suria

Ketiak suami, rumput baru potong antara bau-bauan kegemaran netizen... ramai rupa-rupanya suka hidu bau aneh

Ada yang mengakui suka menghidu bau rumput selepas ia dipotong. (Gambar Hiasan).

LAIN orang lain ragamnya!

Malah, setiap individu pastinya memiliki minat, selera, citarasa dan kecenderungan yang berbeza-beza.

Di Twitter misalnya, tular perkongsian mengenai bau-bauan yang digemari netizen.

Namun agak mengejutkan kerana ramai yang berkongsi selera aneh mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat misteri dalam Tinder buat permintaan menakutkan tapi tak pelik, “Dia rasa nak kerat saya, suka sangat bau mayat”

ARTIKEL BERKAITAN: Bau pelik, bunyi tapak kaki di koridor... Makhluk suruhan warden ganggu pelajar asrama

"Bau paling best: bau hujan, bau duit baharu, bau buku baharu, bau minyak petrol. Ada lagi tak?" soal pelayar Twitter @hafifihafiz10.

Pertanyaan ringkas itu ternyata mencuri tumpuan ramai apabila ia menerima hampir 10,000 ulang kicau (Retweet).

Malah, ia turut dihujani dengan pelbagai komen netizen yang berkongsi jenis-jenis bau kesukaan mereka.

Mereka yang gemar menghidu buku disebut sebagai bibliosmia.

"Kau pun rasa bau minyak petrol best? Aku ingat aku sorang je.

"Bau hospital, lepas tu pendingin hawa dia kuat.

"Bau baby, bau aircond kereta baharu.

"Bau rumput lepas potong. Bau padang sekolah yang berembun masa datang sekolah waktu pagi.

Korang suka bau setiap helaian muka surat buku. Bau kayu kertas tu. So satisfying kan.

@SURELYITSHAZIQ

PELAYAR TWITTER

"Bau asap motor," tulis beberapa individu.

Malah, ada yang turut berjenaka dan berkata mereka suka bau ketiak suami, tak kurang yang menyindir bau stokin rakan sekolah.

"Bau stokin member. Dah tahan nafas pun masih berbau.

"Kawan aku lagi pelik dia suka bau asap lori yang hitam tu," tulis beberapa netizen lagi.

Posting asal yang tular di laman Twitter.

Dalam pada itu, seorang individu tampil dengan perkongsian ilmiah apabila menjelaskan individu yang suka menghidu bau buku baharu digelar sebagai bibliosmia.

"Siapa suka bau buku? Orang yang suka bau buku ni dipanggil bibliosmia.

"Korang suka bau setiap helaian muka surat buku. Bau kayu kertas tu. So satisfying kan," tulis @surelyitzhaziq.

Jadi, apa pula bau-bauan kegemaran anda? Tepuk dada tanya selera.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
bau, aneh, hidu, wangi

Artikel Lain