SEKELIP mata menjadi popular sehingga meraih lebih setengah juta pengikut di Instagram, nama selebriti media sosial Coki sememangnya hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini. Semuanya gara-gara video TikTok berentak perlahan (slow motion) yang menjadi signatur remaja berusia 15 tahun ini. Malah, dia turut terpalit isu 'sujud pada Coki' yang sengaja ditimbulkan oleh individu tidak bertangungjawab sehingga namanya sekali lagi menjadi perdebatan ramai. ARTIKEL BERKAITAN: “Coki merayu sangat janganlah terlampau taasub” - Instafamous mohon maaf, akaun palsu punca fenomena 'sujud pada Coki' ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh fenomena ‘sujud pada Coki’, ‘agama BTS’ di media sosial, Wan Dazrin beri amaran - “Mereka tak selamatkan kita di Titian Sirat nanti” Sebagaimana Coki pun sudah membuat permohonan maaf, apa kata kita tolak ke tepi hal itu dan ikuti temubual eksklusif mStar dengannya, khas sempena Hari Raya Aidilfiri. Menurut pemilik nama sebenar Muhammad Danish Daniel itu, lebaran tahun ini disambut secara sederhana sahaja memandangkan situasi semasa negara yang masih lagi diselubungi pandemik Covid-19. Malah katanya, jika tidak kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih dikuatkuasakan hingga bulan depan, dia pastinya akan menganjurkan rumah terbuka untuk rakan-rakan serta peminatnya. Coki memiliki lebih setengah juta pengikut di laman Instagram. "Baju raya tahun ini dua pasang sahaja. Biasanya saya beli tiga ke empat pasang baju Melayu. Kali ini keluarga pilih tema sky blue dan maroon. "Kalau tiada PKPB, Coki memang berhasrat nak buat rumah terbuka. Tak adalah berbeza sangat raya tahun sebelum ini dengan tahun 2020. "Tapi dulu dengan kawan-kawan dan keluarga, sekarang ada peminat ajak beraya," ujarnya. Kuih semperit wajib ada. Kalau dulu buat sendiri, memang Coki boleh buat sebab dulu kat Kelantan dengan tok (nenek), dia ajar buat kuih semperit. COKI SELEBRITI MEDIA SOSIAL Bercerita mengenai nostalgia raya, remaja yang menetap di Changlun, Kedah itu mengakui suka pulang beraya di kampung halaman ibunya di Kelantan. Kata Coki, bapanya pula berasal dari Melaka namun mereka sekeluarga sudah lama menetap di negeri utara tanah air itu kerana bapanya bekerja di sebuah universiti awam. "Memang banyak nostalgia malam raya. Saya suka beraya di Kelantan. Paling tak boleh lupa saya dan kawan-kawan main mercun seawal waktu Subuh pada pagi hari raya. "Pergi kacau jiran pagi-pagi. Memang banyak pengalaman menggembirakan. Yang sedih-sedih tak ada sangat," ujarnya berseloroh. Kata Coki lagi, sambutan rayanya bagaikan tidak lengkap tanpa kuih kegemaran iaitu kuih semperit. Tahun ini Coki beraya di Kedah. Jika dahulu ia sering dihasilkan sendiri, namun kata Coki mereka sekadar membelinya sahaja sejak beberapa tahun lalu. "Kuih semperit wajib ada. Kalau dulu buat sendiri, memang Coki boleh buat sebab dulu kat Kelantan dengan tok (nenek), dia ajar buat kuih semperit. "Yang lain-lain tu macam ketupat, rendang biasalah... pun kena ada juga," ujar Coki lagi. Satu fakta menarik mengenai Coki yang mungkin tidak diketahui ramai, dia juga fasih bercakap dialek Kelantan. Coki mengakui sambutan raya kini berbeza dengan kehadiran peminatnya. Kata Coki, dia menggunakan bahasa baku bersama keluarganya, namun pantas akan bertukar kepada dialek Kelantan sekembalinya ke negeri asal ibunya. Biarpun berasal dari Melaka dan sudah lama menetap di Kedah, Coki bagaimanapun kurang fasih berbahasa dalam dua dialek itu. Dalam temubual sama, Coki juga sempat menitipkan ucapan Hari Raya dan mendoakan kegembiraan dan kesihatan semua insan yang mengenali dirinya. "Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin dari Coki. Kepada semua yang kenal Coki, ampunkan salah silap. "Semoga kita diberikan kegembiraan sempena hari raya dan sihat-sihat selalu," ujarnya yang beraya di Kedah bersama keluarganya tahun ini. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!