SEBUAH video yang tular di media sosial, seorang budak lelaki mencuri tumpuan apabila bersemangat menyanyikan lagu Seroja dendangan kumpulan Search, sambil bermain dram. Di penghujung video, rakaman beralih ke luar rumah yang menyaksikan kemunculan seorang kanak-kanak lelaki sedang menaiki basikal, selepas menyedari keriuhan itu. Seperti watak cameo, kehadiran kanak-kanak berbasikal itu turut menjadi perhatian kerana pernah tular awal tahun ini menerusi video kepetahannya dalam mempertahankan pendapatnya mengenai jalan cerita sebuah drama.ARTIKEL BERKAITAN: Budak 5 tahun 'miming' abang baca Iqra dianggap 'next Sharifah Sakinah'... bapa baru sedar bila ramai tegur - "Betul juga"ARTIKEL BERKAITAN: Anak ajak pergi camping, selamba je bapa buat unggun api depan rumah... tapi 'benda' lain di tingkap jiran pula jadi perhatian Individu yang membuat rakaman tersebut, Muhammad Fakhrulrazi Zamri memberitahu, rakaman tersebut dibuat di kediamannya di kawasan perumahan di Jalan Sawi, Yap Tau Sah di Kluang, Johor. Hadapan rumah menjadi tempat anak-anak jiran berkumpul. Pemuda berusia 21 tahun itu berkata, kanak-kanak yang menyanyikan lagu Seroja tersebut merupakan jirannya, Muhammad Fakhrullah Muri atau lebih dikenali sebagai Bulat, berusia sembilan tahun. "Di hadapan rumah saya selalu jadi tempat lepak untuk budak-budak kawasan di sini. Kat sini ada tempat luas ada bangku dan meja untuk mereka duduk dan berkumpul. "Saya pula suka rakam video budak-budak ini menghabiskan masa lapang mereka di sini, macam Bulat suka menjerit setiap kali menyanyi dan lagu Seroja tu saja dia asyik ulang bila nyanyi," katanya kepada mStar. Fakhrulrazi (kanan) bersama jirannya yang lebih mesra dengan panggilan Bulat. Fakhrulrazi berkata, kawasan hadapan rumahnya kembali ‘hidup’ apabila kelonggaran yang diberikan susulan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). "Masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berminggu-minggu sebelum ini, jiran-jiran terutama kanak-kanak hanya duduk di rumah. "Bila PKPP, budak-budak dapat berkumpul semula dan melakukan aktiviti bersama dalam jumlah yang tidak begitu ramai. Sekarang dah kembali meriah!" ujarnya. Adib merupakan seorang kanak-kanak yang petah bercakap. Anak ketiga daripada lima beradik itu mengakui begitu senang dengan kanak-kanak dan terhibur dengan gelagat mereka. "Saya ada dua adik, tapi masing-masing dah besar, 15 dan 18 tahun. Saya memang suka bergaul dengan budak-budak. Suka menyakat pun ya juga. "Kadang-kadang bukan budak-budak saja, mak ayah mereka pun akan berkumpul bersama di hadapan rumah saya bersama mak ayah," tambahnya. Macam PKP dulu, satu kawasan perumahan jadi sunyi-sepi, depan rumah saya pun 'krik-krik'. Tapi sekarang keadaan kembali ceria dengan telatah masing-masing MUHAMMAD FAKHRULRAZI ZAMRI Mengenai kanak-kanak yang tular sebelum ini, Fakhrulrazi berkata, budak berusia empat tahun itu, Mohd Izzad Hadif Abdul Basir atau lebih dikenali sebagai Adib juga salah seorang jirannya, dan rakaman tersebut turut dirakamkannya. Fakhrulrazi (duduk, kiri) bersama sebahagian kanak-kanak di kawasan perumahannya. "Budak-budak di sini memang baik dan kelakar. Tapi saya bukan ‘Abang Long kawasan’, tapi suka tengok gelagat mereka yang menceriakan kawasan perumahan di sini. "Macam PKP dulu, satu kawasan perumahan jadi sunyi-sepi, depan rumah saya pun 'krik-krik'. Tapi sekarang keadaan kembali ceria dengan telatah masing-masing," katanya. View this post on Instagram A post shared by @fakhrulrazi.__ on Jun 19, 2020 at 8:21am PDT View this post on Instagram A post shared by @fakhrulrazi.__ on Feb 25, 2020 at 10:21pm PST Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!