suria

Powerlah! Wanita 61 tahun ini bukan penari tapi lenggok Aunty Soo Ming memang memukau - “Saya berlatih cuma satu hari”

Soo Ming yang berasal dari Kelantan amat menggemari tarian tradisional Melayu.

WANITA berbangsa Cina ini bukan penari profesional tetapi lenggok tariannya berjaya memukau perhatian netizen.

Video Koo Soo Ming mempersembahkan tarian tradisonal bagi menyahut cabaran #InangChallenge dikongsi seorang pereka tari, Kerol Mohtar di Twitternya sehingga menjadi tular.

Sehingga kini video yang dimuat naik Kerol pada Jumaat lalu meraih 5,800 ulang kicau dan 9,500 tanda suka serta mencatatkan hampir 150,000 tontonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Leka menari TikTok, gadis cabut lari lihat kelibat lelaki di belakang... siap bawa tauhu bergedil - “Nak tegur beri salam jadi serba salah”

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda tak sangka perkongsian lenggoknya di TikTok dianggap rare, terus tak jadi padam video!

Rata-rata netizen memuji lenggok tangan dan pergerakan wanita berusia 61 tahun itu.

"Lembut je dia menari macam dah biasa," kata Nadiah.

Antara aksi tarian Soo Ming dalam video #InangChallenge yang dikongsi Kerol di Twitternya.

"Dia punya tenaga menari macam bukan 61. Powerlah aunty," kata Kodokcomott.

Kerol ketika dihubungi mStar berkata wanita berasal dari Kelantan itu sebenarnya salah seorang pengikutnya di YouTube dan amat meminati tarian tradisional Melayu.

Dari kecil lagi saya minat tarian tradisional Melayu. Saya juga tengok filem-filem Melayu dan nyanyi lagu Melayu.

KOO SOO MING

Bekas guru.

"Sebenarnya kami tak pernah jumpa face to face, kami bertemu di media sosial dan hanya berhubung melalui WhatsApp.

"Sebenarnya dia follower saya dekat YouTube. Sebulan lepas dia ada tinggalkan komen nak minta lagu dan ajar dia menari.

"Dia kata dia berminat dengan tarian Melayu kerana dia nampak nilai positif dalam tarian tradisional kita," kata Kerol yang turut mempunyai kumpulan tari dikenali sebagai Nyala Dance Theater.

Kumpulan Nyala Dance Theater yang dipimpin Kerol.

Jelas pemuda berusia 36 tahun itu, dia berkongsi video wanita tersebut kerana kagum melihat kesungguhan bakatnya.

"Video tu dia send kat saya Khamis lepas. Dia kata video tu sebagai penghargaan dia pada saya sebab jadi inspirasi bagi dirinya.

"Saya pun share dekat Twitter dan Facebook saya sebab video tu unik. Aunty tu berbangsa Cina dan dia bukan penari.

"Dia juga amat mengagumi tarian kita. Apa yang saya nampak melalui video tu sebenarnya tarian boleh menyatukan bangsa," katanya.

Sementara itu, Soo Ming berkata dia mengambil masa selama sehari untuk berlatih tarian tradisional itu.

Antara komen netizen pada posting Kerol.

"Saya berlatih cuma satu hari tapi menonton video tarian Inang beberapa hari sebab kena study steps dulu.

"Dari kecil lagi saya minat tarian tradisional Melayu. Saya juga tengok filem-filem Melayu dan nyanyi lagu Melayu," kata bekas guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sastera itu.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain