suria

Dah 5 temuduga kena reject, akhirnya YouTube jadi 'sifu' pereka kreatif bergelar penggubah bunga - “Kelas mahal, balik tak buat tak guna...”

Ain pernah ditolak temuduga bekerja di kedai bunga sebanyak lima kali.

MINAT yang mendalam terhadap bunga-bungaan menjadi permulaan kepada kerjaya gadis ini yang dijalankan secara bersendirian.

Menurut Nur Hafizatul Ain Mohd Yusoff, 26, dia sebelum itu pernah memohon kerja di beberapa kedai bunga namun ditolak sebanyak lima kali.

Enggan berputus asa, dia kemudiannya tampil dengan perusahaan sendiri sejak 2017 dengan modal permulaan sebanyak RM100 sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Gubah bunga duit RM10,000 untuk anak dapat 5A UPSR, florist dedah ini bukan kali pertama - “Tak terkejut pun, dah biasa sangat”

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada hantaran... pengantin pegang bunga kantan di majlis nikah, belanja kurang RM1,500 - “Ada yang mengata tapi saya pekakkan telinga”

"Saya sebenarnya lepasan bidang Sains Komputer dari Universiti Malaysia Pahang (UMP). Mula minat bunga semasa tahun ketiga pengajian.

"Masa di UMP, saya ambil order kecil-kecil, jual bunga yang dihasilkan orang lain untuk konvokesyen. Bila datang ke Kuala Lumpur, baru saya start buat bunga sendiri.

Ain mula menjalankan perniagaan itu secara serius pada 2017.

"Sebelum itu lima kali interview di kedai bunga, cari kerja tak dapat. Mungkin tak terima sebab saya over qualified. Jadi saya cari kerja lain dan pada masa sama buat perniagaan bunga," ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Ain, dia masih lagi bekerja sebagai pereka kreatif di sebuah syarikat pengurusan acara dan menjalankan perusahaan bunga itu sebagai kerja keduanya.

Seingat saya pergi kelas dua kali sahaja. Selebihnya di internet. Jimat kos, yang penting kena usaha. Pergi kelas mahal-mahal, balik tak buat tak guna juga.

NUR HAFIZATUL AIN MOHD YUSOFF

PEREKA KREATIF/PENGGUBAH BUNGA

Namun yang mencuri tumpuan, dia tidak mempunyai kelayakan profesional sebaliknya hanya belajar melalui YouTube dan platform perkongsian gambar Pinterst sahaja.

"Saya pernah ada pengalaman belajar untuk kerja-kerja bridal. Buat mekap, pelamin dan bunga. Tapi saya juga banyak belajar dari Youtube dan Pinterest.

Antara bunga yang digubah oleh Ain.

"Saya bahagikan masa dengan kerjaya utama, syukur dapat majikan yang memahami. Saya biasanya buat bunga pada waktu malam atau hujung minggu.

"Seingat saya pergi kelas dua kali sahaja. Selebihnya di internet. Jimat kos, yang penting kena usaha. Pergi kelas mahal-mahal, balik tak buat tak guna juga," kata wanita yang berasal dari Jengka, Pahang itu.

Menjalankan perniagaan dari rumah sahaja, dia bagaimanapun memasang impian untuk memiliki premis perniagaan suatu hari nanti.

Ain hanya menggunakan bunga segar untuk pelanggannya.

Kisah mengenai Ain yang menghasilkan bunga-bungaan indah hasil pembelajaran di Youtube dan Pinterest turut dikongsi di Twitter dan menarik perhatian pelayar laman sosial itu.

Kata Ain lagi, yang paling penting dia hanya menggunakan bunga-bungaan segar sahaja dalam setiap tempahan yang diterimanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain