suria

“Adakah MKN, PDRM nak tidur lagi dengan orang sebegini?” - Doktor geram info mengarut puak antivaksin, dakwa PPE dipakai hanya untuk gambar

Dr Sakinah lantang menyelar pandangan golongan antivaksin. Foto: FB Dr Sakinah Sulong

SEBELUM ini seorang pengamal perubatan, Dr Sakinah Sulong menegur segelintir golongan antivaksin yang sibuk mencanang 'kebaikan' pengambilan vitamin C.

Bagaikan tidak serik, golongan ini tetap aktif di media sosial menyebarkan maklumat terpesong untuk mempengaruhi masyarakat.

Namun kali ini, golongan ini bertindak keterlaluan apabila mengeluarkan 'fatwa' kononnya wabak Covid-19 merupakan teori konspirasi yang dimulakan di Amerika Syarikat (AS).

ARTIKEL BERKAITAN: “Apa yang dia nak gembira?” - Doktor geram... boleh pula puak antivaksin kongsi kegembiraan selepas letak pesakit di ambang maut

ARTIKEL BERKAITAN: Mengadu anak tak sihat, ibu sekolahkan rakan anti vaksin beri jawapan kurang cerdik - “Anak kau kan suntik vaksin, pergi saja mana-mana tak perlu takut”

Tidak mahu masyarakat terus hanyut dengan teori-teori hasil 'kajian' golongan antivaksin ini, Dr Sakinah sekali lagi tampil meluahkan rasa geram menerusi satu perkongsian di Facebook beliau.

"Kalau ikut logik antivaksin, penyokong teori konspirasi, (mereka saran) jangan pakai topeng muka. Tak perlu. Hanya perlu amalkan vitamin C sahaja. Up kan imuniti. Itu je. PPE tu lakonan je sebab nak ambik gambar.



Perkongsian Dr Sakinah di Facebook.

"Tak perlu Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB). Nak keluar, keluarlah. Anak-anak perlu matahari. Biarkan mereka bermain, merayau di luar.

"Nak balik kampung, baliklah. Gembirakan hati orang tua. Mereka gembira, imun sistem jadi bagus, confirm tak kena Covid la," tulisnya dalam nada sindiran.

Bukan itu sahaja, paling tidak munasabah, golongan ini mendakwa tiada ujian yang menyatakan bahawa mangsa yang meninggal dunia adalah disebabkan Covid-19.

Di saat PDRM sibuk melancarkan sekatan dan rondaan untuk menjaga agar tiada usaha balik kampung di musim perayaan ini, mereka mencemuh dan melaungkan rasa tidak setuju.

DR SAKINAH SULONG

DOKTOR

"(Mereka dakwa) angka kematian tu, sebenarnya mati sebab lain. Tapi dilaporkan sebagai Covid. Semua yang kerja kat Bilik Gerakan tu sama ada penipu atau memang 'lembu' yang ikut arahan.

"(Mereka dakwa) ini semua konspirasi New World Order. Nanti akan ada vaksin yang diarahkan diberi kepada semua.

"Ini semua dari mana mereka dapat tahu? Kajian! Katanya mereka dah lama mengkaji. Kesian sungguh. Kesian kat kami ni yang tak sempat mengkaji.



Dr Sakinah memuat naik satu posting yang ditulis oleh seorang individu antivaksin.

"Tapi sempat juga la kami baca berita kat AS, tempat maklumat konspirasi ni bermula, khabarnya dah berjuta-juta yang kena Covid-19. Yang mati pun bukan seribu dua. Ironi kan? Nak jadi macam tu?," tulis Dr Sakinah lagi.

Sambil menyelar penularan maklumat terpesong yang disebarkan golongan ini, doktor tersebut turut meluahkan rasa kecewa apabila masih wujud segelintir masyarakat yang termakan dakyah mereka.

"Saya minta MKN ambil serius perkara ini. Di saat frontliners sibuk #KitaJagaKita, ada antivaksin yang terus lantang bersuara mengajak masyarakat menentang PKPB.



Golongan antivaksin tidak bersetuju dengan arahan kerajaan yang melarang orang ramai pulang ke kampung pada musim perayaan.

"Di saat PDRM sibuk melancarkan sekatan dan rondaan untuk menjaga agar tiada usaha balik kampung di musim perayaan ini, mereka mencemuh dan melaungkan rasa tidak setuju.

"Anak-anak kecil pula disuruh keluar untuk dapatkan vitamin C. Topeng muka dikatakan langsung tidak patut digunakan. Yang penting, Vitamin C dan Vitamin D.

"Dan ramai pulak yang respons tanda setuju. Adakah MKN dan PDRM nak tidur lagi dengan orang sebegini?," tulisnya lagi.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain