suria

Ketibaan mereka di tanah air disambut baik, akhirnya harta benda di pusat kuarantin lingkup, ditinggalkan penghuni dalam keadaan kotor

Perkongsian oleh laman Facebook Public Health Malaysia mengenai sikap segelintir penghuni pusat kuarantin menjadi tular.

"HIDUP tahun 2020 tapi mentaliti masih mundur!"

Itulah antara komen yang dilontarkan netizen terhadap perkongsian beberapa keping gambar kegiatan 'vandalisme' di pusat kuarantin bagi wabak Covid-19 di negara ini.

Gambar-gambar yang dimuat naik oleh laman Facebook Public Health Malaysia pada Jumaat menunjukkan keadaan pusat kuarantin yang berselerak dan kotor selepas ditinggalkan penghuninya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar baru balik UK, dikuarantin buat perkongsian menusuk kalbu tentang hebatnya Malaysia... bagaimana sapaan ‘adik’ mampu rasa diri selamat

ARTIKEL BERKAITAN: Pengalaman terburuk... mangsa Covid-19 kongsi pengalaman dikuarantin, paling cemas sukar tarik nafas panjang

Malah kelihatan juga peralatan seperti cerek elektrik yang dibiarkan dengan sisa-sisa makanan tanpa dibersihkan selepas digunakan.

Perabot, televisyen, bantal dan beberapa peralatan lain juga menjadi 'mangsa' sikap tidak bertanggungjawab penghuni yang ditempatkan di pusat berkenaan.

Posting yang dimuatnaik di laman Facebook Public Health Malaysia.

Bagaimanapun laman Facebook tersebut tidak memperincikan lokasi sebenar pusat kuarantin yang dimaksudkan.

Sejak 3 April lalu, rakyat Malaysia dan individu yang tiba di tanah air dari luar negara perlu menjalani kuarantin wajib sebagai langkah pencegahan untuk mengelakkan penularan wabak Covid-19 akibat kes import.

Mereka diwajibkan menjalani kuarantin selama dua minggu di pusat berkenaan selain perlu menjalani ujian saringan.

Bilik ditinggalkan dalam keadaan kotor dan berselerak.

Sehingga Jumaat (8 Mei), sebanyak 245 pusat kuarantin telah beroperasi untuk menempatkan rakyat Malaysia yang pulang ke tanah air.

Ketika ditempatkan di pusat tersebut tersebut, mereka disediakan dengan pelbagai kemudahan yang selesa dan lengkap dengan keperluan asas.

Malah tular beberapa perkongsian di media sosial sebelum ini di mana penghuninya meluahkan rasa teruja dan kagum dengan keadaan pusat kuarantin yang disediakan.

Keadaan bilik yang bersepah dan peralatan dirosakkan.

Seperti kata pepatah 'orang berbudi, kita berbahasa', maka itulah yang wajar dilakukan oleh mereka yang ditempatkan di pusat berkenaan, bukannya membalas dengan tindakan 'vandalisme'.

Posting tersebut sehingga kini mendapat 10,000 shares dan dibanjiri dengan ribuan komen netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan individu yang tidak bertanggungjawab itu.

Sebahagian komen netizen yang mengecam sikap tidak bertanggungjawab penghuni di pusat berkenaan.

"Attitude yang sangat memalukan. Tiada langsung kesedaran sivik. Tuntut saja ganti rugi dari mereka ini. Ibarat 'kera mendapat bunga'," komen seorang netizen.

"Mohon kerajaan minta ganti rugi daripada mereka. Sangat tidak menghargai kebersihan," tulis yang lain pula.

"Tengok tempat macam hotel, mengada-ngada betul. Dah bagi tempat yang terbaik, masih lagi rosakkan," komen netizen yang lain.

Sementara itu, isu tersebut turut mendapat perhatian Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media hariannya pada Sabtu.

Jelas Ismail, pelaku tertakluk kepada undang-undang sebagaimana rakyat Malaysia yang lain dan ia terserah kepada pihak hotel untuk membuat laporan dan mengambil tindakan berhubung perkara ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain