suria

Teruja mandi bunga tapi lain pula jadinya, esok pagi majikan terkedu dengar cerita bibik - “Yang saya mandikan tu bukan puan”

Perkongsian Zuraina mengenai pengalamannya semasa mandi bunga mendapat perhatian netizen. Gambar sekadar hiasan.

AMALAN mandi bunga dalam masyarakat hari ini dianggap sebagai salah satu cara tradisional untuk menaikkan seri wajah.

Namun ada juga yang mengaitkan mandi bunga dengan unsur paranormal dalam kebudayaan silam.

Seorang wanita berkongsi pengalaman seramnya di Facebook selepas cuba mandi bunga buat pertama kali.

ARTIKEL BERKAITAN: Bilik air diketuk bunyi orang seret kaki... Pelajar dapat habuan akibat tegur kelibat 3 pagi

ARTIKEL BERKAITAN: Tongkat misteri peninggalan Tok Aki bergerak sendiri, bunyi pelik kejutkan cucu di rumah pusaka

Menurut Zuraina Zailan segalanya bermula apabila pembantu rumah baharunya mendakwa pernah melakukannya sebagai satu pekerjaan memandangkan suaminya seorang pawang di Indonesia.

"Bila dengar pasal mandi bunga teringin pula nak mandi bunga sebab tak pernah mandi bunga. Nak jugak 'feeling'.

"Cakap dengan dia 'Eh Bik saya nak mandi bunga la... boleh ke?' Dia jawab 'Boleh..nanti puan keluar beli bunga mawar. Pukul 11 malam saya mandikan.’

"OK on! Kebetulan memang aku nak keluar jadi aku belilah sekali bunga mawar. Excited,” luahnya dalam posting tersebut.

Jelas Zuraina, tepat pukul 11 malam, sesi mandi bunga pun dilakukan dengan beberapa ayat dibaca pembantu rumahnya ketika itu.



Zuraina teruja untuk mandi bunga buat pertama kalinya. Gambar sekadar hiasan.

"Entah apa dia baca, dia pun start siraman pertama. Mak ai sejuk air macam mandi ais.

"Lepas tu masuk siraman kedua, time ni kelopak-kelopak bunga dah ada atas badan semua,” katanya.

Namun Zuraina berkata selepas siraman ketiga, pembantu rumahnya menghentikan sesi tersebut sebelum berlari keluar meninggalkan dirinya sendirian.

"Masuk siraman ketiga bibik dah gelabah! Dia bagi gayung kat aku cakap 'sudah..sudah...'

"Lepas tu dia terus keluar dari bilik air. Aku laung 'Bik! Dah abis mandi ke ni??' Dia jawab 'sudah!’.

"Masa dia nak tutupkan pintu bilik air, aku sempat tanya 'bik bunga-bunga ni (yang kat lantai) saya gosok-gosok badan eh'.

"Dia tak layan aku terus tutup pintu! Siot punye bibik," katanya.

Tanpa mengendahkan reaksi pelik pembantu rumahnya itu, Zuraina meneruskan mandian tersebut seorang diri.

"Aku pun bangun tengok baldi air tu 'Eh..air banyak lagi ni, takkan dah sudah, takkan mandi bunga siram dua kali dah settle.

"Jadi aku sambung mandi acah-acah pro mandi bunga sendiri. Sayang oi bunga cantik-cantik dalam air tu, hahaha.



Sebaik saja siraman ketiga pembantu rumah Zuraina terus meninggalkannya berseorangan di dalam bilik air. Gambar sekadar hiasan.

"Tengah mandi, ada orang ketuk pintu bilik air 'Na! Ko buat apa tu? Mandi ke?' (Adik aku yang bongsu nak masuk bilik air) Aku terus buka pintu.

"Haah aku tengah mandi ni ko nak teman ke?' Dia cakap 'Haah la bosan' Jadi dia pun masuk duk kat bathtub sebab kering sambil main handphone. Aku continue mandi," katanya.

Tidak lama kemudian, Zuraina berkata pembantu rumahnya itu datang membawa plastik dan menyuruh membuang bunga-bunga tadi ke dalamnya.

"Lepas tu ada lagi orang ketuk pintu, adik aku buka si bibik datang bawa plastik sampah suruh buang bunga-bunga tu nanti esok dia angkat buang.

Bibik cakap 'semalam yang saya mandikan tu Kuntilanak! Dia senyum-senyum pada saya! Ya Allah takut saya.

ZURAINA ZAILAN

"Dia gelisah tengok adik aku ada sekali dalam bilik air tu. Pelik betul kelakuan bibik dah macam orang tak betul," katanya lagi.

Namun Zuraina berkata keesokan paginya barulah pembantu rumahnya itu menceritakan perkara sebenar.

"Esoknya aku turun, pergi dapur bibik panggil. 'Puan sini..' sambil pegang lengan aku.

"Dia cakap 'Maaf malam tadi tu saya terus lari tak jadi mandikan puan sebabnya yang saya mandikan tu bukan puan'.



Pembantu rumah mendakwa individu dimandikan itu bukan Zuraina tetapi Kuntilanak. Gambar sekadar hiasan.

"Aku dah aik... blur kejap. Then aku tanya ‘Bukan mandikan saya? Habis tu mandikan sape plak?' Aku and adik bongsu gelak hambar," katanya.

Zuraina bagaimanapun terkedu dengan kata-kata yang keluar dari mulut pembantu rumahnya itu.

"Bibik cakap 'semalam yang saya mandikan tu Kuntilanak! Dia senyum-senyum pada saya! Ya Allah takut saya.

"Terus saya lari masuk bilik telefon suami saya bilang 'Bang aku mandikan Kuntilanak tak pernah lagi dalam hidup aku mandikan Kuntilanak. Satu malam saya tak boleh tidur Puan’.

"Lepas tu adik aku cakap dengan aku 'kira semalam aku teman ko tu aku teman pontianak mandi ke macam mana?' Bibik mnyampuk 'Iyaa!

"Waktu aku datang lagi sekali hantar plastik Kuntilanak tu masih ada dengan kamu dalam bilik air’," katanya

Perkongsian seorang wanita di Facebook mengenai amalan tersebut mengundang pelbagai respons di kalangan netizen.

Ada yang menyifatkan pengalaman dilaluinya itu sebagai menyeramkan dan tidak kurang juga yang terhibur kerana ada unsur humor terselit dalam penceritaan tersebut.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain