suria

Niat kongsi gambar sempena hari jadi ibu, akhirnya timbul cerita lain - “Saya sangat manja dan rapat dengan mama”

Gambar mesra Affa bersama ibunya tular di media sosial.

PERSIS anak dara. Begitulah kejelitaan seorang ibu anak tiga walaupun sudah berusia 40 tahun.

Kecantikan wanita yang juga seorang suri rumah ini hangat diperkatakan netizen selepas anaknya, Affa Danial berkongsi foto mesra mereka di Twitter.

Malah gambar tersebut turut mengelirukan netizen sehingga ramai menjangka mereka sebagai pasangan kekasih.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua beranak ini sama-sama jelita... tapi si ibu lebih ‘laju’ dapat info dirinya jadi perhatian - “Mak saya tahu bukan dari saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Wow, anak dah 4 tapi 'maintain' cun, aunty awet muda sikit pun tak lokek kongsi petua!

“Mati-mati ingatkan dia panggil girlfriend dia mama, ” kata Aiynul.

Antara komen-komen netizen selepas foto Affa bersama ibunya tular.

“Seriuslah ni mama kau? Muda gile, ” tulis Badrul.

“Saya ingat dia isteri kamu... hahaha sekali mama, ” kata Batrisya.

Menurut Affa, dia terkejut apabila gambar yang dikongsinya sempena hari lahir ibunya pada 14 April tiba-tiba tular.

“Sebenarnya gambar tu dah lama. Saya post sempena birthday mama. Terkejut sebab tiba-tiba blow up.

“Ramai ingat dia girlfriend saya tapi hakikatnya dia adalah mama saya. Tak sangka ramai tak percaya, ” katanya kepada mStar.

Mengenai gaya mesra dalam foto tersebut, pemuda berusia 17 tahun itu berkata dia memang rapat dan manja dengan ibunya.

Affa bersama ayah, dua adik perempuan dan ibunya.

“Saya anak sulung dan satu-satunya anak lelaki daripada tiga beradik. Tak dinafikan saya sangat manja dan rapat dengan mama.

“Bagi saya gambar tu biasa je sebab mama dan adik-adik lain pun akan posing macam tu. Gambar tu pun diambil semasa raya, kalau tengok posing mama sama je, ” katanya.

Tiada apa-apa tip cuma saya sentiasa amalkan makan vitamin C setiap pagi. Saya juga banyakkan makan ulam-ulaman.

SUE.

Ibu.

Ditanya mengenai reaksi ibunya mengenai komen-komen nakal itu, pemuda berasal dari Hulu Terengganu itu berkata ibunya sedikit terkilan.

“Mulanya mama tak tahu sebab dia tak ada Twitter. Bila gambar ni dah tersebar kat Facebook barulah mama perasan.

“Mama sedih jugalah bila baca komen negatif. Tapi dia malas nak fikir sangat sebab mulut orang susah nak tutup. Ayah pun diam je.

Affa merupakan anak sulung dan satu-satunya anak lelaki daripada tiga beradik.

“Mana-mana komen negatif tu saya ignore je. Biarlah orang nak cakap apa sebab mereka tak tahu perkara sebenar, ” katanya.

Dalam pada itu, wanita yang hanya dikenali sebagai Sue itu berkata dia tidak mempunyai sebarang petua istimewa untuk kekal awet muda.

"Tiada apa-apa tip cuma saya sentiasa amalkan makan vitamin C setiap pagi. Saya juga banyakkan makan ulam-ulaman," katanya.

Perkongsian foto pemuda berusia 17 tahun itu bersama ibunya dengan kapsyen “Happy birthday mama. Love you so much” menjadi tular dan mendapat lebih 9,000 tanda suka di Twitter.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
ibu, jelita, kekasih, Affa Danial

Artikel Lain