suria

Rumah jadi seram selepas 3 bulan bergembira di kampung, ada pula yang menumpang - “Saya nampak ‘dia’ tersenyum je kat hujung tu”

Keadaan rumah dan peti ais di rumah Sarah yang ditinggalkan selama tiga bulan.

BERMULA dari perintah kawalan pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu sehinggalah perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) yang diumumkan perdana menteri baru-baru ini, pasti ramai antara kita mempunyai pengalaman suka duka sepanjang tempoh itu.

Begitu juga dengan seorang guru yang berkongsi kisah keadaan rumahnya yang ditinggalkan sejak tiga bulan lalu.

Perkongsian Sarah yang juga seorang pendidik di sebuah sekolah rendah di Johor Bahru, Johor menjadi tular gara-gara kapsyen pada setiap gambar keadaan rumah yang dimuatnaik di Facebooknya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Takde apa ni bang...” - Tragedi sahur! Baru cakap satu ayat, pencuri kereta kononnya ‘cool’ terus kantoi... terima kasih jiran!

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan rezeki orang baharu! Keluarga ini terkejut jiran ‘sapu’ bersih barang rumah mereka sebelum pindah - “Mujur ada satu toto dia tak nampak”

Menurut Sarah, dia tidak menduga postingnya itu mendapat perhatian ramai kerana dia sekadar mahu berkongsi pengalamannya sepanjang tempoh PKP.

"Setiap orang ada pengalaman masing-masing sepanjang tempoh PKP. Nah ni saya punya. Walaupun dapat balik kampung tiga bulan ada juga habuan lain menanti.



Dinding rumah Sarah lembab dan ditumbuhi kulat kerana berlaku kebocoran pada tangki air.

"Jadi bila share tu kita dapat luah apa kita rasa. Mula-mula tu rasa sedih tapi bila kawan-kawan bagi kata semangat tu saya pun macam OK.

"Post saya ni kalau siapa-siapa yang lurus, memang mereka akan salah faham. Saya cikgu, jadi memang suka berseloroh macam kapsyen setiap gambar yang saya post tu," katanya kepada mStar.

Sebaik tiba di rumah sewanya pada malam 10 Jun lalu, Sarah terkejut apabila dimaklumkan suaminya mengenai keadaan rumah mereka yang ditinggalkan selama tiga bulan itu.

"Kami sampai dekat pukul 9 malam. Sampai-sampai je lampu luar rumah dah tak menyala. Saya macam OK lah mungkin sebab terputus ke apa. Saya juga expect mesti peti ais pun rosak.

"Bila suami masuk, dia keluar datang balik kat saya cakap alamak ada bad news. Saya macam... kenapa? Bad news apa? Dia kata tengoklah sendiri.

"Saya pun masuk tengok. Dahlah datang time malam memang horror la keadaan masa tu. Memang saya terkejut sebab tak expect keadaan teruk sampai macam tu sekali," katanya.



Ruang dapur dan freezer perlu dibersihkan kerana bau yang kurang menyenangkan.

Jelas Sarah, bahagian dinding rumahnya lembab sehingga ditumbuhi kulat kerana berlaku kebocoran pada tangki.

"Sebenarnya kami dah tutup air sebelum balik kampung. Pelampung dalam tangki macam 'terlari' sikit, jadi berlakulah kebocoran. Dinding semua lembab so effect sofa dan karpet di ruang tamu.

"Perabot dalam master bedroom pun rosak teruk. Tilam dan bantal memang dah naik kulat. Jadi memang kami buang semuanya. Nasib baiklah kusyen sofa boleh cabut, karpet semua kena basuh," katanya.

Tapi kali ni dapur tu jadi pusat 'dia' beranak dan membuang. Saya nampak ‘dia’ tersenyum je kat hujung tu, siap bagi saya surprise lagi dengan lima ekor anak 'dia'.

SARAH

Guru

Sarah turut berkongsi gambarnya membersihkan rumahnya dengan memakai pakaian perlindungan diri (PPE).

"Saya pakai PPE untuk melindungi diri daripada bakteria yang kita tak nampak sebab keadaan rumah memang teruk. Terutamanya part nak kemas peti ais. Bagi saya itulah tugas paling mencabar.

"Huishh bau dia tak boleh nak cakap. Hanya siapa pernah mengalaminya akan tahu perasaan tu. Lagipun saya ada dua peti ais, memang satu 'bonus' kat saya.



Sarah memakai PPE semasa melakukan kerja pembersihan di rumahnya.

"Bila dah bersihkan tapi bau tu still ada lagi. Freezer besar tu masih boleh guna tapi mungkin ambil masa bau tu nak hilang. Peti ais kecil tu saya terpaksa tolak sebab saya tak yakin nak guna lagi," katanya.

Selain itu, Sarah turut dikejutkan dengan kehadiran seekor kucing bersama lima anakya yang dilahirkan di bahagian dapur rumahnya.

"Masa masuk bahagian dapur saya dah bau lain macam dah. Alamak 'dia' dah masuk dah ni sebab atas siling ada lubang. Selalunya cuti akhir tahun memang 'dia' akan curi-curi masuk.

"Tapi kali ni dapur tu jadi pusat 'dia' beranak dan membuang. Saya nampak 'dia' tersenyum je kat hujung tu, siap bagi saya surprise lagi dengan lima ekor anak 'dia'.

"Itu yang orang ramai ingat hantu tapi sebenarnya kapsyen seram tu merujuk kepada kucing liar tersebut. Kucing tu memang duduk lorong belakang rumah dan dulu pun ‘dia’ pernah beranak kat dapur rumah," katanya.



Anak kucing yang selamat dilahirkan di bahagian dapur rumah Sarah.

Cerita ibu kepada seorang anak itu, dia dan suaminya mengambil masa selama beberapa hari untuk membersihkan rumah mereka itu.

"Hari pertama tak boleh mula sebab ada hal kat sekolah. Jadi hold dulu, lusa kemas dan hari ni baru habis bersihkan.

"Semua saya dan suami kemas sendiri, lebih puas hati. Sekarang tinggal tunggu dinding rumah betul-betul kering, lepas tu barulah boleh cat baru," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
PKP, rumah, seram, peti ais, dinding, berkulat, kucing

Artikel Lain