suria

Panas! Kenyataan kecam janda bikin ramai meradang, hairan kenapa lelaki tak dipersalahkan - “Ada janda merenyam...”

Ramai wanita berang apabila timbul satu kenyataan di Facebook yang memburuk-burukkan golongan janda.

PERKATAAN 'janda' sering dikaitkan dengan kisah-kisah negatif seperti peruntuh rumah tangga dan sebagainya.

Namun, adalah tidak wajar sekiranya golongan wanita yang telah bercerai dengan suami mereka dikaitkan dengan persepsi sebegitu.

Terbaharu, posting seorang individu yang mengeluarkan kenyataan negatif mengenai golongan janda menerima kemarahan ramai di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: 11 Mei tarikh keramat, wanita ini terkedu terima jawapan si janda anak satu - “Suami orang pun lelaki kan?”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya mewakili janda-janda Malaysia tak minat suami orang”- Joy Revfa dedah ada ustaz selebriti minta gambar seksi

"Sebanyak 80 peratus janda yang bercerai tak boleh kutip buat bini. Mesti ada masalah. Kecuali janda yang kematian suami," tulis individu tersebut.

Paparan skrin posting itu kemudiannya dikongsi oleh seorang wanita di laman Facebook Kami Suri Rumah sehingga ia mengundang pelbagai reaksi.

Ujarnya, tiada seorang pun wanita yang mahu menjadi janda, namun apa yang berlaku merupakan ketentuan hidup.

"Apalah asal janda je jahat. Yang janda jahat tu bila janda rampas suami orang.

Kata netizen, tiada wanita yang mahu perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian sehingga bergelar status janda.

"Ramai yang bercerai sebab tak tahan nak pelihara biawak hidup.

"Kau ingat perempuan ni nak sangat ke jadi janda?" soal wanita itu.

Dikongsi pada Isnin, ramai pelayar Facebook terutamanya kaum hawa tampil memberi komen.

Apalah asal janda je jahat. Yang janda jahat tu bila janda rampas suami orang.

PELAYAR FACEBOOK

Rata-rata netizen turut mengecam kenyataan berkenaan yang bersifat pukul rata terhadap golongan tersebut.

Malah, ada juga golongan janda sendiri yang tampil mempertahankan diri mereka di ruangan komen.

"Oo cerai sebab perempuan bermasalah? Habis yang lelaki? Suci murni syurgawi ke macam mana?

Posting asal yang ditularkan di Facebook.

"Kalau bercerai orang akan label perempuan jahat. Hairan.

"Tak semua macam tu. Kerana segelintir yang berperangai merosakkan rumah tangga orang, habis semua janda dapat nama.

"Ya betul, disebabkan segelintir janda merenyam suka rampas laki orang maka tempiasnya terpalit kepada janda-janda yang lain.

"Kesian juga yang bergelar janda. Janji pandai bawa diri. Jangan terlalu menonjol hingga timbul fitnah sudah," tulis netizen.

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), makna spesifik perkataan janda ialah orang perempuan yang pernah berkahwin tetapi tidak bersuami lagi kerana bercerai atau kematian.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
janda, isteri, suami, rumah tangga

Artikel Lain