suria

“Tak sia-sia rentas desa di sekolah dulu” - Muncul teguran-teguran sinis untuk mereka yang gigih rentas negeri nak balik beraya

Kerajaan pada Khamis mengumumkan tiada perjalanan rentas negeri untuk meraikan Aidilfitri dibenarkan.

MENJADI tradisi Aidilfitri saban tahun, anak-anak perantau akan pulang ke desa bagi meraikan perayaan itu bersama keluarga masing-masing.

Dari ibu kota, ada yang menaiki bas, ada yang mengambil penerbangan, tak kurang juga yang memandu sendiri menuju ke kampung halaman di seluruh pelusuk negara.

Namun, segalanya berubah 360 darjah pada tahun ini gara-gara pandemik Covid-19 yang melanda dunia.

ARTIKEL BERKAITAN: "Tindakan seorang boleh akibat bencana sekampung” - Ismail Sabri nasihat orang ramai jangan ambil kesempatan daripada kelonggaran

ARTIKEL BERKAITAN: Lupakan percubaan rentas negeri balik beraya... kompaun menunggu! Rentas daerah walau jarak jauh dibenarkan - Ismail Sabri

Ditambah dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), orang ramai juga tidak dibenarkan melakukan penjalanan rentas negeri untuk pulang berhari raya.

Bagi mereka yang kurang kesedaran dan tidak menghiraukan keselamatan, pasti ada sahaja taktik untuk pulang ke beraya.

Maka, timbul juga banyak teguran-teguran sinis mengenai perihal itu di laman sosial.

Ramai yang rindu untuk pulang beraya di kampung.

Terbaharu, tular status yang dimuatnaik seorang individu apabila posting itu dikongsi di Facebook Viral Media Johor.

"Sekarang ni sibuk nak rentas negerilah, daerahlah. Hentikanlah.

"Dulu cikgu suruh rentas desa aje pun selalu ponteng, macam-macam alasan," tulis individu tersebut.

Oh rupanya rentas desa tu rehearsal je lah? Warm up untuk sekarang ni gigih rentas negeri.

PELAYAR FACEBOOK

Ternyata, ramai netizen yang terhibur dan menyambut baik teguran berkenaan.

Malah, ia sehingga kini menerima hampir 9,000 tanda suka dengan hampir 400 komen.

"Tak sia-sia rentas desa di sekolah dulu. Sekarang dah peringkat negeri.

Kerajaan tidak berkompromi dengan individu yang cuba merentasi sempadan negeri kali ini.

"Oh rupanya rentas desa tu rehearsal je lah? Warm up untuk sekarang ni gigih rentas negeri.

"Rentas negeri pakai kereta ada aircond. Rentas desa pakai kaki," tulis beberapa lagi netizen secara sinis.

Malah, ada pula yang mengambil kesempatan bercerita mengenai pengalaman mereka menyertai acara itu di sekolah suatu ketika dahulu.

Posting yang tular di Facebook.

Sementara itu, Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media pada Khamis mengumumkan kerajaan tidak lagi akan berkompromi dalam isu itu.

Ia susulan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang menetapkan tiada lagi perjalanan rentas negeri dibenarkan selepas ini.

Memandangkan masih ramai berdegil, Ismail Sabri berkata mereka yang cuba merentas negeri akan dikenakan kompaun jika ditahan di sekatan jalan raya yang dilakukan.

Malah katanya, mereka juga akan diarahkan berpatah balik selepas dikenakan kompaun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain