TANGGAL 24 Jun pastinya tidak akan dapat dilupakan oleh Ustaz Ebit Lew sampai bila-bila. Tarikh keramat itu merupakan hari ulang tahun kelahiran arwah ibunya. Walaupun sibuk melaksanakan tugas harian, komitmen bersama keluarga dan tanggungjawabnya membantu masyarakat, kerinduan Ebit pada arwah ibu tetap menebal. ARTIKEL BERKAITAN: Sweetnya ustaz! Sekali lagi terserlah sisi romantis Ebit Lew saat kejutan birthday buat bidadari tercinta – "Empat kali 'mati''untuk abang..." ARTIKEL BERKAITAN: Untunglerr... Romantik Ebit Lew khas buat si bidadari, jom tengok video ala Bollywood di Aidilfitri! – "Meh pegang tangan abang, kita beraya pusing rumah je" "Terus drive dari pejabat balik kampung ziarah kubur mak rindu sangat. Dah dua malam mimpi mak senyum. Rindu mak sangat agaknya. "Terima kasih ya Allah. Hari ini hari lahir arwah mak saya. 24 Jun. Selamat hari lahir buat mak yang tercinta," tulis Ebit menerusi luahan di halaman Facebook beliau, Rabu malam. Ebit meluahkan perasaan rindu pada arwah ibu. Gamba fail/Foto Facebook Ebit Lew Menerusi perkongsian itu, Ebit turut memuat naik foto beliau menziarahi pusara arwah ibunya. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan lokasi tanah perkuburan arwah ibunya. Ebit meluahkan betapa kasih dan sayang beliau pada arwah ibu yang membesarkannya sejak kecil. "Ya Allah betapa diriku sayang padanya. Sayangi dan kasihilah ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangiku sejak kecil," ujar bapa empat anak itu. Perkongsian Ebit di laman sosial mengundang sebak netizen. Malah, menurut Ebit, atas keberkatan doa arwah ibu dan bapanya, beliau komited untuk membantu golongan dalam kesusahan tanpa mengira siapa pun mereka. "Kerana doa mak bapa Ebit ke sana sini. Setiap bangun pagi mesti Allah gerakkan ke sana sini mengikut suara tangisan orang susah. Penat bila tak dapat bantu orang je," tambahnya. Kerana doa mak bapa Ebit ke sana sini. Setiap bangun pagi mesti Allah gerakkan ke sana sini mengikut suara tangisan orang susah EBIT LEW Menerusi luahan yang penuh beremosi itu, Ebit berulang kali meluahkan perasaan rindunya pada arwah ibu. "Ya Allah jagalah mak di sana. Ebit rindu mak sangat. Ebit betul-betul rindu mak. Ya Allah pimpinlah setiap langkah dan tindakan dalam hidupku ini. Ebit terus membantu orang dalam kesusahan. "Jangan biarkan diriku pada diri sendiri walau satu saat. Jika ada pahala kebaikan atas apa dilakukan semuanya hadiahkan pada ibu tercinta. "Ya Allah satu hari temukanlah kami semula di sana dalam reda-Mu," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!