BAGI seorang lelaki bujang, bertemu dengan keluarga kepada teman istimewanya pasti membuatkan diri berdebar-debar dan gementar. Pastinya bermacam-macam perkara yang bermain di minda kerana bimbang 'disoal siasat' oleh keluarga bakal mentua. Paling ditakuti, tentunya apabila diminta membaca doa ataupun menjadi imam solat! ARTIKEL BERKAITAN: Video dating sebagai tanda sayang... Hasil suntingan pemuda ini buat ramai terpegun ARTIKEL BERKAITAN: Pakwe speechless! Pertama kali WhatsApp bapa kekasih minta izin dating dibalas gambar tanah kubur – “Girlfriend saya pesan suruh tunggu...” Baru-baru ini tular mengenai posting seorang gadis di Twitter yang berkongsi momen apabila teman lelakinya sendiri mengepalai solat untuk seisi keluarganya. Perkongsian tersebut meraih sehingga 27,300 retweet dan 66,000 like selain turut dibanjiri komen netizen yang kagum dengan keberanian teman lelaki gadis tersebut. Perkongsian yang dimuat naik oleh Qistina mengenai pertemuan antara teman lelaki dengan keluarganya. Rata-ratanya menyifatkan gadis tersebut sememangnya bertuah kerana memiliki bakal suami yang dilihat mampu menjadi pembimbing yang baik kelak. Malah, mereka juga mendoakan hubungan gadis tersebut dan teman lelakinya berakhir ke jenjang pelamin. Ketika berkongsi cerita dengan mStar, Qistina Allysa berkata, sebenarnya pertemuan antara teman lelakinya, Nazif Ziqri dengan keluarganya berlaku tanpa dirancang. Pertemuan antara teman lelaki Qistina (kiri) dengan keluarganya, baru-baru ini. "Ketika itu saya sedang keluar membeli barang dengan dia. Sebelum itu saya beritahu mama yang saya keluar dengan kawan. Nak dijadikan cerita, sebab ramai orang dan trafik sesak, urusan kami selesai lambat. "Ketika itu mama WhastApp, katanya kalau saya keluar dengan teman lelaki, nanti ajak dia berbuka puasa bersama sebab dah lewat petang sangat. Lagi pula dia tinggal di Rawang dan saya di Semenyih. "Dia okay saja walaupun di rumah tu ada nenek, datuk, bapa saudara dan ibu saudara. Selepas berbuka puasa, nenek suruh dia solat Maghrib dulu sebab bimbang dia nak pulang cepat. Bagi saya, ketika berkawan dengan seseorang tambahan pula pada usia yang muda, seeloknya beritahu keluarga masing-masing. Keluarga kena tahu dengan siapa anaknya berkawan. QISTINA ALLYSA "Tapi dia kata tak apalah, nak berjemaah sekali. Bila dia cakap macam tu, makcik dan pakcik minta dia jadi imam solat Maghrib," katanya yang senang disapa Qistina. Cerita gadis berusia 19 tahun ini, teman lelakinya yang juga sebaya, agak gementar namun disebabkan mempunyai pengalaman menjadi imam sewaktu di sekolah sebelum ini, dia akhirnya berjaya melaksanakan 'tugas' berkenaan. "Selepas dia pulang, keluarga saya pun usik-usik juga. Tapi gembira mereka approved pilihan saya," ujar anak sulung daripada empat adik beradik ini. Teman lelaki Qistina mengimamkan solat Maghrib keluarganya. Tidak menyangka perkongsiannya menjadi viral, Qistina berkata niatnya hanya mahu berkongsi momen indah kerana merasakan sangat sukar untuk melihat seorang lelaki muda yang bukan sahaja berani, namun mempunyai asas-asas agama. "Di mata saya, dia seorang yang bertanggungjawab dan gentleman. Sikapnya itu membuatkan saya kagum. Malah dia seorang yang tidak berputus asa. "Bagi saya, ketika berkawan dengan seseorang tambahan pula pada usia yang muda, seeloknya beritahu keluarga masing-masing. Keluarga kena tahu dengan siapa anaknya berkawan. Adik lelaki Qistina (kiri) turut menyenagi keperibadian teman lelakinya. "Biasalah, usia muda macam-macam boleh terjadi. Apa pun, dalam setiap perhubungan, restu ibu bapa itu penting," kata penuntut semester satu di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Mengenali teman lelakinya sejak lapan bulan lalu, Qistina berkata tiada apa yang diharapkan daripada perhubungan tersebut melainkan ia berakhir ke jenjang pelamin dan direstui orang tua. "Semoga kami dapat perbaiki diri menjadi lebih baik sebelum ada ikatan yang lagi serius. Semoga dapat kekalkan hubungan ini sampai jenjang pelamin," ujarnya mengakhiri bicara. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!