suria

“Dah bawa orang rumah ronda ke Ipoh jalan-jalan” - Anak bagi peluang bapa ‘dating’ dengan ibu naik kereta baharu

Norazman sebak menerima kejutan berupa sebuah kereta dari anaknya.

VIDEO kejutan seorang anak menghadiahkan sebuah kereta Proton Persona kepada bapanya ternyata mengundang rasa sebak netizen.

Selepas mendapat liputan mStar pada Selasa, Haziq Safwan, 24, bersama bapanya, Norazman, 58, muncul pula menerusi rancangan mStar Live+ di Facebook pada Rabu.

Cerita Norazman, dia sudah memandu sendiri kereta baharunya itu selepas tiga hari menerima kejutan.

"Lepas dua tiga hari baru bawa kereta tu. Ronda-ronda ke Ipoh... bawa orang rumah jalan-jalan," katanya sambil tersenyum.

ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang terkena gangguan selepas tinggalkan hostel berbulan-bulan, beri salam dan solat sunat dua rakaat dapat lindungi kita

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Korea Maryam You Narae buka cerita mengapa jatuh cinta dengan lelaki Melayu - “Senyuman dia comel, he is mine!”

Pada sesi panggilan video itu juga Norazman sempat membuka cerita perihal pemberian anaknya itu.

"Mesti la suka lebih-lebih lagi apabila anak yang hadiahkan.

"Barang-barang yang paling kita suka tentulah barang free. Kita naik je, depa (mereka) bayar," ujarnya dalam nada berseloroh.

Norazman dan anaknya, Haziq muncul dalam siaran mStar Live+ pada Rabu.

Terdahulu, Haziq membuat kejutan itu bagi menggantikan kereta lama bapanya yang sudah tersadai rosak sejak setahun lalu.

Malah, kereta itu juga disifatkan sebagai pemberian sempena ulang tahun perkahwinan ibu bapanya yang ke 33 pada Mac lalu.

Selain kisah Haziq dan bapanya, mStar Live+ edisi minggu ini lebih istimewa apabila penonton bertuah berpeluang memenangi hadiah istimewa berupa EMOBEAR daripada 7-Eleven Malaysia iaitu rangkaian kedai serbaneka nombor satu negara.



Penonton bertuah berpeluang memenangi EMOBEAR dengan hanya menjawab soalan mudah.

Koleksi EMOBEAR merangkumi 27 rekaan unik yang memaparkan emotikon berbeza seperti Luvly, Starry, Wannabey, Notty, Ka-Chingy dan banyak lagi.

Kolaborasi mStar Live+ bersama 7-Eleven Malaysia itu adalah sempena kempen penebusan EMOBEAR yang berlangsung bermula 22 Jun hingga 23 Ogos depan.

Sementara itu program yang menemui penonton di Facebook mStar Online pada setiap Rabu pukul 3.30 petang turut membincangkan isu tular aplikasi FaceApp bagi mengubah wajah kepada jantina bertentangan.

Bagi anda yang terlepas siaran langsung ini, jangan risau kerana ia masih boleh ditonton di Facebook mStar Online.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Haziq Safwan, Norazman, kejutan, kereta

Artikel Lain