suria

Gantung anjing hidup-hidup perlu hukuman lebih berat, DVS disaran ambil alih kes - “Manfaatkan undang-undang binatang sedia ada”

Kejadian dikatakan berlaku di Sungai Bidu, Banting, Selangor.

RABU lalu, tular sebuah video yang menunjukkan seekor anjing diikat di bahagian leher dan digantung pada pokok mangga.

Insiden di Banting, Selangor itu dilakukan individu tidak bertanggungjawab dipercayai pemilik anjing malang tersebut.

Lelaki yang berusia dalam lingkungan usia 40-an itu berang apabila perbuatannya itu dimarahi oleh orang awam yang lalu di kawasan itu serta mencabar mereka membuat laporan polis.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Padah’ nak sangat jaga hati kucing, tuan meow takut nak tidur... terpaksa kunci pintu - “Lion tenung saya dengan tajam malam tu”

ARTIKEL BERKAITAN: “Memang tak ada suspek lain lagi dah” - Si Lusoh terkena panick attack selepas nampak anjing, ‘membuang’ dalam bekas beras pulutlah jawabnya!

Bagaimanapun, selepas tuannya membuka ikatan tali mujur anjing tersebut masih bernyawa walaupun kelihatan bernafas tercungap-cungap.

Video berdurasi 1 minit 37 saat yang dimuatnaik di laman Facebook Persatuan Haiwan Malaysia itu sehingga kini telah mendapat 11,000 perkongsian dan lebih 10,000 tanda suka.

Menurut laporan The Star, Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika memberitahu, dia dimaklumkan mengenai perbuatan berkenaan oleh ahli persatuan pada Rabu.

Polis telah menahan individu yang melakukan kekejaman terhadap anjing tersebut.

"Laporan polis telah dibuat dan saya diberitahu bahawa individu tersebut juga telah ditahan oleh pihak polis," ujarnya.

Dalam pada itu, Arie turut berharap agar Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dapat mengambil alih kes tersebut.

Kita perlu manfaatkan undang-undang binatang sedia ada yang boleh dihukum penjara minimum satu tahun dan maksimum tiga tahun serta denda minimum RM20,000 dan maksimum RM100,000.

ARIE DWI ANDIKA

PRESIDEN PERSATUAN HAIWAN MALAYSIA

"Ini kerana Akta Kebajikan Haiwan 2015 bakal mengenakan hukuman yang lebih berat berbanding Polis Diraja Malaysia yang bakal mendakwa individu tersebut di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman yang ringan.

"Kita perlu manfaatkan undang-undang binatang sedia ada yang boleh dihukum penjara minimum satu tahun dan maksimum tiga tahun serta denda minimum RM20,000 dan maksimum RM100,000.

"Selain itu, DVS juga mempunyai tempat simpanan dan kuarantin anjing sebagai barang kes yang lebih baik bagi memastikan kebajikan anjing dijaga," jelasnya yang ingin tindakan tegas diambil ke atas individu tersebut.

Persatuan Haiwan Malaysia ingin tindakan yang lebih berat dikenakan terhadap pengganas haiwan.

Video yang tular itu juga mengundang kemarahan netizen di media sosial dengan rata-ratanya mengekspresikan rasa simpati mereka terhadap anjing malang itu.

"Memang mereka ada mulut, tetapi mereka tidak boleh bercakap. Jika tidak ingin memelihara mereka, tolong berikan kepada orang lain. Anjing sayang akan pemiliknya..." tulis seorang pengguna Facebook.

"Sakitnya hati tengok, depan orang pun boleh buat macam tu, dalam rumah tak tahu pula nasib anjing tu macam mana," ujar seorang wanita yang bersimpati.

"Nasib dia baik sebab jumpa orang yang baik. Kalau dia jumpa orang jenis panas baran macam aku, dia pula yang kena gantung dengan tali tu," tambah netizen lain.

"Kalau aku tak cakap banyak dah, memang aku pijak mamat tu, takpun langgar je terus," beritahu seorang pemuda yang berang selepas melihat video tersebut.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain