"SEDANGKAN pasir di pantai pun boleh berubah, inikan pula hati manusia". Begitulah peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan situasi dalam sesuatu perhubungan apabila salah seorang daripada pasangan curang ataupun selingkuh. Terdapat beberapa faktor yang mendorong kepada situasi ini, namun faktor paling 'popular' yang disebut-sebut adalah kerana penampilan dan rupa paras. ARTIKEL BERKAITAN: Jangan buat fitnah! Dr Imelda sekolahkan makcik bawang, bengang komen ‘tak pantang ais punca badan menggeleber’ - “Kalau laki hang nak cari lain, dia cari juga” ARTIKEL BERKAITAN: Tiada zuriat bukan alasan kahwin lain! Hampir 20 tahun baru dapat anak, tapi layanan tetap sama - “Sampai meninggal ayah tak tahu saya dah tahu” Benarkah lelaki tergamak meninggalkan isterinya kerana wanita itu sudah tidak lagi jelita dan 'bergetah' seperti sewaktu awal perkahwinan dahulu? Sejauh manakah kebenarannya? Menerusi satu posting di Facebook, peguam syarie, Nurul Izzah Zainol tampil berkongsi pengalamannya sepanjang mengendalikan kes curang membabitkan kliennya. Berdasarkan pengalamannya, kebanyakan klien wanita yang datang untuk merujuk permasalahan kes curang membabitkan suami masing-masing, sememangnya cantik dan jelita. Seorang peguam berkongsi kisah kliennya yang berkisarkan kecurangan pasangan masing-masing. "Biasanya, klien-klien saya yang datang consult pasal suaminya curang memang cantik jelita. Berpendidikan dan bekerjaya pula tu. Kalau tengok pangkal IC macam tak percaya 40an dah. Ingatkan awal 30an. "Bila tengok pula 'rupa' lelakinya yang curang, memang benarlah wujud kisah 'beauty & the beast'. Bila tengok pula 'rupa' wanita si skandalnya, memang benarlah orang kata pasangan kena 'sekufu'. "Belum dibandingkan lagi dengan tahap pendidikan dan kerjaya, macam langit dengan bumi berbanding si isteri," tulisnya. Soal setia bukan isunya pada penampilan fizikal. Setia ertinya tidak khianat. Sinonimnya adalah jujur. Soal jujur itu adalah soal dalaman. NURUL IZZAH ZAINOL PEGUAM Tambah peguam ini, apa yang membuatkannya lebih sedih adalah apabila mengenangkan kisah wanita warga emas yang meratapi nasib kerana tidak lagi berupaya melayan kehendak si suami sehingga lelaki itu mencari kepuasan di luar. Ujarnya, berdasarkan kes klien yang dikendalikan, penampilan dan rupa paras bukanlah faktor utama seseorang suami curang namun ia disebabkan hilangnya sifat setia dalam diri. "Soal setia bukan isunya pada penampilan fizikal. Setia ertinya tidak khianat. Sinonimnya adalah jujur. Soal jujur itu adalah soal dalaman. "Soal iman. Iman yang tinggi, yang takutkan Allah, tidak akan berani-berani justify dosanya dengan menyalahkan kekurangan orang lain. Peguam ini mendedahkan, rata-rata klien wanita yang meminta konsultasinya berhubung kes suami curang mempunyai penampilan dan paras jelita. Gambar hiasan. "Sekufu juga bukan pada luaran tetapi pada selera iman pasangan tersebut. Pasangan yang amalnya lebih banyak mendekati Allah tidak sekufu dengan pasangan yang semakin menjauh dari Allah. "Maka selera iman yang rendah akan mencari yang sekufu dengannya juga," tulisnya. Justeru daripada setiap permasalahan yang dirujuk kepadanya, peguam ini merumuskan sebab utama masalah tersebut adalah bukan berpunca daripada kekurangan fizikal pasangan tetapi kerana tipisnya iman dalam diri. Peguam syarie, Nurul Izzah Zainol sering dirujuk untuk mendapatkan kosultasi berhubung isu rumah tangga. Foto: FB Nurul Izzah Zainol "Jika hanya satu pasangan sahaja yang memelihara agama, sedangkan sorang lagi kerja buat maksiat, tak susah untuk Allah pisahkan pasangan sebegini. "Bagi mereka yang diuji dengan suami yang curang, berhentilah menyalahkan diri sendiri. Berhentilah mempersoalkan kenapa semua ini berlaku sedangkan kalian dah cukup 'jaga' suami supaya tak cari lain. "Well, permata akan cari permata. Kalau dah bangkai akan tetap cari bangkai juga," tulisnya lagi. Sehingga kini posting tersebut meraih sehingga 4,200 shares. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!