BEBERAPA gambar satu pasangan menikmati sarapan di tepi pantai yang dimuat naik di media sosial menjadi perhatian, dan rata-rata memuji dekorasi yang dihias mereka. Bukan sekadar dekorasi yang kreatif lengkap dengan cermin dan pasu bunga, malah suntingan gambar juga membangkitkan 'mood' seperti sesi penggambaran foto pra-perkahwinan. "Wah bestnya macam gambar pre-wedding. Semoga berkekalan hingga ke jenjang pelamin," komen seorang netizen di ruangan bebenang. ARTIKEL BERKAITAN: Padah nak gambar meletop punya pasal... baju pengantin lencun, duit melayang,"Habis banjir laluan ke bilik hotel, sampai bomba datang" ARTIKEL BERKAITAN: Dipanggil 'Agong, Permaisuri junior', 2 budak ini lawat Muzium Diraja selepas tanya siapa tuanku... Paling best Tunku Azizah komenlah! – "Tapi tak sempat lawat pintu gerbang Istana Negara" Gadis yang membuat perkongsian itu, Nurul Aida Mohd Herwan berkata, foto-foto tersebut dirakamkan di Pengkalan Balak, Melaka pada Sabtu lalu. Penggunaan cermin memberi seri kepada foto pasangan ini. Foto Twitter aidaherwan Bagaimanapun, gadis berusia 22 tahun itu menjelaskan bahawa ia bukan sesi fotografi untuk pra-perkahwinan, sebaliknya dia sekadar meluangkan masa bersama teman lelaki, selepas kelonggaran diberikan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). "Itu bukan gambar pre-wedding. Saya dan boyfriend memang merancang untuk buat aktiviti bersama memandangkan sebelum ni kami mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). "Sebenarnya dah lama kami nak pergi ke pantai sejak awal tahun, tapi disebabkan PKP maka rancangan tersebut ditangguhkan dan sekarang telah diberikan kelonggaran untuk merentas negeri," katanya kepada mStar. Di sebalik sesi menghias. Foto Nurul Aida Mohd Herwan Lebih mesra dengan panggilan Aida, dia turut memberitahu bahawa mereka sememangnya menikmati sarapan di tepi pantai ketika itu. "Ramai ingat kami saja-saja datang nak ambil gambar, dan susun cantik barang-barang dan hias dekorasi untuk sesi fotografi. Tapi, memang kami breakfast di situ. "Ada waffle dan crossaint beserta madu, bersama air kosong sebab kami tak suka minuman manis. Kalau datang semata-mata untuk photoshoot, memang kami sediakan hot chocolate atau coffee bagi nampak grand, tapi kami tak buat, ” ujarnya yang berasal dari Kuala Lumpur itu. Aida (kiri) dan teman lelakinya menjalinkan hubungan sejak 2017. Foto Twitter aidaherwan Berkongsi pengalaman mengenai hari berkenaan, Aida memberitahu, kedua-dua mereka bertolak dari Kuala Lumpur ke Melaka seawal pukul 4 pagi untuk menikmati pemandangan matahari terbit di tepi pantai. "Tapi bila sampai di Pengkalan Balak kira-kira pukul 6 pagi, cuaca hujan renyai-renyai jadi kami terpaksa duduk dulu di dalam kereta selain memandu di kawasan sekitar. "Cuaca mendung selepas tu, kami tak bernasib baik untuk melihat matahari terbit. Tak apalah, tak ada rezeki," katanya sambil menambah mereka hanya dapat berkelah di tepi pantai sekitar pukul 8 pagi. Pasangan ini sering merakamkan foto bersama. Namun Aida yang mengenali kekasihnya sejak 2017 memberitahu mereka terlebih dahulu singgah di sebuah warung berdekatan sementara menunggu cuaca kembali baik. "Sebab masih hujan, jadi kami pun singgah dulu di warung dan makan roti canai. Lepas tu kami sambung sarapan di tepi pantai. Sudah tentu kami fikir tentang kahwin, tapi tak rancang untuk tunang... mungkin nak terus nikah, insyaAllah. NURUL AIDA MOHD HERWAN "Ramai tanya kenapa kami bawa cermin, sebab kami nak picnic kami nampak cantik, kreatif dan 'hidup' berinspirasikan dari imej-imej di laman web foto Pinterest. "Tapi ramai tak tahu di sebalik gambar-gambar yang cantik tu ada banyak lalat masa kami makan tepi pantai tu, tak tahu kenapa sebab pantai bersih dan tak ada sampah. Mungkin sebab kami bawa madu kot," katanya. Contoh-contoh dekorasi buat mereka yang mahu mengambil khidmat Aida dan pasangannya. Foto Nurul Aida Mohd Herwan Susulan foto-foto yang tular, Aida dan kekasihnya menerima banyak permintaan untuk menyediakan servis mengatur sesi seumpamanya, termasuk khidmat fotografi. "Antara request minta kami untuk aturkan sesi dekorasi untuk majlis baby shower. Kami pun dah mula beli barang-barang untuk dijadikan sebagai props dan hiasan. "Harapnya idea ini sebagai permulaan untuk kami melakukan projek dan kumpul duit bersama. Sudah tentu kami fikir tentang kahwin, tapi tak rancang untuk tunang... mungkin nak terus nikah, insyaAllah," katanya. View this post on Instagram A post shared by @shahidham_ on Jun 20, 2020 at 5:52am PDT Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!