suria

Pendakwah takut tengok Lathi Challenge, seolah sedang seru sesuatu untuk hadir - “Ada unsur syirik, kurafat seperti memanggil Kuntilanak, roh kuda kepang”

Wan Dazrin menegur tindakan beberapa individu yang masih teruja melakukan video Lathi Challenge di media sosial.

SELEPAS Inang Challenge, kini Lathi Challenge pula menjadi trend dalam kalangan netizen sehingga ramai berkongsi video kreatif dihasilkan mereka di media sosial.

Namun seorang pendakwah menasihati orang ramai supaya menghentikan cabaran tersebut dengan segera.

Menurut pendakwah bebas Wan Dazrin Wan Din, tarian tersebut sebenarnya amat berbahaya untuk dijadikan hiburan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak tidur 48 jam demi Lathi Challenge, pelajar Aswara diganggu pukul 4 pagi - “Kenapa part hantu je lampu nak terpadam?”

ARTIKEL BERKAITAN: Powerlah! Wanita 61 tahun ini bukan penari tapi lenggok Aunty Soo Ming memang memukau - “Saya berlatih cuma satu hari”

"Ketahuilah kalian tarian itu wujud dari sesetengah budaya Jawa yang syirik dan kurafat.

"Seperti memanggil Kuntilanak dan roh kuda kepang. Tolong hentikannya," katanya menerusi satu bebenang di Twitter.

Pelakon Mawar Rashid antara yang turut melakukan video tarian ini yang mendapat pujian netizen.

Perkongsian Wan Dazrin mengenai Lathi Challenge mendapat lebih 7,000 ulang kicau dan 6,100 tanda suka di platform media sosial itu.

Jelas Wan Dazrin, perasaan takut ada pada dirinya selepas menonton video cabaran tersebut yang tular di media sosial.

"Hanya Allah SWT saja tahu apa yang terlintas dalam hati saya tadi bila saya ditontonkan dengan video #LathiChallenge. Sungguh ia memang menakutkan.

"Bahkan bukan menakutkan saja, hiburan seperti itu cukup mengancam jati diri seorang Muslim dengan bahaya syirik dan kurafat yang wujud dari kepercayaan tarian tradisi sesetengah budaya Jawa yang sangat kuat percaya pada bomoh dan ilmu hitam. Hati-hati kalian," katanya.

Ditanya mengenai hukum mendengar lagu tersebut, Wan Dazrin berkata apa-apa hiburan yang melalaikan kita hukumnya adalah makruh.

Video dihasilan Aiman yang juga seorang pelajar Aswara mendapat ratusan ribu tontonan di media sosial.

"Apa hukum dengar lagu dia sedangkan tak bawa maksud apa-apa yang mensyirikkan pun.

"Apa-apa saja hiburan yang melalaikan kita yang boleh mempengaruhi perasaan dan diri kita, ulama ‘menghukumkan makruh’. Makruh itu tanda perbuatan tersebut patut dielakkan," katanya.

Perkongsiaan Wan Dazrin turut mendapat reaksi positif dalam kalangan netizen yang bersetuju dengan pandangannya mengenai perkara itu.

Sudahlah zikir kurang, wirid kurang, wuduk tak minat ambil, keadaan badan tak bersuci. Tiada pendinding.

WAN DAZRIN WAN DIN

Pendakwah bebas

"As orang yang ada saki baki darah Jawa, approved that Lathi Challenge ni ada unsur memuja. Tak caya tengoklah tarian tradisional orang Jawa, include that kuda kepang dance (involves spirit)," kata Meymey.

"True mak aku pun cakap benda yang sama. Memang lirik dia tak ada apa-apa, tapi muzik alunan dan tarian memang pemujaan untuk penari-penari kuda kepang khususnya sebelum mereka buat persembahan," kata Dila.

Antara mekap kesan khas yang dihasilkan Aiman pada wajahnya.

Dalam pada itu, Wan Dazrin turut meluahkan rasa terkilan apabila ramai masih teruja ingin melakukan video tarian tersebut.

"Mereka tak tahu kesannya pada diri mereka? Dalam tidak sedar rupanya sedang menyeru sesuatu untuk hadir.

"Sudahlah zikir kurang, wirid kurang, wuduk tak minat ambil, keadaan badan tak bersuci. Tiada pendinding," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain