"BILA doktor cakap kena check untuk ujian Covid-19, rasa cuak juga." Demikian kata lelaki ini berkongsi pengalamannya yang dimasukkan ke dalam wad gara-gara mempunyai simptom wabak maut tersebut, empat hari lalu. Berkongsi cerita dengan mStar, Nazri Ahmad berkata, segalanya bermula bulan lalu apabila dia diserang selesema berpanjangan sebelum keadaan menjadi bertambah buruk yang mana dia mula mengalami sesak nafas. ARTIKEL BERKAITAN: “Jam 11.30 malam saya diminta hantar anak di lorong belakang” - Wanita terkedu rumah ‘didatangi’ virus Wuhan, sebulan simpan rahsia suami, anak positif Covid-19 ARTIKEL BERKAITAN: Bapa sudah di wad, anak nak luruh jantung lihat ibu positif Covid-19 bawa ‘peneman’... tenang masuk ambulans "Saya memang ada sejarah asma tapi tak pernah buat rawatan susulan. Sebulan selesema, dan bila berlarutan lebih seminggu, mula semput tapi tak serius pun. "Cuma kebelakangan ni dalam tempoh dua minggu lalu, semput makin teruk. Bernafas tak macam biasa dah. Pernafasan berbunyi dan sangkut-sangkut. Nazri berkongsi pengalaman dimasukkan ke wad gara-gara disyaki Covid-19, baru-baru ini. "Bila saya pergi ke hospital, mereka terus masukkan dalam bilik nebuliser. Dua kali ambil neb, tapi masih tak ada kesan. Doktor kata ini bukan semput biasa dah. "Saya disyaki dijangkit Covid-19 lalu dimasukkan pula ke bilik pengasingan di wad kecemasan. Masa ni ada rasa cuak sikit sebab semua doktor dan nurse pakai PPE siap face shield," ujarnya. Kata bapa kepada enam cahaya mata ini, ketika di bilik pengasingan tersebut, dia perlu menjalani pelbagai prosedur yang tidak pernah dibayangkan seumur hidupnya. Nazri diberikan rawatan di bilik pengasingan ketika tiba di hospital kerana mempunyai simptom Covid-19. "Saya memang ada simptom Covid seperti sesak nafas, selsema, lesu, badan lemah, hilang deria rasa. Cuma tak batuk, tak demam, tak muntah-muntah. "Sepanjang dalam tu, macam-macam ujian dibuat ECG, ambil darah direct dari arteri malah x-ray pun dibuat dalam tu. Dan dua kali swab test pun dibuat dalam tu. "Saya risau juga masa tu sebab terfikirkan enam anak di rumah dan isteri serta bapa mentua yang merupakan warga emas," katanya yang merupakan seorang usahawan food truck yang juga pemilik Eskrem Truck dan Uptrak Food Truck Park di Bandar Perda, Pulau Pinang. Kawan-kawan pun cuak sebab kontak rapat, bapak mentua pun suspen sebab warga emas. NAZRI AHMAD Tambah Nazri, dia akhirnya bersyukur dan mampu menarik nafas lega kerana disahkan negatif Covid-19. Bagaimanapun katanya, dia kini masih lagi dirawat dan ditempatkan di wad berisiko kerana memerlukan pemantauan yang berterusan. Nazri masih menerima rawatan dan kini ditempatkan di wad berisiko untuk pemantauan lanjut. "Saya didiagnos dengan asmathic tapi tak pernah dirawat dan biar saja, jadi ia jejaskan perkembangan paru-paru. Tambahan pula saya juga ada sejarah pneumonia tujuh tahun lepas. "Apa pun, saya lega sangat-sangat bila negatif Covid-19. "Kawan-kawan pun cuak sebab kontak rapat, bapak mentua pun suspen sebab warga emas," ujar lelaki berusia 38 tahun ini. Nazri bimbang keadaan isteri dan anak-anaknya namun akhirnya bersyukur kerana hasil ujian mendapati dia negatif Covid-19. Sungguhpun begitu, Nazri turut menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil endah soal kesihatan tambahan pula ketika pandemik Covid-19 yang masih belum reda ketika ini. "Jangan sesekali ambil mudah saranan kerajaan, bab perintah berkurung, social distancing kena patuh. Lihat pada negara yang rakyatnya tak patuh, kes meningkat mendadak. "Dan apabila ada simptom, tak kisah la semua simptom atau sebahagian simptom, sila datang hospital untuk buat pemeriksaan," ujarnya menutup bicara. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!