suria

“Tiada guna jumlah kerugian lebih besar dari pendapatan” - Dua tahun kumpul modal, pemuda ‘bungkus’ studio baru 2 bulan beroperasi

Irfan memberitahu dia menghabiskan hampir RM30,000 untuk mengubah suai studio dua tingkat tersebut.

"DUA tahun saya kumpul modal, sempat beroperasi dua bulan je."

Begitulah ungkapan seorang anak muda, Irfan Dzahier, yang terpaksa menutup studio miliknya selepas mengalami kerugian yang besar semenjak wabak Covid-19 melanda.

Ketika dihubungi mStar, pemuda yang mesra disapa sebagai Irfan itu memberitahu keputusan itu dibuat kerana dia tidak ingin menanggung rugi yang lebih besar.

ARTIKEL BERKAITAN: Hendak 1000 daya! Wanita hamil terkejut jurugambar ajak buat photoshoot online... hasilnya wow tak dijangka

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh tangan macam lepas bunuh orang, pengantin tetap gembira inai macam Priyanka Chopra – “Mungkin mereka tak biasa tengok henna macam ni”

"Saya masih boleh beroperasi sehingga bulan Julai atau Ogos, tapi tiada guna kalau jumlah kerugian lebih besar daripada pendapatan.

"Disebabkan wabak koronavirus yang kita semua tak pasti sampai bila, saya antara yang terkesan dengan tak dapat menjalankan perniagaan seperti biasa.

"Semua event seperti majlis kahwin, majlis berbuka puasa, photoshoot raya dan family day terpaksa ditangguhkan ke tahun hadapan dan ada yang dibatalkan dengan jumlah kerugian sebanyak RM20,000 hingga RM30,000," ujar lelaki berusia 24 tahun itu.



Studio yang dimiliki Irfan bersama seorang lagi rakannya hanya sempat beroperasi selama dua bulan di Puncak Alam, Selangor.

Dengan menelan kos pengubahsuaian kedai hampir RM30,000, Irfan nyata terkilan dengan keputusannya itu.

"Saya sewa atas bawah untuk buat studio. Bahagian atas adalah untuk design gambar manakala bawah pula tempat percetakan.

"Banyak juga yang saya dah renovate seperti buat studio untuk sesi fotografi dan pasang penghawa dingin sebab saya sasarkan pelajar UiTM yang akan kerap datang.

"Saya kesian pada staf saya sebab baru sebulan dia bekerja tetapi terpaksa diberhentikan," jelas Irfan yang berasal dari Kedah.

Sampai sekarang saya rasa terkilan tu, manakan tidak, dua tahun saya kumpul modal nak buka kedai ni.

IRFAN DZAHIER

PEMILIK STUDIO

Tambahnya lagi, dia yang membuka studio tersebut bersama seorang lagi rakannya memberitahu bahawa mereka masih lagi meneruskan perkhidmatan tersebut tetapi hanya di rumah sendiri.

"Saya tinggal di Puncak Alam manakala rakan saya tinggal di Sungai Buloh. Barang-barang semua kami bawa pulang ke rumah masing-masing.

"Peralatan di studio seperti lighting tu semua saya bawa pulang ke rumah saya.

"Buat masa ini kami masih mendapat tempahan seperti album perkahwinan custom made, percetakan seni halus, membuat reka bentuk gambar serta baru-baru ini kami buat frame untuk Balai Seni Negara," jelas Irfan yang mula menjadi jurukamera profesional sejak lima tahun lalu.



Luahan Irfan di Twitter mengundang rasa simpati netizen.

Ketika ditanya mengenai perancangan masa hadapannya, Irfan berharap bahawa dia mampu kembali bangkit selepas kisah duka yang dialaminya ini.

"Saya perlukan sekurang-kurangnya satu tahun untuk membuka studio semula. Ia mungkin memakan masa sehingga dua hingga tiga tahun.

"Sampai sekarang saya rasa terkilan tu, manakan tidak, dua tahun saya kumpul modal nak buka kedai ni.



Irfan kini melakukan kerja-kerja percetakan di rumah.

"InsyaAllah ada rezeki, suatu hari nanti saya akan buka semula kedai di Kuala Lumpur pula dengan saiz yang lebih besar," beritahu Irfan yang kini dalam proses mengeluarkan barang miliknya sebelum ditutup secara rasmi pada 31 Mei ini.

Luahan Irfan yang dikongsikan di Twitter pada Isnin lalu sehingga kini telah mendapat 4,000 ulang kicau serta 5,800 tanda suka daripada netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
studio, percetakan, album, PKP, rugi

Artikel Lain