suria

Peguam kongsi kes tunggakan nafkah 10 tahun, sampaikan mesej anak tak dibalas... tak sangka ramai dedah alami nasib sama - "Happy birthday ayah..."

Mesej WhatsApp si anak kepada ayah mereka yang tidak dibalas mengundang sebak netizen.

ISLAM menetapkan suami atau bapa bertanggungjawab memberi nafkah terhadap isteri dan anak-anak.

Namun sekiranya berlaku perceraian antara suami dan isteri, tanggungjawab memberi nafkah terhadap anak tetap terletak pada bahu seorang bapa.

Malah tanggungjawab itu tidak akan terputus atas sebab terputusnya hubungan antara kedua ibu bapa.

ARTIKEL BERKAITAN: Peguam syarie kongsi kisah pelik tapi benar, isteri tetap ditinggalkan walau diri cantik jelita – “Permata akan cari permata, bangkai tetap cari bangkai”

ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi! Suami mengorat nurse di wad saat isteri nak bersalin - “Call suruh masuk tengok, hanya reply OK selamat berjaya”

Begitupun isu pengabaian nafkah anak masih lagi di tahap meruncing.

Masih ramai yang culas melaksanakan perintah nafkah anak sebagaimana diperintahkan mahkamah.



Posting Suriati mengenai kes tuntuntan nafkah yang sudah tertunggak selama 10 tahun mendapat perhatian ramai.

Menerusi satu posting di Facebook, peguam Suriati Ab Ghani berkongsi kes tunggakan nafkah anak yang dikendalikannya.

Menurut beliau, bayaran nafkah tersebut diabaikan seorang bapa selama 10 tahun.

"Masih di office menyiapkan dokumen untuk kes tunggakan nafkah anak, selama 10 tahun perintah nafkah anak ayah abaikan.

"Daripada masih kecil sampai dah pandai WhatsApp sendiri sembang dengan ayah," katanya.

Lebih menyedihkan, Suriati berkata si ayah tidak lagi melayan mesej anak-anak yang bertanya khabarnya melalui WhatsApp.

"Awal-awal masih layankan lagi chat anak tu, janji nak masukkan duit belanja untuk anak.

"Lama-lama ayah hilang dari radar. Anak je sembang sorang-sorang. Sedih pula baca," katanya.



Antara mesej si anak yang dihantar kepada ayah mereka.

Berdasarkan beberapa foto mesej perbualan di WhatsApp yang dikongsi Suriati di postingnya menunjukkan si ayah sudah tidak lagi menjawab mesej anaknya itu sejak Oktober 2017.

Mesej tersebut berjaya dihantar tetapi respons si ayah yang ditunggu-tunggu tidak kunjung tiba.

Awal-awal masih layankan lagi chat anak tu, janji nak masukkan duit belanja untuk anak. Lama-lama ayah hilang dari radar. Anak je sembang sorang-sorang. Sedih pula baca.

SURIATI AB GHANI

Peguam

Tindakan tersebut menyebabkan si anak bertanya kepada bapanya mengapa tidak lagi membalas mesej yang dihantarnya.

"Ayah nape tak jawab," tanya si anak.

Malah ucapan selamat hari lahir daripada si anak pada 30 Mac 2018 juga tidak diendahkan bapa mereka.

"Happy birthday ayah, may Allah bless you. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki," kata si anak.



Ramai netizen mendoakan agar anak-anak ini mendapat pembelaan sewajarnya.

Mesej perbualan itu turut mendapat simpati netizen dan berharap agar anak tersebut mendapat pembelaan sewajarnya.

Ternyata ramai wanita turut berkongsi anak mereka turut mengalami nasib sama seperti dialami kanak-kanak tersebut di ruangan komen posting tersebut.

"Sedih dan marah baca kes macam ni. Lebih kurang dengan kes anak-anak saya. Semoga dipermudahkan urusan ibu dan anak ini. Allah Maha Adil," kata Haton.

"Kesian dan sedihnya sebab dah merasa keadaan yang sama. Mula-mula bagi duit belanja untuk anak-anak. Setahun hanya RM500, setahun tau bukan sebulan. Tahun kedua pun masih menerima jumlah yang sama. Tahun ketiga hingga lima terus krik-krik. Tak pe biar Allah yang balas," kata Hanees.

"Allauakhbar... moga kes ini berjaya untuk si anak yang mengharapkan kasih sayang seorang ayah. Walau teks anak tiada jawapan tapi masih ingat birthday ayah yang langsung lupakan si anak. Zalimnya manusia. Moga dilimpahkan rezeki buat anak-anak," kata Sharifah.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain