suria

Doktor akui bisa tebuan bukan calang-calang , tapi banyak sebenarnya cara elak diri ‘diserang’ - “Patutlah ada peribahasa jangan dijolok sarang tebuan”

Seorang doktor pediatrik, Dr Redza Zainol berkongsi tip dan nasihat bagi mengelakkan sengatan terbuang.

BEBERAPA hari lalu negara dikejutkan dengan insiden tragis di mana seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut akibat terkena sengatan tebuan.

Nur Nazihah Mohd Sabri dilaporkan diserang kawanan tebuan ketika sedang bermain bersama adiknya, Muhammad Azib yang dua tahun lebih muda dan rakan-rakan mereka di kawasan berbukit berhampiran rumah mereka di Felda Kerteh 4, Dungun, Terengganu.

Dalam kejadian pada Sabtu lalu, Nur Nazihah paling teruk diserang serangga berkenaan dengan kira-kira 65 sengatan dikesan pada seluruh tubuhnya, manakala Muhammad Azib pula dilaporkan turut terkena beberapa sengatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Satu kampung terpana tengok Nyah tangkap King Kobra besar lengan, kenapa pula netizen kaitkan dengan Hantu Kak Limah?

ARTIKEL BERKAITAN: Tak berdarah pun! Isteri terkejut doktor beritahu gigitan manja kucing di tangan suami boleh bawa maut... tanda bermula dengan lemah satu badan

Kanak-kanak perempuan itu disahkan meninggal dunia pada jam 1.30 pagi Ahad di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu akibat kegagalan organ dalaman disebabkan toksin sengatan serangga tersebut.

Insiden tragis tersebut bukanlah yang pertama kali berlaku. Dilaporkan, ia merupakan kes kematian kedua yang berlaku terhadap kanak-kanak di Dungun di mana kes pertama berlaku pada Ogos 2017, membabitkan kematian dua beradik.

Sememangnya bisa daripada sengatan tebuan ini bukan calang-calang yang mana ia diakui sendiri oleh doktor pediatrik dari Hospital Muar, Dr Redza Zainol.



Perkongsian Dr Redza mengenai cara mengelakkan diri diserang tebuan.

Menerusi perkongsian di Facebook, Dr Redza berkata sengatan tebuan adalah lebih berbahaya daripada sengatan lebah, lebih-lebih lagi jenis tebuan tanah.

"Kena satu atau dua sengatan dah boleh buat kanak-kanak sesak nafas dan sakit yang amat. Yang terbaik ialah kita elakkan dari diserang oleh tebuan.

"Patutlah sampai ada peribahasa, 'Jangan dijolok sarang tebuan'. Memang cari nahas kalau saja-saja nak jolok sarang atau tak sengaja terlanggar sarang tebuan," tulisnya.

Bersama posting tersebut, doktor ini turut berkongsi cara-cara untuk mengelakkan seseorang daripada diserang tebuan yang boleh dipraktikkan oleh ibu bapa dan orang ramai.

Antaranya, elakkan meminum air tin berperisa manis ketika bermain halaman rumah, di mana ia boleh menarik perhatian lebah.



Adik Nur Nazihah meninggal dunia akibat terkena 65 sengatan tebuan.

Selain itu, adalah sangat tidak digalakkan berjalan tanpa kasut di atas rumput kerana ada tebuan yang membuat sarang di tanah.

"Jangan mengibas baju atau kain untuk menghalang serangan tebuan kerana pergerakan mendadak lebih menarik perhatian tebuan untuk menyerang.

"Jangan sesekali ganggu habitatnya kerana tebuan biasanya akan menyerang apabila habitat diganggu dan elakkan memakai wangian berbau manis atau memakai baju berwarna terang. Lebah mudah tertarik pada bau manis," tulisnya lagi.

Doktor ini juga turut memberikan petua dan nasihat bagi mengelakkan terjadinya insiden yang tidak diingini akibat sengatan tebuan.



Antara komen netizen terhadap perkongsian Dr Redza.

"Tutup rapat semua tingkap kereta. Kalau diserang, lari secepat mungkin ke tempat perlindungan seperti rumah, bangunan dan kenderaan dengan menutup kepala dengan baju.

"Ajarkan anak untuk tengok dulu dalam cawan yang berisi air manis sebelum minum. Pakai baju berlengan panjang dan seluar panjang di luar rumah.

"Pakaikan anak dengan topi bila bermain di luar kerana lebah rasa kurang terancam bila berdekatan dengan mereka yang memakai topi.

"Tutup rapat penutup tong sampah di luar rumah. Bantu saya sebarkan supaya lagi ramai mak ayah yang peka," tulisnya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
lebah, tebuan, sengatan, bisa, maut, sesak nafas

Artikel Lain