suria

PKP ‘berisi’! Bilik bakal guru berubah wajah dengan hanya aktiviti ‘mengklik’, memang terkejut kalau tahu kosnya - “Mula-mula rasa mustahil”

Bilik Fatin kini kelihatan lebih moden dan kemas, sesuai dengan konsep minimalis.

KELAPANGAN waktu yang tersisa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimanfaatkan gadis ini dengan membuat transformasi kamar tidurnya.

Kelihatan bersih, kemas dan cukup minimalis, dekorasi itu turut mengundang perhatian warga Twitter apabila ia direalisasikan dengan modal berbaloi.

Menurut Fatin Elissa, 19, dia terpanggil untuk membuat transformasi itu setelah melihat ramai individu lain tampil dengan pelbagai idea bagi mengisi masa lapang mereka sepanjang PKP.

ARTIKEL BERKAITAN: "Tak semua lelaki pengotor", dekorasi DIY pelajar ini kejutkan ramai teman sekampus

ARTIKEL BERKAITAN: Bilik cantik sangat, tak fasal-fasal kena jadi ‘konsultan tak bertauliah’ - “Artis pun DM tanya pendapat, boleh jadi kawan pula”

"Inspirasi datang apabila tengok ramai buat aktiviti sewaktu PKP, contohnya memasak. Jadi saya pun rasa macam nak cari satu aktiviti yang saya minat.

"Isi masa lapang daripada duduk di rumah tak buat apa-apa. Saya mulakan dekorasi itu selepas dua minggu PKP bermula.

"Modal bawah RM500 tu untuk sesuaikan dengan status student. Jadi saya beli sekitar 10 barang pun sesuai dengan harga yang student mampu," ujarnya kepada mStar.

Bilik Fatin sebelum diubah suai baru-baru ini.

Menurut Fatin lagi, kesemua barang dekorasi itu dibeli menggunakan platform dalam talian sahaja.

Namun katanya, tempoh menunggu ketibaan barang-barang tersebut menjadi cabaran utama dalam melengkapkan misi berkenaan.

Jelas Fatin, sepanjang berada di rumah dia telah membeli lebih kurang 10 barangan secara online dalam usaha melakukan transformasi bilik tidurnya.

"Cabaran tak ada sangat. Cuma nak kena tunggu barang sampai. Sebab PKP tak boleh keluar rumah. Jadi beli online je untuk semua barang kelengkapan.

Saya memang dari kecil dah diajar mengemas. Secara tak lngsung semua benda kena kemas. Tak kisah lah orang nak tengok atau tak.

FATIN ELISSA

PENUNTUT IPG

"Rasa seronok akhirnya dapat tengok bilik yang biasa saja ni pun sebenarnya boleh jadi cantik dan kemas.

"Jadi macam gambar sumber rujukan saya. Mula-mula tu rasa mustahil nak jadi macam gambar rujukan.

"Mungkin saya boleh ambil idea je, dan tampil dengan idea sendiri yang sesuai dengan bilik. Tapi hasilnya hampir sama," ujarnya lagi.



Fatin puas hati dengan transformasi bilik tidurnya.

Menurut Fatin lagi, dia sememangnya sudah diterap agar rajin mengemas bilik biarpun mungkin tiada sesiapa yang akan melihat ruang peribadi itu.

Malah, keluarganya turut terkejut melihat transformasi yang dilakukan dalam masa sebulan itu.

"Saya memang dari kecil dah diajar mengemas. Secara tak langsung semua benda kena kemas. Tak kisahlah orang nak tengok atau tak.



Suasana bilik Fatin yang kini kemas dan teratur.

"Semua (keluarga) terkejut jugalah. Sebab warna bilik sebelum ni hijau. Jadi tak sangka sebenarnya warna bilik tu mainkan peranan besar untuk ubah suasana," ujar gadis yang menetap di Sungai Besar, Selangor itu.

Dalam pada itu, posting kisah transformasi oleh gadis Institut Pendidikan Guru di Pulau Pinang itu turut menerima lebih 6,400 ulang kicau di Twitter.

Selain memuji, ramai yang turut meminta dia berkongsi tips dan senarai barang yang digunakan dalam misi dekorasi itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain