SEBAGAI anak pertama dalam sesebuah keluarga, banyak sebenarnya tanggungjawab yang perlu dipikul. Sejak kecil, anak pertama juga perlu memberi contoh teladan kepada adik-adik yang lain sehingga kadang-kala terpaksa menggalas bebanan seperti ibu dan bapa. Di Twitter, satu perkongsian mengenai perkataan 'anak sulung' mengundang reaksi luar biasa sehingga ia menjadi tular. ARTIKEL BERKAITAN: Surprise sempena hari lahir... mesej anak sulung buat ibu bapa meruntun jiwa ramai - “Kalau boleh saya tak nak kahwin” ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 2 tahun bertahan, anak sulung mungkir janji pada Hari Ibu... respons di pusara buat ramai sebak - “Jangan daddy, jangan beritahu mommy, please!” Malah, ramai golongan anak sulung tampil dengan kisah tersendiri dan mengambil kesempatan untuk membuat luahan rasa di laman Twitter. Tidak terkecuali tentunya pendakwah popular yang dikenali sebagai Ustaz Ad-Dien. Menurut Ad-Dien, anak sulung biasanya seorang yang berperwatakan pendiam dan selalu mengalah. Ustaz Ad-Dien turut berkongsi ciri-ciri seorang anak sulung menerusi laman Twitter miliknya. "Nampak kuat tapi manja sebenarnya. Anak terawal yang tak cukup nak bermanja dengan parent. "Bila dia jumpa dengan orang yang sayang dia, akan terkeluarlah semua sisi manja dia. Kebanyakan Along, nak dirinya rasa disayangi dan didengari," tulisnya sehingga menerima lebih 6,300 ulang kicau (Retweet). Selain Ad-Dien, ramai lagi anak sulung turut berkongsi kisah sehingga ia mengundang sebak netizen. Nampak kuat tapi manja sebenarnya. Anak terawal yang tak cukup nak bermanja dengan parent. USTAZ AD-DIEN PENDAKWAH Malah, ramai turut bersetuju dengan ciri-ciri seorang anak sulung sebagaimana dikongsikan Ad-Dien. "Ya, kadang rasa nak meluahkan apa yang terbuku di hati tapi dia macam ada sesuatu yang menghalang daripada meluahkan tu. Akhirnya, pendam je yang menjadi pilihan.. "Betul sangat. Dulu time kecil selalu rasa macam tak cukup kasih sayang and manja but now dah tak kisah. Fikir nak banggakan parents je. Posting tular di Twitter. "Abang sulung saya pun begitu. Umur dia dah 36 pun masih single sebab dia nak lepaskan adik-adik dia kahwin. "Bila dia dah meletakkan sayang pada seseorang, hati dia pula dipermainkan. Bukan sekali tapi dua kali. Kesian kat dia. Menurut beberapa individu, mereka sebagai anak sulung banyak berkorban untuk keluarga. "Anak sulung cumalah eksperimen ibu bapa untuk anak seterusnya," tulis seorang lagi netizen. Malah, ada juga yang menyifatkan anak sulung sebagai orang kanan kepada bapa dalam membantu urusan sesebuah keluarga. Selain itu, ada juga yang kurang bersetuju dan memberi gambaran bahawa anak sulung sebenarnya diberi banyak kelebihan oleh ibu bapa mereka. Apa-apapun, tak kiralah anda anak sulung, tengah atau bongsu... yang penting jadilah anak yang baik untuk kedua ibu bapa. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!