suria

“Tengah lepak mamak, dia terkejut sampai satu kedai pandang kami” - Siswa dedah sisi lucu rakan karib bertubuh sado... insiden di rumah hantu paling sempoi!

Sejak kecil lagi, Pian merupakan seorang mudah terkejut.

JANGAN nilai seseorang itu hanya melalui fizikal luarannya.

Begitulah yang dapat digambarkan mengenai seorang pemuda yang memiliki badan sado tetapi pada masa sama seorang penakut!

Ketika dihubungi mStar, Wan Naqiudin Aqil Che Wan, menceritakan rakannya itu, Arif Sufian Sabri, 23, sebenarnya kut sejak kecil lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Hendak 1000 daya! Wanita hamil terkejut jurugambar ajak buat photoshoot online... hasilnya wow tak dijangka

ARTIKEL BERKAITAN: Pelik! Rakaman paras pinggang je, pelajar dedah kenapa beriya nak pakai kasut Vans dalam video untuk pensyarahnya

"Pian merupakan jiran saya, kami berkawan sejak sekolah rendah lagi.

"Dari dulu lagi kami dah perasan Pian ni memang penakut. Bila tengok cerita hantu beramai-ramai, dia yang paling penakut.

Video yang dimuatnaik Aqil di laman Twitter mendapat perhatian netizen.

"Nasib baik waktu tu takde telefon bimbit lagi, kalau tak, mesti dah banyak video yang kami rakam," ujarnya Aqil yang mengenali Arif sejak 10 tahun lalu.

Tambah Aqil lagi, bukan sahaja ketika menonton cerita seram, malahan rakan baiknya itu yang kini bekerja sebagai pegawai bahagian keselamatan di sebuah agensi kerajaan juga takutkan kucing.

"Pian ni badan sado sebab selalu pergi gim, tapi dia paling pantang bila nampak kucing.

"Pernah sekali tu, kami tengah lepak di mamak. Dia tak perasan ada kucing tengah main kat kaki dia. Bila dia nampak, habis bergegar meja makan tu.

Aqil (kiri) dan Pian sudah berkawan sejak 10 tahun lalu.

"Dia punya terkejut tu sampai satu kedai tengok kat kami semeja ingatkan ada apa-apa serius berlaku, rupa-rupanya hanya seekor kucing," ujar Aqil yang berusia 23 tahun.

Ketika ditanya tentang peristiwa yang tidak dapat dilupakan bersama rakan baiknya itu, pelajar jurusan Perancang Bandar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini mengimbau semula kenangan ketika mereka ke rumah hantu pada 2012.

Best berkawan dengan dia ni sebab tak cepat 'koyak' bila kena bahan.

WAN NAQIUDIN AQIL CHE WAN.

Kawan.

"Waktu tu kami 12 orang pergi ke rumah hantu di Sunway Lagoon.

"Pian punya berlagak, dia berdiri paling depan walaupun dia paling penakut. Saya pula bila rasa nervous saya akan muntah, jadi saya berdiri di belakang sekali.

Pian (paling kanan) gemar ke gim.

"Bila dah sampai tengah-tengah, saya perasan dia berpaut pada kaki saya sebab kawan-kawan lain dah tinggalkan dia. Sampai ke sudah dia peluk saya waktu tu," ujar Aqil.

Mengulas lebih lanjut mengenai kawannya itu, Aqil memberitahu bahawa Pian bukan seorang yang cepat marah dan sporting.

"Best berkawan dengan dia ni sebab tak cepat 'koyak' bila kena bahan.

"Pian tak senang terasa bila kawan-kawan bergurau walaupun kami sekarang jarang jumpa sebab masing-masing ada yang bekerja dan ada pula yang masih belajar.

"Waktu kami cuti pun kadang-kadang dia ajak kami kerja part time di tempat dia," jelas Aqil yang memuji rakannya.

Aqil (paling kanan) memberitahu sejak kecil lagi mereka gemar menyakat Pian (dua dari kiri).

Video berdurasi 1 minit 40 saat yang dimuat naik Aqil bersempena hari jadi rakannya itu pada 27 April lalu sehingga kini telah mendapat 154,700 tontonan dan 9,500 ulang kicau daripada netizen.

"Hahaha ni kalau jumpa hantu mahu sawan terus jadinya," ujar seorang pengguna Twitter.

"Aku syak dia ni pernah nampak hantu, tu yang takut semacam," tulis seorang gadis.

"Ni kalau dia melatah mesti lagi teruk dia terkejut," tambah netizen lain.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain