suria

Hidup tanpa elektrik, air, berak dalam semak! Ebit Lew tak putus merintih, malu sendiri - “Kenapa ada sebuah keluarga tiga tahun hidup begini?” 

Rumah didiami keluarga tersebut dipenuhi semak yang tinggi.

TIADA bekalan air, elektrik malah terpaksa buang air besar di dalam semak.

Begitulah kehidupan yang dilalui sebuah keluarga daif yang menetap di sebuah rumah kayu lama di Kampung Sri Damai, Kuantan.

Keperitan hidup dilalui keluarga ini mendapat perhatian pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew yang berkongsi kisah mereka di Facebook miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Selidik dulu... itulah adabnya” - Selepas Ebit Lew bantu, individu pertikai kaedah ‘terjah’ tolong orang susah... perjelas status keluarga daif Tanjung Lumpur

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Ebit menangis lagi! Kali ini kerana bantu keluarga daif ‘jauh dalam kebun getah’ - “Sehari mereka di sini dosa buat saya yang tidur lena”

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian netizen dengan ramai menghulurkan sumbangan kepada pertubuhan dinaungi beliau bagi membantu keluarga tersebut.



Keadaan semak semasa kunjungan Ustaz Ebit ke rumah tersebut.

“Menangis teresak hari ni. Jumpa kakak dan anak kecil duduk tiga tahun di rumah ini di Kg Sri Damai Kuantan tanpa air dan elektrik.

“Buang air besar di semak. Tadah air perigi. Semak penuh. Kakak ini asal kelantan. Menangis dengar kisah kakak ini.

“Betul-betul remuk hati mendengarnya. Laju jer air mata keluar. Kalau musim hujan banjir semua tempat ini. Sedihnya,” katanya.

Kebiasaannya beliau mampu menahan air mata tapi kali ini air matanya tumpah mengenang nasib keluarga ini.

“Biasa saya tahan air mata depan mereka. Hari ini saya biarkan je menangis depan kakak dan anak ini.



Wanita tersebut mendakwa tinggal di rumah usang itu selama tiga tahun tanpa bekalan air dan elektrik.

“Anak semua tak sekolah. IC semua ada. Ya Allah apalah nak jawab depan Allah nanti. Tiga tahun hidup dalam semak ini.

“Tangga nak naik rumah patah. Tandas tak de. Betul-betul luka hati saya hari ini. Betul ke. Berkali-kali saya check akak ini,” katanya.

Menurut Ebit, kunjungannya ke kediaman keluarga tersebut turut dihadiri penghulu kampung dan tok empat.

Ini semua akan jadi sejarah yang kita akan kena jawab depan Allah. Masa kamu Ebit Lew makan sedap tidur lena. Kenapa ada sebuah keluarga tiga tahun hidup begini?

USTAZ EBIT LEW.

Pendakwah.

“Terima kasih hadir. Mereka ada beri beras dan makanan untuk keluarga ini. Katanya tak mampu nak tolong cari rumah dan lain-lain.

“Dah cuba sana sini belum dapat lagi. Menangis saya dari tadi,” katanya.



Ustaz Ebit tekad mahu menyekolahkan anak-anak ini.

Namun Ebit turut memohon maaf kepada Allah kerana baru menyedari tentang keluarga kurang bernasib baik itu.

“Saya memang tak lepas di akhirat nanti. Tiga tahun lalu di jalan besar sana pergi ceramah.

“Ya Allah ampunkanlah Ebit Lew ini. Maaf ya Allah. Kasihannya. Tak de air elektrik tiga tahun. Ya Allah,” katanya.

Menerusi perkongsiannya itu, Ebit turut berazam mahu mencarikan rumah baharu dan menyekolahkan anak-anak wanita berkenaan.

“Hantar sekolah madrasah atau mana-mana asrama sesuai. Tak berhenti kakak ini cakap terima kasih. Bahagian kakak.



Ustaz Ebit sedih melihat nasib keluarga ini.

“Ini semua akan jadi sejarah yang kita akan kena jawab depan Allah. Masa kamu Ebit Lew makan sedap tidur lena. Kenapa ada sebuah keluarga tiga tahun hidup begini?

“Hanya rahmat Allah yang saya harapkan. Betul-betul malu saya rasa. Doakan saya nak cari rumah untuk mereka, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Ebit Lew, daif, miskin,

Artikel Lain