suria

“Kerja ni tak bagi kemewahan pun” - Salah sikit kena maki! Rider lepas geram pelanggan tak hormat masa orang lain, telefon 7 kali masih tak keluar rumah

Rider tersebut memohon agar orang ramai lebih memahami tugas mereka yang berlipat kali ganda sewaktu tempoh PKP.

"BILA courier sampai rumah bagi hon, tak keluar. Nak tekan loceng, takde loceng. Kita panggil, tak jawab. Kita call, tak angkat. Lepas tu complain barang lambat sampai."

Demikian luahan seorang pekerja servis penghantaran yang berdepan 1001 ragam pelanggan yang membuat pembelian secara dalam talian.

Menerusi posting yang dimuatnaik melalui Facebook Tokan Sate, dia meluahkan rasa kecewa dengan layanan yang diterimanya sebagai penghantar barang selain sering dipandang rendah orang segelintir pelanggan.

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga ‘sekolahkan’ pelanggan sedap-sedap order dari rumah, tapi bising COD kena bayar caj penghantaran - “Mana ada COD sambil joging saudara”

ARTIKEL BERKAITAN: Rider basah kuyup singgah di bus stop makan kek disedekah peniaga, apa ditemui dalam sampul cukup mengejutkan - "Kesian dah 45 minit dia tunggu”

"Ada yang dah nampak kita sampai, boleh pula bangun, panggil bini dia untuk buka pagar. Dah la hujan, basah lencun kami di luar rumah, boleh dia selamba buat kami tunggu.

"Bila dah bagi barang, tenung kami macam kami ni tukang angkat najis. Cakap terima kasih pun tak.

"Dia tak tahu, bila dia lengahkan kerja kami, barang orang lain pun terpaksa sampai lambat," ujarnya.



Perkongsian yang dimuat naik Tokan Sate mendapat perhatian netizen.

Tambahnya lagi, lebih memeningkan apabila terdapat pelanggan yang menelefon mereka semula sebaik sahaja penghantar beredar ke kawasan lain.

"Kami dah pergi tempat lain, baru nak telefon balik suruh kami patah balik hantar barang.

"Bila saya tanya kenapa call sampai tujuh kali tak angkat? Boleh pula dia bagi alasan tengah tidur," beritahunya lagi.

Kami jalankan amanah tapi bukan amanah anda seorang. Beratus amanah yang kami handle seorang dalam satu hari.

Pekerja servis penghantaran makanan

Dalam pada itu, pemuda tersebut memohon maaf sekiranya barang yang dihantar agak lewat dan pada masa yang sama meminta orang ramai untuk faham akan tugas mereka.

"Satu parcel tak sampai RM2 pun upah kami terima. Kerja ni tak dapat bagi kemewahan pun, kami hanya ingin mencari rezeki halal.

"Kami jalankan amanah tapi bukan amanah anda seorang. Beratus amanah yang kami handle seorang dalam satu hari.

"Tak perlu nak pandang sinis kepada kami. Salah sikit kau nak maki. Kau duduk rumah je tunggu, kami yang hantar," tambahnya.



Antara komen-komen netizen.

Posting yang dimuat naik itu sehingga kini mendapat 5,800 perkongsian dan hampir 7,000 tanda suka daripada netizen yang rata-ratanya turut meluahkan rasa simpati mereka di ruangan komen.

"Ada yang siap pakai PPE bila nak ambil barang, kadang-kadang suruh letak atas lantai je. Kau order corona ke?" tambah rider lain.

"Saya kalau beli barang online, setiap hari tengok delivery status... saya akan standby di depan rumah takut courier sampai," ujar seorang gadis.

"Setuju bro, sesetengah pelanggan ni takde common sense. Kesian pun ada kat rider kena tunggu lama di luar rumah," tulis seorang pengguna Facebook.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
rider, Tokan Sate, parcel, upah,

Artikel Lain