TIADA majlis istimewa, sebaliknya pemuda ini memilih untuk mengutip sampah selama 23 hari sempena hari lahirnya pada Sabtu lalu. Usaha murni jejaka berusia 18 tahun ini tular selepas kisahnya dikongsi personaliti televisyen terkenal, Ahmad Fedtri Yahya di Instagramnya. Malah perkongsian pemuda tersebut mengenai perkara itu turut mendapat lebih 7,000 ulang kicau dan 14,900 tanda suka di Twitter. ARTIKEL BERKAITAN: Gadis buat kejutan macam untuk boyfriend, siap gubah ‘bunga ayam goreng’ tapi sebenarnya BFF je - “Saya tanya dia kenapa nangis?” ARTIKEL BERKAITAN: Suami buat kejutan hadiah hari jadi idaman isteri, tapi malangnya esok nahas... keadaannya 50-50 - “Baru setahun kahwin, saya rindu usikkannya” Rata-rata kagum dan memuji usaha dilakukannya selama 23 hari itu sempena tarikh hari lahirnya iaitu pada 23 Mei lalu. Menurut Hazmi Nabil Mahmad Faisal, dia melakukan perkara itu kerana mahukan suatu kelainan sempena hari lahirnya yang ke-18 kali ini. "Ini sebenarnya hajat sempena birthday saya yang ke-18 tahun. Saya nak buat lain daripada yang lain. Hazmi mahu melakukan kelainan pada sambutan hari lahirnya kali ini. "Selalunya sebelum ini saya akan buat parti, kadang bagi makan dekat anak yatim. Memandangkan birthday saya time puasa, jadi saya buat benda lain iaitu kutip sampah. "Saya buat pun sebab nak orang ikut apa saya buat. Lagipun ini salah satu cara saya boleh menabur bakti kepada masyarakat," katanya kepada mStar. Jelas anak bongsu lima beradik itu, lokasinya banyak bertumpu di sekitar Bangi dan Kajang, Selangor. Alhamdulillah ramai orang beri reaksi positif atas inisiatif saya. Sampaikan ada yang hon dan tunjuk isyarat bagus. HAZMI NABIL MAHMAD FAISAL "Sepanjang tempoh 23 hari bermula Sabtu lalu, saya akan bertumpu dekat area Bangi dan Kajang. Lagipun dekat kawasan tempat tinggal saya. "Parents tahu apa saya buat. Lagipun ayah cadangkan saya buat benda ni. Sekurang-kurangnya saya boleh takbur bakti kepada masyarakat. "Selalunya saya kutip sampah pagi, tapi kalau pagi tu busy saya akan buat petang pulalah. Macam semalam saya ambil dalam 45 minit untuk penuhkan satu beg plastik," katanya. Mengakui pada awalnya ada sedikit perasaan malu, Hazmi berkata dia terpaksa mengetepikan perasaan tersebut bagi memastikan niatnya itu dilaksanakan dengan baik. Hazmi terpaksa mengetepikan perasaan malu bagi merealisasikan azamnya itu. "Malu tu ada sikit sebenarnya sebab orang pernah cakap kutip sampah ini pekerjaan paling hina. "Tapi saya ketepikan perasaan malu tu sebab kalau saya tak kutip siapa lagi yang akan buat. "Alhamdulillah ramai orang beri reaksi positif atas inisiatif saya. Sampaikan ada yang hon dan tunjuk isyarat bagus," katanya. Mengenai postingnya yang tular itu, pemuda kelahiran Bangi, Selangor itu terkejut dengan reaksi positif netizen mengenai tindakannya itu. "Memang terkejut, saya tak expect akan viral sebab sebenarnya dari awal tahun lagi saya dah buat kerja ni. "Cuma saya tak post dekat Twitter, saya buat senyap-senyap. Bila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya stop kemudian sambung semula. Antara foto kerja sukarelawan yang dikongsi Hazmi di aplikasi Reddit sejak awal tahun ini. "Saya buat dari awal tahun lagi sebab itu azam tahun baru saya. Lagipun kalau orang tengok kita buat, tak mustahil mereka pun akan tergerak hati untuk buat benda sama," katanya. Tambah Hazmi lagi, tahap kesedaran orang ramai supaya tidak membuang sampah di merata-rata masih rendah tapi masih lagi boleh dikawal. "Sebenarnya kita tak tahu mereka buang sampah tu atas alasan apa... mungkin tak ada masa nak cari tong sampah. "Jadi nak kata banyak sampah tu, tak adalah sangat... masih boleh dikawal. Tapi memang penuh satu beg plastik. Selalunya sampah banyak dekat laluan jalan utama," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!