suria

"Tengok kek tu pun dah tahu perangai dia” - Hehehe... pertama kali sambut Hari Ibu, isteri akui dah ‘masak’ dengan kerenah suami

Foto gambar kek sempena Hari Ibu dikongsi Adilah Husna menjadi tular di Twitter.

BAGI mereka yang kali pertama bergelar ibu, sambutan Hari Ibu kali ini pasti cukup bermakna dan meninggalkan 1,001 kenangan.

Begitu juga dengan wanita kepada seorang anak ini apabila menerima kek kejutan daripada suaminya pada Ahad lalu.

Kek red velvet siap dengan ucapan ‘Happy Mother’s Day hehehe’ dibeli Mohammad Nor untuk isterinya, Adilah Husna menarik perhatian netizen selepas gambar tersebut dikongsi ibu muda itu di Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Sisi A+ suami terbongkar masa PKP, kejadian di dapur buat isteri malu dengan diri sendiri - “Ummi terpaksa berhenti kerja jaga dia”

ARTIKEL BERKAITAN: “Memang tak kantoi” - Betul-betul nak buat kejutan hargai isteri, suami ‘idaman ramai’ ini teliti habis buat plan... beli hadiah sikit-sikit

Gambar kek tersebut dengan kapsyen ‘Baru nak fefeeling celebrate Mother’s Day.... Why is my husband like this’ mendapat lebih 44,000 ulang kicau dan 57,400 tanda suka.

Menurut Adilah Husna, dia meminta suaminya untuk membeli sebiji kek bersaiz besar kerana mahu meraikan hari istimewa itu bersama emak dan kakaknya di Ampang.



Adilah Husna bersama suami dan anaknya yang kini berusia dua bulan.

"Masa tu suami pergi seorang ke Secret Recipe sebab saya jaga baby dalam kereta. Jadi dia pun mesej menu kek di kedai tersebut.

"Saya mesej minta belikan kek red velvet dan minta dia tulis ucapan Happy Mother’s Day sekali.

"Disebabkan ni Mother’s Day pertama saya sebab baru dapat baby, jadi macam excited. Tu yang tulis ‘Happy Mother’s Day hehehe' kat mesej tu," katanya kepada mStar.

Dia kata siapa suruh tulis ‘Hehehe’. Tu yang dia buat juga. Masa dia minta staf Secret Recipe tu tulis, sengih-sengih je staf tu dia kata.

ADILAH HUSNA

ISTERI

Namun wanita berusia 25 tahun itu tidak menduga suaminya turut menulis perkataan ‘Hehehe’ di atas kek tersebut.

"Tak sangka pula dia tulis sekali ‘Hehehe’ tu. Bila buka kotak kek lepas berbuka tu memang semua gelak.

"Dia kata siapa suruh tulis ‘Hehehe’. Tu yang dia buat juga. Masa dia minta staf Secret Recipe tu tulis, sengih-sengih je staf tu dia kata," katanya.



Kek yang dibeli oleh suami Adilah Husna sempena Hari Ibu.

Tambah wanita berasal dari Ampang itu, dia mendedahkan suaminya bukan jenis berperwatakan lurus.

"Suami bukan jenis lurus. Dia sebenarnya suka buat lawak. Memang perangai dia macam tu.

"Setiap hari ada je benda kelakar dia buat. Saya pun dah terbiasa. Bila tengok kek tu pun dah tahu dah perangai dia," katanya.



Reaksi netizen terhadap tweet Adilah Husna.

Mengenai tweetnya itu, Adilah Husna berkata dia tidak menduga perkongsian sekadar untuk suka-suka itu menjadi tular.

"Saya memang selalu tweet pun. Jadi bila Mother’s Day, biasa orang wish or tunjuk gambar dengan mak.

"Jadi saya pun tunjuk apa yang berlaku kat saya masa Mother’s Day. Saya saja nak share. Tak expect langsung akan viral," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
kek, red velvet, Hari Ibu, Adilah Husna

Artikel Lain