suria

Solidariti rakyat Malaysia tuntut keadilan, #PemanduMabukMembunuh topik trending di Twitter

Dua tanda pagar ini menjadi topik utama yang dibicarakan masyarakat Malaysia menerusi Twitter.

TATKALA penduduk Amerika Syarikat sibuk 'berperang' isu Black Live Matters sejak beberapa hari lalu, rakyat di Malaysia turut bersolidariti menuntut keadilan bagi kes kematian yang berpunca daripada pemandu mabuk.

Menerusi pemerhatian mStar di Twitter, tanda pagar #PemanduMabukMembunuh dan #BlackLiveMatters menduduki tangga teratas topik trending di negara ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagi dirempuh pemandu mabuk, mangsa maut selepas hantar makanan dijual isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Gabenor isytihar darurat di Atlanta selepas berlaku rusuhan kes kematian George Floyd

Ia susulan kes terbaharu melibatkan Mohamed Zaili Mohamed, 44, yang maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta, dipercayai dipandu lelaki mabuk.

Lebih pilu, kejadian di Lebuhraya Sultan Iskandar, Kuala Lumpur itu berlaku sewaktu dia dalam perjalanan pulang selepas menghantar makanan yang dijual isterinya.

Kes kematian George Floyd turut mendapat perhatian masyarakat di Malaysia.

Rata-rata pelayar Twitter menzahirkan rasa kesal, simpati, geram dan marah atas kejadian yang menimpa mangsa.

Malah, mereka turut menuntut agar undang-undang baharu yang lebih tegas dapat diperkenalkan secepat mungkin.

Tolong ambil tindakan untuk sikap begini. Kesian dekat orang yang tengah cari rezeki malam-malam untuk anak bini.

PELAYAR TWITTER

"Berapa ramai indvidu lagi perlu terkorban? Kami menuntut undang-undang yang lebih tegas.

"Selain dari hukum pemabuk, boleh ke siasat jugak individu yang ada kat last location pemabuk sebelum diorang start driving sebab mereka la patut take responsibility untuk pastikan sama ada pemabuk patut drive atau tak masa tinggalkan tempat itu.

"Tolong ambil tindakan untuk sikap begini. Kesian dekat orang yang tengah cari rezeki malam-malam untuk anak bini," tulis beberapa netizen.

Sementara itu, kata kunci Black Live Matters turut mendapat perhatian rakyat negara ini susulan kes seorang lelaki kulit hitam, George Flyod yang didakwa meninggal dunia ketika ditahan polis di bandar Minneapolis.

Kejadian terbaharu melibatkan pemandu mabuk ternyata dikesali rakyat negara ini.

Kematian Floyd, 46, mencetuskan rasa marah sehingga berlakunya rusuhan besar-besaran di negara itu apabila seorang pegawai polis kulit putih, Derek Chauvin bertindak di luar batas kemanusiaan ketika menahan mangsa.

Rakaman video menunjukkan Chauvin menekan lututnya di leher mangsa walaupun Floyd berulang kali mengatakan "tolong saya tidak boleh bernafas" sebelum disahkan meninggal dunia pada Isnin lalu.

Rata-rata rakyat di negara ini kelihatan peka dengan isu berkenaan dan turut sama mendoakan keadilan untuk mangsa.

Malah, netizen turut berkongsi kisah masing-masing yang mana isu perkauman juga masih wujud di negara ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain