BUKAN mudah untuk membuat pengakuan secara terbuka di media sosial, lebih-lebih lagi sekiranya ia membabitkan hal peribadi dan keluarga. Seorang gadis bagaimanapun meraih perhatian apabila dengan rendah diri berkongsi tentang kedua-dua ibu bapanya yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU). "Orang pernah tanya, mak ayah OKU ke? Nak tahu jawapannya? ARTIKEL BERKAITAN: Yuran tertangguh malu nak minta mak ayah, nasib baik anak Tuaran ini kreatif... duit jual gelang penyelamat pelajar UPSI ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda OKU kerja lebih ketika PKP, tak menang tangan terima tempahan – "Kalau ada yang cancel beli, kami faham..." "Berdebarnya nak jawab. Jawapannya ya," tulis seorang gadis di laman Twitter sehingga perkongsian tersebut diulang kicau lebih 16,000 kali. Ibu (kanan) dan bapa Jannah, masing-masing berumur 56 dan 67 tahun. Gadis berkenaan, Nurul Jannah Mohd Noor berkata, bapanya merupakan OKU bisu dan pekak, manakala ibunya boleh bercakap tetapi mengalami masalah pendengaran. Berusia 21 tahun, gadis yang mesra dengan panggilan Jannah itu memberitahu, soalan tersebut diajukan kepadanya mungkin untuk mendapatkan kepastian apabila ternampak caranya berkomunikasi dengan ibu bapa menggunakan bahasa isyarat. "Ayah dulu bekerja sebagai pekerja pembersihan di ibu pejabat AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan). Tapi sekarang ayah dah tak bekerja sebab kemalangan dulu dan usia pun dah lanjut. "Mak juga bekerja sebagai pekerja pembersihan di AADK. Mak masih kerja sebab mak cakap nanti siapa nak bayarkan yuran dan perbelanjaan Jannah di universiti? "Kiranya pengorbanan mak nak kerja untuk Jannah dan keluarga. Walaupun dengan keadaan macam tu dan umur yang lanjut mak masih nak bekerja," katanya kepada mStar sambil menambah bahawa ibu bapanya masing-masing berumur 56 dan 67 tahun. Bapa Jannah menghantar dan menjemputnya ke setiap hari dari masa belajar di sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Jannah yang merupakan pelajar Diploma Pengajian Perbankan Islam di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Rembau, Negeri Sembilan berkata, ibu bapanya berusaha untuk membesarkannya dengan baik dan memenuhi hajatnya walaupun dalam keadaan kurang kemampuan. "Macam ayah, dia hantar dan jemput saya ke sekolah setiap hari dengan menunggang motosikal dari masa belajar di sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Percayalah, Allah bagi susah untuk kesenangan dan kebahagiaan pada masa akan datang NURUL JANNAH MOHD NOOR "Nampak seperti biasa tapi kalau orang lain mungkin malu atau takut kena ejek sebab ada ayah macam tu. Sebab ayah OKU, tak sama macam mak ayah orang lain. Mungkin ada yang nampak saya cakap dengan ayah guna bahasa isyarat. "Macam ayah tanya balik pukul berapa? Lepas tu saya tunjuk pakai tangan contoh pukul 1, saya tunjuk satu jari. Kadang-kadang ayah tak faham, saya tunjuk nombor dekat jam ayah," ujarnya yang merupakan anak bongsu daripada dua beradik itu. Jannah (kanan) bersama keluarganya. Berasal dari Kajang, Selangor, gadis itu memberitahu dia mula menceburkan diri sebagai dropship produk tempatan bagi membantu meringankan beban keluarganya."Saya mahu mengumpul duit kerana berhasrat untuk bawa mak dan ayah mengerjakan umrah atau haji di tanah suci Makkah," ujarnya. Menurut Jannah, mempunyai ibu bapa OKU seharusnya perlu dibanggakan kerana terpilih mempunyai insan istimewa, dan menjadikan diri lebih positif dan kuat mengharungi dugaan. Jannah berhasrat untuk membawa ibu bapanya menunaikan umrah atau haji di tanah suci Makkah. "Mungkin ada yang malu sebab rasa diri tak bertuah, rasa paling malang dan kekurangan jika nak dibandingkan dengan orang lain yang mempunyai mak ayah yang sempurna. "Tapi percayalah, Allah bagi susah untuk kesenangan dan kebahagiaan untuk masa akan datang. Kita kena berusaha lebih dan tunjukkan kita boleh berjaya," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!