BUSUK! Jijik mahupun geli mungkin reaksi spontan apabila seseorang itu secara tidak sengaja membuang air besar di dalam seluar. Jika berlaku di sekolah, ia sudah tentunya menjadi momen yang amat memalukan sehingga menjadi mangsa ejekan rakan-rakan. Namun seorang murid amat bertuah kerana walaupun sering 'terbuang' dalam seluar, ada seseorang yang membantu dan membelanya sekiranya diejek. ARTIKEL BERKAITAN: Paling jijik! Wanita ini selamba 'sound' aunty berak tepi jalan, sampai sekarang rasa nak muntah - "Saya nampak dia gunakan tisu untuk lap" ARTIKEL BERKAITAN: "Penumpang kalau cirit jangan malu minta bantuan kru kabin" - Pramugari kongsi pengalaman jijik, sinki penuh air najis bersama seluar dalam Menerusi satu nota, seorang guru berkongsi pengalamannya mengendalikan seorang murid yang sering terberak dalam seluar. Menurut Mohd Fadli Salleh, nota tersebut diterimanya sempena Hari Guru pada 2013, ketika itu mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Melewati 2 di Kuala Lumpur. Mohd Fadli prihatin terhadap nasib yang dialami seorang murid. "Seorang murid lelaki selalu ter'buang' di dalam seluar dan menyorok malu. Aku acap kali tarik dia ke tandas untuk basuh dan bersihkan. "Seperti biasa, ada murid yang tahu akan mengejek dan mempersendakan kawan mereka," tulis Mohd Fadli di halaman Facebok. Mohd Fadli yang kini berkhidmat di SK Gombak 1 di Gombak, Selangor bagaimanapun amat pantang sekiranya ada murid-muridnya suka mengejek dan memalukan orang lain. Murid-murid yang nakal itu akan 'disekolahkan' agar mereka tidak mengulangi perbuatan itu. "Aku bagi nasihat dan amaran keras dalam kelas agar mereka tidak mengejek kawan-kawan yang terkencing atau ter'buang' dalam seluar begini," ujarnya. Perkongsian Mohd Fadli di laman sosial meraih perhatian netizen. Bagaimanapun, Mohd Fadli sama sekali tidak menyangka masalah sebenar yang dihadapi murid berkenaan sehingga terpaksa memakai lampin bayi. "Rupanya masa tu anak ini ada masalah usus. Tapi tak ramai yang tahu pasal tu. Dia pandai sorokkan sebab malu. "Bertahun selepas itu baru aku tahu kisah sebenar," tambahnya. Anak-anak kecil berusia enam, tujuh tahun pun sebenarnya ada rasa malu dan akan ingat orang yang menyorok aib mereka MOHD FADLI SALLEH Guru tersebut turut menyedari rupa-rupanya murid berkenaan amat menghargainya setiap kali ada rakan-rakannya cuba memalukannya. Malahan, murid berkenaan terharu apabila dia sendiri tidak mengejek dan memalukannya. "Anak-anak kecil berusia enam, tujuh tahun pun sebenarnya ada rasa malu dan akan ingat orang yang menyorok aib mereka. Nota kiriman murid berkenaan sebagai tanda penghargaan kepada Mohd Fadli. "Kadang-kadang, benda yang kita rasa kecil memberi impak besar kepada kanak-kanak. Mereka akan ingat, mereka akan hargai dan mereka akan menghormati. "Semoga anak ini terus maju jaya dan menjadi seorang yang ternama kelak," kata Mohd Fadli. Perkongsian turut dimuat naik nota kiriman murid berkenaan yang menyentuh emosi. "Cikgu, maafkanlah kesalahan saya. Cikgu, saya tahu... saya selalu berak dalam seluar. Sorry lah. "Terima kasih cikgu kerana mengajar dan membimbing saya," tulis kanak-kanak itu. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!