara ini turut menjadi pencetus kepada beberapa perkataan dan tanda pagar yang secara tiba-tiba trending di laman Twitter. Pada Jumaat misalnya, perutusan khas Hari Pekerja oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menerima reaksi luar biasa netizen. ARTIKEL BERKAITAN: “Maaf... tak boleh balik kampung beraya” - PM umum PKPB... ketahui apa yang boleh dan tak boleh dilakukan mulai 4 Mei ini ARTIKEL BERKAITAN: Check list buat Pak Salleh sebelum restoran mula beroperasi minggu depan... penjawat awam dan pekerja swasta pula kerja dari rumah norma baharu masa kini Ia susulan pengumuman mengenai rakyat negara ini yang tidak dibenarkan pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Selain itu, Muhyiddin turut mengumumkan hampir semua sektor ekonomi akan beroperasi semula pada 4 Mei ini dengan memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pengumuman itu sekaligus menyebabkan kata kunci carian (keyword) seperti May the 4th, TSMY (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan perkataan Malaysia menjadi topik trending. Menerusi pemerhatian mStar, topik hari raya hangat diperkatakan netizen sehingga ada yang meluahkan rasa sedih, tak kurang juga yang turut berjenaka mengenainya. "Semua benda dah boleh. Balik kampung je masih tak boleh. Why? "Orang-orang Selangor mesti seronok, sebab ramai kawan-kawan kerja semua tak balik kampung raya tahun ni. Ramai meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat pulang beraya seperti biasa. "Sumpah sedih raya tahun ni tak balik kampung jumpa atok. "Raya tak balik kampung tak apa. Jangan lupa minta maaf sudah. "Siapa pulalah yang buka lagu 'Balik Kampung' petang-petang ni. Ya tahu rindu nak balik kampung tapi PKPB tak boleh balik ya. "Tahun ni raya save sikit bajet nak bagi duit raya sebab ramai tak balik kampung," tulis beberapa netizen. Muhyiddin mengumumkan rakyat negara ini yang tidak dibenarkan pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Selain topik raya dan pengumuman Muhyiddin, Twitter dan Facebook juga mula hangat sejak Khamis malam khususnya mengenai pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM). Menerusi satu kenyataan, BNM mengumumkan perubahan terbaru berhubung enam bulan moratorium pinjaman perjanjian sewa beli (HP) dan pembiayaan Islamik berkadar tetap. Menurut netizen, ia ternyata berbeza dengan pengumuman pada 25 Mac lalu, yang mana kerajaan mengumumkan enam bulan moratorium terhadap pinjaman kewangan selain penstrukturan semula hutang kad kredit melibatkan RM100 bilion bermula 1 April. Perbicangan topik itu turut menyebabkan perkataan 'U-turn' menjadi topik trending di Twitter. Menurut netizen, mereka menyifatkan kenyataan itu berbeza dengan apa yang diumumkan sebelum ini. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!