SEORANG wanita berbaju putih menjadi perhatian susulan muncul dalam rakaman berita mengenai tinjauan orang ramai menggunakan lebuh raya, susulan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) membenarkan orang ramai merentas negeri. Kelibatnya yang berlari-lari anak sambil memegang seekor kucing ketika pemantauan dibuat anggota polis dan tentera menjadi tanda tanya. "Yang tiba-tiba ada akak baju putih berlari dukung kucing tu kenapa?" tulis seorang pengguna Twitter @Ijulnaim yang memuat naik sedutan klip video berita TV3 itu sehingga diulang kicau lebih 30,000 kali. ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan terkejut rider wajah ganas bawa 'peneman' pergi kerja – "Macam gangster yang sayang sangat mak dia" ARTIKEL BERKAITAN: Misteri kelibat di tingkap terbongkar, gadis dedah adiknya sanggup patah balik kerana 'hijab terbuka',"Kucing tenung lama-lama, saya meremang" Rupa-rupanya, ‘Akak baju putih’ itu sebenarnya merupakan seorang gadis berusia 22 tahun dan berasal dari Sabak Bernam, Selangor. Maya menerima jolokan 'Akak baju putih' susulan klip video menjadi tular di media sosial. Bercakap kepada mStar, gadis berkenaan, Mayamin Husna Hisham berkata, kejadian tersebut berlaku pada tengah hari Sabtu semasa singgah di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Jejantas Sungai Buloh. "Ketika itu saya tumpang kereta keluarga kawan dari Kuala Lumpur untuk pulang ke Sabak Bernam. Kucing yang saya pegang tu milik saya, dibela sejak setahun lalu. "Saya jumpa kucing tu di luar kafe siber dan saya namakannya Neski sempena nama kafe siber tu. Saya bawa Neski dan dua anaknya untuk balik ke kampung," kata Mayamin atau lebih mesra dengan panggilan Maya kepada mStar. Maya memaklumkan kucing tersebut adalah miliknya. Maya berkata, sewaktu singgah di R&R, dia mendapati kucing betinanya itu kencing dan tentu sekali dia perlu membersihkan sangkar haiwan itu sebelum meneruskan perjalanan. "Mula-mula saya bersihkan sangkar dulu menggunakan kemudahan air di kawasan anjung sebelum saya bersihkan Neski pula. "Lepas bersihkan Neski tu, saya nampak ramai abang-abang polis dan tentera buat pemantauan. Tiba-tiba saya jadi takut sebab fikir adakah saya buat salah ke. Diberi nama Neski sempena nama sebuah kafe siber, di lokasi ia ditemui oleh Maya di hadapan premis berkenaan. "Sebab tu dalam rakaman tu nampak saya berlari-lari anak sebab saya rasa nervous ada kehadiran anggota polis dan tentera, dan pada masa sama tak nak kucing yang baru dibersihkan tu kena pada baju putih saya," ujar anak ketiga daripada empat beradik itu. Maya bagaimanapun tidak menyedari aksinya itu dirakamkan oleh petugas TV3 dan menjadikannya sebahagian rakaman menerusi berita yang disiarkan secara langsung. Saya berlari-lari anak sebab rasa nervous ada kehadiran anggota polis dan tentera, dan pada masa sama tak nak kucing yang baru dibersihkan tu kena pada baju putih saya MAYAMIN HUSNA HISHAM "Masa tu memang saya dengan mak duduk depan TV, tapi saya leka tengok telefon. Tiba-tiba mak kata ‘Eh tu macam kamu je’. Bila saya tengok siaran berita, rakaman dah berubah jadi tak nampak pun imej saya tu. "Saya hanya sedar apabila klip rakaman tersebut dikongsikan di media sosial dan menjadi tular. Bila tengok diri sendiri lari terkedek-kedek rasa kelakar. Apapun, itu kucing saya ya, bukan lari sebab saya curi kucing," katanya. Maya membela Neski sejak setahun lalu. Maya yang bertuags sebagai pembantu tadbir di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur bagaimanapun mengakui agak gementar melihat kehadiran ramai anggota polis dan tentera ketika itu. "Tak tahu kenapa, bukannya saya buat salah pun. Tapi bila tengok ada ramai polis dan tentera, saya jadi cemas... rasa macam fobia. Sebenarnya dari dulu pun macam tu. "Walaupun bukan saya yang memandu kerana belum ada lesan memandu, setiap kali ada roadblock (sekatan jalan raya) yang dibuat oleh pihak polis... saya akan pura-pura tidur sebab nak hilangkan rasa takut tu," ujarnya secara berseloroh. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Jun 14, 2020 at 11:07pm PDT Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!