SETIAP pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mahukan zuriat sebagai penyeri keluarga dan penyambung keturunan. Namun rezeki setiap pasangan suami isteri tidak sama. Ada yang tidak perlu menunggu lama untuk menimang cahaya mata, ada yang mengambil masa beberapa tahun sebelum diserikan dengan kehadiran si kecil. Ada juga sesetengah pasangan yang kekal 'berdua' sehingga menutup mata.ARTIKEL BERKAITAN: “Awak ada rasa menyesal tak?” - Belum bersuami, pelajar sakit perut tersentak doktor sahkan hamil... takut nak pandang ‘mak garang’ARTIKEL BERKAITAN: Wanita hamil takut tengok muka sendiri, terpaksa hadap mulut laser orang kampung - “Nasib baik laki kau tak lari” Bagi pasangan yang masih belum mempunyai rezeki bergelar ibu bapa, sudah tentu topik mengenai anak merupakan sesuatu yang amat sensitif. Sebagaimana perkongsian seorang pelayar di Facebook Kisah Rumah Tangga, wanita ini meluahkan rasa yang terbuku di hati setiap kali membaca mengenai pengalaman ibu yang sedang hamil di media sosial. Wanita ini berkata, kehidupannya bersama suami aman bahagia malah mereka juga mempunyai status kewangan yang stabil. Bagaimanapun, hanya satu sahaja yang kurang dalam rumah tangga mereka iaitu cahaya mata yang ditunggu-tunggu selepas diijabkabulkan tiga tahun lalu. Posting seorang wanita yang meluahkan perasaannya di Facebook Kisah Rumah Tangga. "Kami dah usaha tiga tahun ni, tapi masih belum ada rezeki. Bila period je, rasa sedih. Kecewa. Sebab tak mengandung. "Aku baru tiga tahun, dah rasa nak putus asa. Macam mana orang yang dah kahwin lima hingga 10 tahun tunggu baby, still belum ada rezeki? Insaf aku. "Aku perasan. Sejak aku selalu gagal untuk mengandung, aku benci dengar orang merungut sebab morning sickness (alahan). Merungut dekat Facebook, Instagram, sebab sakit sana sini, hilang selera makan. "Aku benci baca, aku juga benci dengar. "Sebab aku tak merasa semua tu," tulisnya pada perkongsian tersebut. Pelayar itu mengakui dia benci apabila melihat perkongsian wanita lain yang suka merungut mengenai alahan yang dialami hamil. Jelas terbayang nada kecewa dengan apa yang dilihatnya itu, wanita ini berkata sungguhpun golongan berkenaan mengalami alahan teruk namun setidak-tidaknya mereka dikurniakan zuriat di dalam rahim masing-masing. "Tapi kami ni? Janganlah merungut seolah-olah tiada hari esok. Sebaliknya bersyukurlah sebab ada rezeki untuk merasa semua tu. "Bersyukurlah sebab ada makhluk kecil yang bernyawa dalam rahim anda. Percayalah, kami yang masih menunggu ni saban bulan mengharap supaya tak period. "Sebab terlalu mengharapkan untuk 'lekat'. Untuk ada baby. Untuk merasa apa yang ibu-ibu semua rasa," tulisnya. Di akhir luahannya, wanita ini meminta para pelayar mendoakan dirinya dan wanita-wanita lain yang masih sabar menunggu agar dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata kelak. Bersyukurlah sebab ada makhluk kecil yang bernyawa dalam rahim anda. Percayalah, kami yang masih menunggu ni saban bulan mengharap supaya tak period. PELAYAR FACEBOOK Perkongsian itu mengundang ribuan komen netizen dengan ada di antara mereka turut sama mengalami nasib yang serupa. "Saya pun sama macam sis. Dah empat tahun menanti. Selalu fikir positif ya sis. Kalau nampak orang post pasal baby atau morning sickness semua tu, selalulah doa dalam hati semoga kita diberi peluang untuk rasa jadi ibu," tulis seorang pelayar. "Saya menanti lima tahun. Tahun keenam baru diberi kesempatan rasa jadi ibu," komen seorang pelayar. Pelayar wanita berkenaan sudah tiga tahun berusaha untuk mendapatkan zuriat namun masih belum dikurniakan rezeki. Namun tidak kurang ada juga netizen yang menasihatkan wanita berkenaan agar tidak terbawa-bawa dengan rasa marah kerana segelintir wanita hamil hanya mahu mencoretkan pengalaman alahan mereka. "Orang yang merungut tu bukan tak bersyukur. Mereka saja nak bagitau apa yang mereka tengah alami dan rasai rasai," tulis seorang netizen. "Buang perasaan dengki, benci tu semua, reda dengan ujian Allah, orang yang ada anak pun tak lepas dari ujian Allah, InsyaAllah akan ada rezeki nanti," komen yang lain pula. Sehingga kini posting tersebut meraih sehingga 295 shares. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!