suria

Ibu sangka anaknya ‘tak bernafsu’ tengok makanan sebab ‘simptom’ nak dapat adik, sehinggalah suatu hari dia dilihat makan rambut sendiri...

Seorang ibu berkongsi pengalaman di mana anak perempuannya menghidap anemia gara-gara tabiat pemakanan yang tidak betul.

"TAK apa, nanti anak dah besar, pandailah mereka makan."

Pernahkah anda mempunyai tanggapan sedemikian apabila melihat mereka kurang berselera atau kurang bernafsu untuk menjamah makanan?

Jika ya, anda disarankan untuk mengubah tanggapan sedemikian dan bertindak pantas sebelum menyesali sikap kurang endah tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak hidap Influenza B meninggal dunia hanya kerana satu ubat, ibu menyesal dengar pendapat kawan - “Selepas tukar pampers, dia berhenti bernafas”

ARTIKEL BERKAITAN: Cemas! Mata anak terbeliak, mulut terkacip, ibu berkali-kali lafaz maaf kepada anak kena Influenza A - “Aku tak mahu kehilangan lagi”

Sebagaimana perkongsian seorang pelayar Facebook bernama Adila Azurin yang dimuatnaik di laman Mama Dan Anak, wanita ini menceritakan pengalamannya sendiri yang mana anaknya disahkan menghidap anemia, berpunca daripada cara pemakanan yang tidak betul ataupun kurang nutrisi.

Menurut wanita ini, semuanya bermula apabila anaknya perempuannya yang bernama Adra, yang dalam lingkungan usia dua tahun, diserang demam yang kerap hampir setiap bulan.



Sebahagian posting yang dikongsi oleh seorang ibu bernama Adila Azurin mengenai penyakit anaknya.

"Kali pertama Adra buat ujian darah di Klinik Kesihatan (KK), terus dia kena refer ke hospital sebab bacaan hemoglobin (HB) dia masa tu 5 sedangkan bacaan yang doktor bagitau untuk kanak-kanak normal adalah 13.

"Terkejut Dila. Tanya doktor KK apa puncanya, tapi doktor bagitau, hospital akan buat pemeriksaan lanjut untuk dapatkan puncanya. Disebabkan masalah Adra berpunca dari darah, memang kena ambil darah je dari dia mula masuk hospital sampai la nak discaj," tulisnya pada perkongsian tersebut.

Ketika dirawat di hospital, doktor melakukan Full Blood Count (FBC) bagi mengetahui punca sebenar penyakit anaknya.

Menurut Adila, hasil pemeriksaan mendapati anaknya mempunyai masalah kurang darah merah disebabkan cara pemakanan yang tidak berapa betul dan menyebabkannya kurang nutirisi.



Antara punca anemia adalah kerana tabiat pemakanan yang tidak betul sehingga menyebabkan seseorang kurang nutrisi.

"Allah! Tak tahu nak cakap macam mana, segan pun ada bila doktor cakap Adra kurang zat. Rasa macam kita tak bagi anak makan sampai dia jadi kurang zat.

"Dila selalu ingat tak apa kalau budak-budak tak nak makan sekarang, akan datang bila dia makin membesar, masa tu selera dia akan berubah. Tapi memang silap sangkaan Dila tu. Apa pun memang kena dididik dari awal.

"Adra memang minum susu segar sahaja selain dari susu ibu perahan (EBM). Salah satu punca anak tak nak makan apabila dia dah terlalu craving susu yang manis.

"Dila perasan dia kurang makan masa Dila mengandungkan anak ketiga. Orang kata kalau anak kita nak dapat adik memang perangai akan berubah sikit. Mungkin betullah kot. Jadi Dila pun OK asalkan dia minum susu macam biasa," tulisnya panjang lebar.

Cerita wanita ini lagi, anak perempuannya itu mula menunjukkan tabiat yang pelik apabila dia mula mengutip benda asing selain makan rambutnya sendiri.



PICA merupakan sindrom di mana seseorang mempunyai tabiat memakan benda-benda pelik.

"Doktor bagitau yang Adra ada simptom PICA. Penyakit yang mana seseorang tu suka makan benda-benda pelik. Seseorang yang kurang zat besi cenderung untuk dapat simptom macam ni.

"Lagilah sebak. Salah aku ke tak paksa anak makan. Stres sampai rasa nak tarik rambut sendiri pulak," tulisnya.

Menurutnya, doktor pakar tersebut kemudian menerangkan dengan panjang lebar mengenai punca anaknya boleh mendapat anemia, antaranya tabiat kerap minum susu segar, kurang makanan mengandungi zat besi dan tidak mengambil makanan tambahan (supplement).

"Jadi para ibu di luar sana jangan pandang ringan bila anak kurang makan atau tak nak makan langsung. Zat besi memang sangat penting untuk tumbesaran anak-anak.

"Kekurangan zat besi juga akan menyebabkan anak-anak akan mengalami gangguan dalam pembelajaran terutama mata pelajaran matematik. Ini apa yang doktor sharekan pada Dila. Wallahualam," tulisnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
anemia, PICA, nutrisi, makan, rambut

Artikel Lain