MEMILIKI kulit wajah yang halus dan licin sememangnya menjadi idaman setiap wanita. Kemunculan beberapa butir jerawat di wajah sahaja pun sudah boleh membuatkan seseorang hilang keyakinan diri. Justeru tidak hairanlah ada yang sanggup mengeluarkan belanja yang besar demi mendapatkan kulit wajah bak telur dikupas. ARTIKEL BERKAITAN: Muka anak disamakan macam bulan, ibu yang rasa ‘sakit’ nekad bawa gadis ini jumpa pakar - “Kali pertama rawatan, mereka picit jerawat saya” ARTIKEL BERKAITAN: Muka jerawat teruk selepas mandi kolam, pakwe terus minta putus... tapi tak sampai 2 bulan, kulit gadis ini alami transformasi ‘wow’! Ketika ramai yang memilih untuk menyembunyikan wajah bermasalah daripada tatapan umum, namun berlainan pula dengan wanita ini. Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Keknan ini sebaliknya berani memuat naik gambar wajahnya yang dipenuhi jerawat di laman Twitter. Malah perkongsian tersebut menjadi tular apabila meraih 5,300 retweet dan 7,200 tanda like. Perkongsian Keknan di Twitter mengenai keadaan wajahnya. Berkongsi cerita dengan mStar, Keknan berkata wajahnya mengalami perubahan yang teruk sejak dia mula mencuba produk baharu selepas dicadangkan oleh ibu saudaranya. "Sebelum ini wajah saya ada parut-parut bekas jerawat. Jadi ibu saudara saya pun mencadangkan satu produk tempatan. Bila tengok testimoni pengguna lain, nampak kulit wajah mereka jadi cantik. "Tapi makcik saya beritahu, produk itu akan ada proses pengelupasan ketika awal penggunaannya. Lama juga saya berfikir dan berkira-kira nak cuba atau tak. "Sebulan jugalah saya berfikir. Akhirnya saya putuskan untuk mencuba. Sebelum itu saya ada bergurau dengan makcik, saya kata kalau muka saya buruk, dia kena bertanggungjawab," ujarnya. Wajah Keknan selepas sembilan hari menggunakan produk baru. Gadis berusia 25 tahun ini berkata, dua hari terawal ketika mula menggunakan produk berkenaan, kulit wajahnya hanya kering dan sedikit kemerah-merahan. Memasuki hari kelima, wajahnya mula ditumbuhi jerawat di segenap bahagian sehingga ada yang mengelembung dan mempunyai cecair dan nanah. Siapa yang tak risau kan? Nanti tak pasal-pasal kena habis beribu-ribu pula lepas ni. KEKNAN PENGGUNA "Masuk hari keenam, wajah saya mula pedih dan gatal... apabila sentuh untuk garu sedikit bagi meredakan rasa gatal, keluar cecair daripada jerawat yang pecah. "Masa tu hanya ada dua perkara terlintas di kepala... pertama terfikir yang baik-baik, mungkin dia nak keluarkan jerawat dulu kot. "Keduanya, saya juga mula rasa ragu-ragu, betul ke produk yang aku cuba ni? Siapa yang tak risau kan. Nanti tak pasal-pasal kena habis beribu-ribu pula lepas ni," ujar wanita berusia 25 tahun ini. Keadaan wajah Keknan sebelum menggunakan produk baharu. Bagaimanapun menurut Keknan, dia mengambil pendekatan yang positif dan mahu membiarkan proses tersebut berjalan mengikut tempoh waktunya. "Sekarang saya baru hari yang kesembilan. Jadi masih di dalam proses lagi kerana ia mengambil masa lebih kurang dua minggu. Namun ketika ini, keadaan beransur baik dari sebelumnya," ujar Keknan. Menurut wanita yang bekerja sebagai konsultan latihan ini, tujuannya memuat naik posting berkenaan adalah sekadar mahu berkongsi pengalaman semata-mata. Keknan mahu lebih bersikap positif dan menunggu proses pengelupasan berakhir mengikut tempohnya. Gambar dirakam pada 2018. "Selalunya orang akan kongsi pasal transformasi wajah mereka daripada teruk kepada yang elok. Jarang orang nak kongsi pengalaman masa 'breakout'. "Tapi ada yang tuduh kononnya saya nak jual produk padahal saya hanyalah pengguna yang nak kongsi pengalaman sahaja. Namun semua komen yang negatif tu saya abaikan saja, saya mahu bersikap lebih positif."Ini sebahagian perjalanan yang ditentukan Allah untuk saya. Bagi saya, setiap yang terjadi ada sebabnya," ujarnya mengakhiri bicara. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!